- Malaysiakini meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya menghentikan cubaan untuk menakut-nakutkan wartawan dari portal berita bebas itu.
- Wartawan mempunyai tugas asas untuk bertanya soalan berkepentingan awam, yang mana para menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjawab, kata pengasas bersama Malaysiakini, Premesh Chandran dan Steven Gan dalam satu kenyataan bersama di sini.
- Mereka menyifatkan tingkah laku Zahid (kanan) dalam satu sidang media sebagai "perilaku yang tidak wajar sebagai seorang menteri".
- Menteri dalam negeri membuat kecaman terhadap Malaysiakini yang didakwanya "memutarbelitkan" cakapnya dan mendatangi wartawan Lawrence Yong selepas sidang akhbar tersebut.
- "Jika menteri dalam negeri itu percaya bahawa Malaysiakini telah salahlapor kenyataannya, beliau sentiasa boleh menghubungi kami untuk memperbetulkannya," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Premesh dan Ketua Pengarang Kumpulan, Gan.
- "Jika beliau merasakan kami tidak adil kepadanya, kami sentiasa bersedia untuk bertemu dengannya atau mana-mana menteri lain untuk berbincang mengenai laporan kami. Setakat ini, kami tidak menerima sebarang aduan dari beliau atau pejabat beliau',ujarnya lagi.
Malaysiakini meroyan apabila Menteri Dalam Negeri dedahkan portal berita ini memang kaki spin dan sering kali berbohong. Apatah lagi mereka secara terang terangan menyebarkan dakyah memburukkan kerajaan dengan fitnah dan menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.
Jangan harap portal Pro PR ini akan tulis berita ikut apa yang menguntungkan Kerajaan!!!
Kami pejuang alam siber akan menyokong hingga akhir nyawa kami, pemimpin yang sangat berani seperti DS Zahid Hamidi perlu dipertahankan demi maruah agama, bangsa dan tanah air.
No comments:
Post a Comment