BUKIT MERTAJAM 3 Feb - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku mengadakan perbincangan dengan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengambil alih jawatan Menteri besar sekiranya menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Penasihat PKR itu berkata, beliau perlu memenangi PRK tersebut sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai pengambilalihan jawatan tersebut.
"Jika seseorang itu boleh menjadi Ahli Parlimen di Sarawak dan ADUN di Sabah atau sebaliknya, saya tidak rasa menjadi Ahli Parlimen di Permatang Pauh dan ADUN Kajang menjadi masalah," katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Jelas Anwar, beliau akan terus menunaikan tanggungjawabnya di Permatang Pauh sungguhpun memenangi kerusi DUN kajang.
Dalam sidang media berasingan di Alor Setar, Anwar kemudiannya menafikan dakwaan sumber mengatakan terdapat perjanjian bersama Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengeluarkan Azmin Ali dari Dewan Undangan Negeri Selangor dengan megarahkan beliau meletakkan jawatan.
Katanya, beliau tidak mengetahui sebarang berita yang mendakwa Azmin akan mengosongkan kerusinya selepas ADUN Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan.
Ujarnya lagi, perletakan jawatan Lee adalah di atas kerelaannya sendiri tanpa campur tangan pihak ketiga.
No comments:
Post a Comment