ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI : ANWAR GAGAL TANGGUH PENDENGARAN RAYUAN PENDAKWA ESOK !!!

Wednesday 5 March 2014

TERKINI : ANWAR GAGAL TANGGUH PENDENGARAN RAYUAN PENDAKWA ESOK !!!



PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam usahanya di saat-saat akhir hari ini untuk mendapatkan perintah daripada Mahkamah Persekutuan di sini bagi menangguhkan rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasannya daripada pertuduhan meliwat. 

Pendengaran rayuan pihak pendakwa ditetapkan dua hari bermula esok. 

Panel lima anggota Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong memutuskan tiada lagi merit bagi dua alasan dikemukakan Anwar untuk menyokong permohonannya bagi penangguhan prosiding mahkamah esok. 

Panel itu sebulat suara menolak permohonan Anwar bagi penangguhan sementara. 

"Kami mendapati tiada alasan untuk kami mengganggu bidang kuasa Mahkamah Rayuan dan menolak memberikan penangguhan sementara (kepada Anwar)," kata Abdull Hamid yang bersidang bersama-sama Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah, Datin Paduka Zaleha Zahari dan Datuk Ramly Ali. 

Berikutan keputusan itu, pendengaran rayuan pihak pendakwa akan diteruskan esok. 

Anwar memohon penangguhan prosiding mahkamah esok sementara menunggu pendengaran rayuannya di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan kali ketiganya untuk melucutkan kelayakan peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuannya esok. 

Anwar memohon perintah penangguhan daripada Mahkamah Persekutuan kerana Mahkamah Rayuan turut menolak permohonannya bagi prosiding esok ditangguhkan. 

Ketua Pembangkang memfailkan notis rayuan itu pagi ini disusuli dengan permohonan bagi penangguhan. 

Panel mendengar permohonan itu pada 5.10 petang ini. 

Seorang daripada peguam yang mewakili Anwar, R Sivarasa berkata rayuan Anwar boleh dianggap akademik kerana beliau gagal memperoleh perintah penangguhan. 

Dalam prosiding hari ini, seorang lagi peguam mewakili Anwar, Karpal Singh, memberikan dua alasan untuk menyokong permohonan berkenaan iaitu akan wujud percanggahan kepentingan sekiranya Muhammad Shafee bertindak sebagai ketua pendakwa dalam rayuan itu dan beliau (Muhammad Shafee) juga bukan individu yang sesuai dan layak untuk menjadi timbalan pendakwa raya. 

Beliau berkata, Anwar perlu diberikan hak untuk menggunakan semua saluran undang-undang yang ada. 

Bagaimanapun, Muhammad Shafee berkata rayuan ketiga Anwar untuk melucutkan kelayakannya tidak mempunyai harapan untuk berjaya, dan menurutnya apa yang sedang dilakukan Anwar adalah untuk menangguhkan pendengaran rayuan esok. 

Pihak pendakwa merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari, 2012 yang melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. 
- BERNAMA

INI ADALAH MESEJ BERBENTUK KERAHAN KEPADA PENYOKONG PR SUPAYA HADIR BERAMAI-RAMAI UNTUK BERI SOKONGAN KEPADA ANWAR


Salam semua, bantu sebarkan!!!

Khamis dan Jumaat, 6 & 7 Mac 2014 merupakan dua hari yangg amat mustahak di mana kes rayuan FITNAH 2 akan sampai ke penghujung. Keputusan mahkamah sama ada DSAI bebas atau dipenjara mungkin dibuat seawal hari Jumaat ini.

Oleh itu, kita perlu hadir beramai-ramai di Mahkamah Rayuan, Putrajaya jam 9 pagi pada kedua-dua hari itu untuk memberi sokongan penuh kepada Ketua Umum kita, DS Anwar Ibrahim.

Tolong sebarkan maklumat ini, dan mari kita TURUN!

***Mereka mengharapkan kehadiran ramai penyokong boleh menakutkan hakim sebagaimana dilakukan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta beberapa tahun lepas.
Anwar tidak lagi boleh berhelah dengan lima hakim mahkamah persekutuan.



No comments:

Post a Comment