ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SEBARKAN !!! PENGGUNA FB DAKWA GAMBAR INI ADALAH PASANGAN PERAGUT.

Thursday 6 March 2014

SEBARKAN !!! PENGGUNA FB DAKWA GAMBAR INI ADALAH PASANGAN PERAGUT.

Pengguna Facebook Dakwa Ini Gambar Peragut Makciknya

Gambar sepasang kekasih di atas motosikal ini didakwa seorang pengguna Facebook merupakan peragut kini beredar di laman siber.

Menurut wanita yang memuatnaik status tersebut, gambar lelaki dan wanita yang dipaparkan itu ditemui dalam telefon bimbit yang tercicir ketika peragut berkenaan cuba melarikan diri selepas cubaan meragut beg makciknya di stesen LRT Gombak.

Bersama peringatan agar pengguna LRT turut berhati-hati, gambar ini diminta agar dikongsikan supaya menjadi peringatan kepada orang ramai.

Dari satu segi, sikap prihatian ditunjukkan pengguna Facebook ini wajar dipuji.

Bagaimanapun, diharapkan dia pasti maklumat yang dikongsikan benar-benar tepat apabila melibatkan tuduhan berat sebegini.

Bukannya apa, makciknya diragut pada waktu malam jadi dibimbangi wajah suspek tidak jelas dan mungkin tersilap pandang.

Bagaimana jika telefon bimbit yang tercicir ini merupakan barang curi atau ini adalah kawan peragut yang tidak melakukan perbuatan keji sepertinya?

Rasanya, tindakan paling wajar dilakukan pengguna Facebook ini bagi membantu orang ramai adalah menyerahkan telefon bimbit yang ditemui kepada pihak polis agar mereka dapat melakukan siasatan terhadap pemiliknya.
Mynewshub

No comments:

Post a Comment