ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PRK DUN SUNGAI LIMAU : PENAMAAN CALON PADA 23 OCT & HARI MENGUNDI PADA 04 NOV.

Thursday, 3 October 2013

PRK DUN SUNGAI LIMAU : PENAMAAN CALON PADA 23 OCT & HARI MENGUNDI PADA 04 NOV.



PUTRAJAYA, 3 Okt 2013 - Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan diadakan pada 4 Nov manakala hari penamaan calon ditetapkan 23 Okt.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata daftar pemilih itu mengandungi 27,222 pemilih dan dua pengundi tidak hadir luar negara.

"Bagi pilihan raya kecil ini, tidak ada pengundi awal kerana tiada polis atau Angkata Tentera Malaysia yang mendaftarkan diri sebagai pengundi awal," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini, hari ini.

Sebelum itu, Abdul Aziz mempengerusikan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Sungai Limau.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lepas, Azizan yang juga bekas menteri besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dariBN dengan majoriti 2,774 undi.

Ahad lalu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Md Rozai Shafian menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Sungai Limau kepada SPR.

No comments:

Post a Comment