ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AHLI PAS UMUM BERTANDING PRK BUKIT GELUGUR, MAHU PERJUANG HUDUD !!!

Friday, 9 May 2014

AHLI PAS UMUM BERTANDING PRK BUKIT GELUGUR, MAHU PERJUANG HUDUD !!!

Ahli PAS umum bertanding PRK Bukit Gelugor, mahu perjuang hudud


GEORGE TOWN: Seorang anggota PAS cawangan Gombak, Mohamed Nabi Bux Mohamed Nabi Abd Sathar hari ini mengumumkan pencalonan beliau untuk Pilihan Raya Kecil DUN Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini.

Mohd Nabi Bux berkata dia akan memperjuangkan pelaksanaan undang-undang hudud di negeri itu menjelang 2020 sekiranya dipilih sebagai ahli parlimen nanti.

Dia  yang pertama kali berhasrat bertanding dalam pilihan raya juga berharap presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dapat memberi “lampu hijau” kepadanya untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu nanti.

“Saya bertanding atas dasar PAS dan Islam dan saya impikan yang hudud dapat dilaksanakan di Pulau Pinang menjelang 2020.  Saya memohon kebenaran Datuk Seri presiden PAS,  saya merayu untuk membenarkan saya bertanding di sini dan jika tidak dibenarkan, saya akan bertanding atas tiket bebas,” katanya ketika ditemui di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri di Weld Quay siang tadi.

Sementara itu Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan turut mengumumkan hari ini yang beliau akan bertanding pada PRK Parlimen Bukit Gelugor nanti.

Huan membuat pengumuman itu dalam satu sidang media di pejabatnya di Air Itam, pada Jumaat.

Sejajar dengan keputusannya itu, Huan memaklumkan akan membentangkan manifesto pilihan raya dan slogannya pada hari penamaan calon, Isnin ini.

Huan berkata, keputusan untuk bertanding pada PRK Parlimen Bukit Gelugor dibuat bukan atas kepentingan peribadi sebaliknya ianya berlandaskan pengalamannya dalam bidang politik selama ini.

“Saya di sini mengumumkan bahawa saya akan bertanding di Parlimen Bukit Gelugor sebagai calon di bawah PCM iaitu sebuah parti yang bebas. Sekiranya YB Lim Guan Eng dapat jawab lima soalan yang saya tanya, saya bersedia untuk menarik balik keputusan saya daripada bertanding dalam Parlimen Bukit Gelugor.

“Lima daripada soalan yang saya tanya beliau, dua daripadanya merupakan soalan yang pernah ditanya oleh mendiang Karpal Singh sendiri dimana Lim Guan Eng tidak pernah menjawab soalan-soalan itu,” kata Huan.

Walau bagaimanapun, Huan tidak menafikan bahawa pertandingan kali ini amat sengit apatah lagi bagi sebuah parti kecil dan bebas seperti PCM.

Namun jelasnya, beliau akan menggunakan pengalamannya sebagai bekas Naib Presiden GERAKAN  dan Ahli Parlimen Batu Kawan sejak 2004 hingga 2008 untuk berkhidmat kepada penduduk di Bukit Gelugor.

Katanya, jentera pilihan raya juga telah bersiap sedia untuk menghadapi kempen pilihan raya dan sudah mula turun padang untuk berjumpa penduduk di sekitar Bukit Gelugor.

Turut mengumumkan pencalonannya hari ini adalah anggota PAS Mohamed Nabi Bux Mohamed Nabi Abd Sathar.

Mohd Nabi Bux berkata dia akan memperjuangkan pelaksanaan undang-undang hudud di negeri itu menjelang 2020 sekiranya dipilih nanti.

“Saya mengimpikan pelaksanaan hudud menjelang 2020. Satu undi buat saya adalah satu undi buat hudud,” katanya ketika ditemui di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri di Weld Quay siang tadi.

Dua lagi calon dari Barisan Nasional dan DAP dijangka akan diumumkan hujung minggu ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12  Mei ini sebagai tarikh penamaan manakala 25 Mei ditetapkan untuk hari pengundian PRK Parlimen Bukit Gelugor.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh yang terlibat dalam kemalangan jalanraya di kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung, di Kampar, Perak pada 17 April lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei tahun lalu, Karpal Singh dari DAP memenangi kerusi Parlimen Bukit Gelugor dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam.

No comments:

Post a Comment