ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI : BENARKAH SURAT PERLETAKAN JAWATAN ADUN HUTANG MELINTANG BUKANPALSU ???

Saturday, 8 February 2014

TERKINI : BENARKAH SURAT PERLETAKAN JAWATAN ADUN HUTANG MELINTANG BUKANPALSU ???


KUALA LUMPUR 7 Feb – Dakwaan surat perletakan jawatan palsu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, S Kesavan adalah tidak benar ekoran ahli PKR itu sendiri mengarahkan untuk menghantar surat tersebut kepada Speakeer DUN Perak.
Menurut sumber, individu yang menghantar surat tersebut telah lama berkhidmat bersama Kesavan dan dikatakan menerima wang selepas berbuat demikian.
“Memang Kesavan berhasrat dan telah pun menulis serta menghantar surat perletakan jawatan beliau.
“Bagaimanapun , telah berlaku satu transaksi di antara pihaknya (Kesavan) dan pihak yang lain, maka Kesavan mula putar cerita dengan mengatakan surat tersebut adalah palsu manakala PKR pula menuduh pemalsuan surat tersebut adalah angkara Barisan Nasional (BN) terutamanya menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang,”katanya kepada media baru-baru ini.
Jelasnya, penafian Kesavan terhadap perkara tersebut mengakibatkan banyak percanggahan fakta memungkinkan surat tersebut sebenarnya ditulis beliau sendiri.
“Kesavan memberitahu bahawa pertama kali beliau lihat surat tersebut pada jam 2 petang melalui WhatsApp sedangkan surat tersebut dihantar kepada Speaker pada jam 2.30 petang.
“Bagaimana beliau boleh tengok lebih awal?” soalnya.
Tambahnya, individu yang menghantar surat tersebut telah meletakkan jawatan dan kini berada di bawah jagaan Pengasas Take The Lead, Yuktes Vijay.Rakyatnews.com

No comments:

Post a Comment