ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: #OPSCANTASKHAS : POLIS TEMBAK MATI 3 PEROMPAK KES SAMUN !!!

Wednesday 9 October 2013

#OPSCANTASKHAS : POLIS TEMBAK MATI 3 PEROMPAK KES SAMUN !!!





Kuala Lumpur: Polis menembak mati tiga penjenayah yang dipercayai terbabit dalam kes samun luar bank dan baru empat jam menyamun seorang wanita di Bayu Perdana Klang. 

Kejadian berbalas tembakan itu berlaku di Plaza Tol Sentul Pasar, Lebuh Raya Duke kira-kira jam 3 petang tadi iaitu selepas mengekori mereka menaiki dua kereta PROTON Wira dan sebuah motosikal dari Klang Selatan.

Ketiga tiga suspek dilaporkan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta PROTON Wira selepas menyamun dan melarikan wang tunai RM2,000 mangsa yang berusia 39 tahun pada kira kira jam 11.30 pagi. 

Tiga lelaki yang sebelum ini bertindak mengepung dan merompak seorang mangsa wanita di Klang Selatan pagi tadi, tidak sempat untuk membelanjakan wang itu apabila mereka mati ditembak polis ketika cuba melarikan diri.



Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika mengesahkan kejadian itu berkata ketiga-tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 20 hingga ke 30 tahun itu, merupakan sebahagian daripada anggota kumpulan yang merompak sejumlah RM2,000 daripada mangsa mereka itu.

Abdul Rahim berkata kumpulan tersebut dipercayai telah memerhati dan mengekori wanita yang memasuki sebuah bank untuk mengeluarkan duit sekitar pukul 10 pagi.

“Apabila wanita itu keluar dengan wang dan menaiki keretanya, perompak-perompak itu yang menaiki tiga buah kereta bertindak mengepung kereta wanita itu."

“Sejurus kemudian, seorang lagi lelaki yang bermotosikal menghampiri kereta wanita itu sebelum memecahkan cermin kereta dan merampas wang itu,” kata Abdul Rahim kepada Astro AWANI.

No comments:

Post a Comment