ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI !!! KRISIS UMNO TERENGGANU SELESAI , PAS GIGIT JARI !!!

Wednesday, 14 May 2014

TERKINI !!! KRISIS UMNO TERENGGANU SELESAI , PAS GIGIT JARI !!!

Seperti dijangka krisis politik Terengganu berakhir pada Rabu apabila Datuk Seri Ahmad Said dan Ghazali Taib kembali semula kepada UMNO.
Ia sekaligus mengukuhkan kembali Barisan Nasional di negeri itu.
Berita bekas Menteri Besar itu akan kembali menyertai UMNO dimaklumkan dalam sidang media oleh ADUN Kuala Berang, Tengku Putra Tengku Awang sebentar tadi selepas mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tengahari tadi di Putrajaya.
Bagaimanapun Ghazali dan Ahmad tidak hadir dalam pertemuan ini.
Ahmad menyatakan kekesalannya dan hasratnya untuk kembali kepada UMNO dimaklumkan kepada Najib menerusi telefon.
Difahamkan Ahmad akan membuat sidang media petang ini di Terengganu.
ADUN Ajil awal pagi tadi sudah menyatakan persetujuannya untuk menarik balik keputusan keluar daripada parti selepas rakannya ADUN Bukit Besi, Roslee Daud memutuskan untuk kembali kepada UMNO.
Pada pertemuan itu, seramai 14 wakil rakyat hadir kecuali Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad yang tidak sihat, selain Ahmad dan Ghazali.
Tengku Putra juga berkata kesemua 17 ADUN menyatakan sokongan kepada Menteri Besar yang baharu.
“ Kini kemelut kita sudah selesai dan kedudukan kita kembali kukuh,” katanya yang mewakili 13 ADUN Terengganu yang lain.
Najib yang ditemui selepas mengadakan pertemuan hampir sejam bersama ADUN berkenaan memaklumkan akan membuat sidang media esok.
“Mungkin esok saya akan buat PC (sidang akhbar),” katanya.

Pertemuan itu turut dihadiri timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. – bnbbc.my

No comments:

Post a Comment