KUALA LUMPUR – Satu pergaduhan telah tercetus di antara Unit Amal dan penyokong SAMM & ANARKI di kawasan Dataran Merdeka apabila Unit Amal menghalang kumpulan ini mendekati pentas.
Penyokong Anarki dan SAMM telah merungut apabila ahli politik asyik berucap.
Akibatnya seorang penyokong Anarki telah ditumbuk oleh Unit Amal dibahagian kening dan berdarah.
Ketegangan telah tercetus selama 5 minit dan menyebabkan Pemimpin Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH), Maria Chin Abdullah campurtangan bagi meredakan keadaan.
Tindakan Unit Amal ini mendapat kritikan sehingga mereka mendakwa ‘belum dapat kuasa dah berlagak’, ‘kalah polis’ dan ‘dataran adalah untuk rakyat’ - rakyatnews.my
No comments:
Post a Comment