ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: @shaberyc BIDAS LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA YANG DIANGGAP "CULAS"..

Thursday 3 October 2013

@shaberyc BIDAS LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA YANG DIANGGAP "CULAS"..


Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini membidas Laporan Ketua Audit Negara yang didakwanya sebagai culas.

Bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Laporan Ketua Audit Negara gagal menjelaskan perkara sebenar di mana wang sumbangan disalurkan ke akaun Majlis Sukan Negara (MSN).

"Wang tajaan dimasukkan ke dalam akaun MSN bagi melancarkan pengurusan Hari Belia Negara. Dakwaan pihak AG Audit yang menyatakan KBS membayar K-Pop pada Hari Belia Negara dengan jumlah RM1.6 juta adalah benar kerana ianya adalah dari wang tajaan.

"Pihak AG Audit culas dalam menjelaskan pekara sebenar kerana Wang Sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS," katanya yang dipetik dalam laman akaun facebook beliau.

Laporan itu menyatakan, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada perbelanjaan RM2.94 juta untuk menjayakan program tersebut.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut ditegur oleh Ketua Audit Negara kerana berbelanja terlalu tinggi dan tidak menepati perbelanjaan berhemat yang sepatutnya diamalkan kerajaan.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia ini berkata, wang tajaan sebanyak RM20 juta untuk menjayakan Hari Belia Negara turut disalurkan ke akaun MSN bagi melancarkan pengurusan program tersebut.

Tambah beliau, oleh yang demikian KBS tidak melakukan sebarang pembaziran terhadap wang rakyat seperti yang didakwa pembangkang.

"Moga rakyat celik mata dengan pekara ini, kita juga tidak mahu pembaziran seperti mana Laporan Audit Negara tentang pembelian mesin scanner beharga RM14,000 seunit.

Datuk Seri Ahmad Shabery menegaskan yang isu KBS tidak membazirkan wang rakyat malah ia adalah wang tajaan dari syarikat korporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia Negara. 

No comments:

Post a Comment