ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SEBARKAN !!! MEMORANDUM MUSLIM UPRO

Monday 28 October 2013

SEBARKAN !!! MEMORANDUM MUSLIM UPRO

22 Oktober 2013M bersamaan 17 Dzulhijjah 1434H
Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia atau ringkasnya MuslimUPRo telah digagaskan sebagai salah satu usaha untuk memantau NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) dan pertubuhan-pertubuhan sekular-liberal yang menggunakan saluran Gabungan NGOMalaysia di dalam Proses UPR (COMANGO), untuk menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam sebagai agama Negara melalui Proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia HRC (UN) di Geneva, Switzerland yang akan melibatkan Malaysia pada 24 Oktober 2013.

MuslimUPRo dan gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam yang disenaraikan di sini mengambil pendirian berikut:
Menginsafi kepentingan Perkara 3(1) di dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam pada kedudukan istimewa sebagai agama Persekutuan;
Menyedari bahawa cabaran-cabaran dunia pada hari ini ditandai gerakan hak asasi manusia (HAM) yang berlatarbelakangkan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan fitrah agama seperti sekularisme, liberalism dan pluralism dan semakin menyesatkan ramai di kalangan umat Islam;
Memperakui hakikat Malaysia sebagai sebuah Negara yang berdaulat serta disegani sebagai sebuah Negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN), Negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) serta Negara anggota Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN);
Menegaskan bahawa sebagai sebuah yang beragama Malaysia perlu bertegas di dalam mempertahankan kedudukan Islam serta tidak tunduk kepada tuntutan-tuntutan HAM yang ternyata bertentangan dengan prinsip-prinsip di dalam ajaran Islam.

No comments:

Post a Comment