ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ISU KALIMAH ALLAH : MAHKAMAH AKAN TETAPKAN TARIKH UNTUK KEPUTUSAN RAYUAN GEREJA KATOLIK !!!

Wednesday 5 March 2014

ISU KALIMAH ALLAH : MAHKAMAH AKAN TETAPKAN TARIKH UNTUK KEPUTUSAN RAYUAN GEREJA KATOLIK !!!



Mahkamah Persekutuan hari ini akan membuat keputusan sama ada Gereja Katolik berhak merayu atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober tahun lalu, pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Rayuan itu didengar di hadapan Panel Khas seramai tujuh hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zainun Ali dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Jeffrey Tan. 
utusanonline

***Nampaknya orang Islam perlu menunggu satu tarikh yang lain pula bagi mendapatkan keputusan sebenar sama ada kalimah Allah boleh di gunakan oleh bukan Islam atau tidak. 
Kita yakin pejuang-pejuang Islam yang hadir pagi tadi akan terus hadir walau di mana sahaja asalkan kalimah Allah tidak di gunakan oleh bukan Islam.

No comments:

Post a Comment