Bodoh tak bertempat.. Bangga dengan hasil rompakan, si penyamun belasan tahun ni pi upload hasil hasil samun dalam FB.
sebelum ini video dua penyamun bersenjatakan parang masuk dan kemudian menyuruh penjaga kafe siber berkenaan menyerahkan duit dan barang berharga mereka tersebar di youtube.
Ketika merompak mereka beriya-iya memakai topi keledar mengelakkan identiti mereka diketahui dek kerana kebodohan mereka kemudian mereka memuatnaik gambar mereka dengan hasil rompakan ke laman sosial Facebook.
Tak ke bodoh tu namanya.
Dua hari lepas akhbar Harian Metro yang menyiarkan berita mereka menggunakan tajuk “Penyamun Bodoh Diburu” apabila dua penyamun ini memuatnaik gambar bangga mereka selepas merompak bersama dengan hasil rompakan sambil tersenyum.
No comments:
Post a Comment