PASIR MAS - Seorang pelajar perempuan tingkatan dua dari sebuah sekolah di daerah ini didakwa dirogol oleh teman lelaki yang baru dikenali kurang seminggu.
Kejadian tersebut berlaku pada Rabu lalu, lebih kurang jam 5 petang, apabila mangsa dikatakan keluar dari rumah dengan seorang rakannya yang juga berusia 14 tahun.
Difahamkan, mangsa ke rumah teman lelaki rakannya itu di Kampung Kedondong dan pada masa yang sama bertemu dengan teman lelakinya di sana.
Kemudian mereka keluar menaiki motosikal bersama teman lelaki masing-masing untuk bersiar-siar di Kemahang, Tanah Merah.
Semasa hendak pulang pada jam 8.30 malam terdapat sekatan jalan raya dan suspek telah membawa mangsa balik ke rumahnya di Rantau Panjang.
Ketika di rumah suspek, mangsa dikatakan tidur di dalam bilik suspek kemudian dirogol sebanyak dua kali pada malam tersebut.
Mangsa mendakwa dirogol pada jam 12.30 malam dan 5.15 pagi di mana semasa kejadian tersebut ahli keluarga suspek telah masuk tidur.
Pada jam 10 pagi, mangsa dibawa keluar dari rumah suspek dan lebih kurang jam 3 petang suspek membawa mangsa ke rumah neneknya di Kedondong. Suspek telah menyuruh ibunya menghantar mangsa pulang ke rumahnya.
Selepas itu mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu dan hasil pemeriksaan didapati terdapat empat kesan koyakkan lama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asistent Komisioner Haliludin Rahim berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan berhubung kes tersebut.
Katanya, mereka kini giat mengesan suspek bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
SH
No comments:
Post a Comment