ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SEORANG ANGGOTA POLIS MAUT DALAM KEMALANGAN TERCAMPAK KELUAR DARI KERETA !!!

Sunday, 9 February 2014

SEORANG ANGGOTA POLIS MAUT DALAM KEMALANGAN TERCAMPAK KELUAR DARI KERETA !!!

Kota Bharu: Seorang anggota polis maut selepas tercampak lebih tiga meter dari kereta dipandunya yang terbabas melanggar tiang pagar rumah dan sebatang pokok dalam kejadian berhampiran Restoran Satay Malaysia, Jalan Pengkalan Chepa, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.50 pagi itu, mangsa, Konstabel Mohamad Azim Zahiruddin, 22, yang bertugas di Balai Polis Badang, dekat sini, memandu kereta jenis Honda CRX.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan di kampung di Tapah Road, Perak.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Idris Abd Rafar berkata, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Badang selepas minum bersama rakannya di Kota Bharu.
Katanya, mangsa memandu sendirian sebelum kereta yang dipandunya hilang kawalan.
“Kereta mangsa terbabas sebelum melanggar tiang pagar rumah dan sebatang pokok.
“Mangsa tercampak lebih 3 meter dari keretanya dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957,” katanya.
MyMetro

No comments:

Post a Comment