ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GEMPAR !!! RESTORAN PALING MAHAL CAJ SARAPAN PAGI DISERBU PDNKK !!!

Tuesday 8 October 2013

GEMPAR !!! RESTORAN PALING MAHAL CAJ SARAPAN PAGI DISERBU PDNKK !!!


Peniaga cekik darah di Kota Bharu!!!
Sekumpulan VVIP yang terdiri dari 50 orang dikenakan caj RM6000 oleh sebuah restoran di Taman Uda Murni, Jalan Pengkalan Chepa. Maksudnya seorang makan RM120 untuk sarapan pagi yang terdiri ayam goreng kampung dan gulai itik serati, di samping sayuran-sayuran dan beberapa lauk-pauk. Logik ke tidak ???

Kota Bharu- Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).

Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.

Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat.

“Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.

"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit,” katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit.

Sumber : Bernama & Astro Awani

No comments:

Post a Comment