ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: #prksglimau : UNDI BN UMPAMA UNDI NAIK HARGA !!!

Tuesday 29 October 2013

#prksglimau : UNDI BN UMPAMA UNDI NAIK HARGA !!!



KUALA LUMPUR - Pas mendakwa, satu undi untuk Umno-BN pada PRK Dun Sungai Limau bermakna satu undi untuk kenaikan harga barang.

Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata demikian dalam satu kenyataan di dalam laman FACEBOOK BELIAU , hari ini.

Dakwanya, pengundi Dun Sungai Limau wajib melakukan pemilihan yang tepat bagi menunjukkan rakyat tidak sokong kenaikan harga barang.

"...kenaikan harga barang yang berlaku selepas pilihan raya seperti harga minyak, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan banyak isu lain membuktikan bahawa Umno-BN tidak berniat untuk meringankan beban rakyat bawahan.

"Justeru, pengundi Dun Sungai Limau wajib buat pilihan yang tepat bagi membuktikan rakyat tak reda dengan kenaikan harga barang," dakwanya.

Pada bulan lalu, penyandang Adun Sungai Limau, Tan Sri Azizan Abdul Razak telah meninggal dunia akibat masalah kesihatan sekaligus menyebabkan kerusi Dun di kawasan itu menjadi kosong.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan turut merayu pengundi di Dun Sungai Limau supaya mengekalkan undi terhadap Pas, pada PRK depan.

"Saya benar-benar menggantungkan harapan kepada para pengundi agar terus mengekalkan Pas di Dun Sungai Limau sebagaimana pengundi-pengundi telah membuat pilihan yang tepat apabila mengundi Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak di dalam PRU yang lepas.

"Insya-ALLAH, keikhlasan tuan-tuan di dalam membuat pengundian di dalam pilihanraya yang lepas akan dikira sebagai amalan kebaikan oleh ALLAH SWT sekalipun kesempatan untuk bersama-sama Adun Sungai Limau tidak lama kerana beliau dipanggil mengadap ALLAH SWT kemudiannya," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment