ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: August 2013

Saturday, 31 August 2013

SUBHANALLAH!!! JEMAAH MENINGGAL KETIKA KHATIB BACA KHUTBAH.

YUSOF menunjukkan cara Arshad bersandar ke dinding masjid sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Jemaah solat Jumaat Masjid Rafeah Taman Uda, di sini, gempar apabila seorang warga emas berusia 66 tahun tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika khatib membaca khutbah, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, jemaah itu, Arshad Harun dari Kampung Padang, Hutan Kampung, di sini, dikatakan menghidap penyakit darah tinggi.

Jemaah lain yang melihat mangsa tiba-tiba rebah segera mengangkat mangsa dan meletakkannya di tepi dinding sambil memberi rawatan kecemasan. 

Seorang jemaah, Yusof Abdul Majid, 80, dari Taman Muhibah, di sini, berkata dia bersama beberapa jemaah lain mengangkat Allahyarham ke tepi dinding sambil mengurut belakangnya bagi memberi bantuan.

“Ketika itu, saya dapat rasa arwah masih bernafas dan kami cuba memulihkannya sementara menunggu ambulans tiba. Saya difahamkan dia meninggal dunia tidak lama kemudian.

“Arwah tinggal di Kampung Padang, Hutan Kampung dan selalu menunaikan solat Jumaat di masjid ini,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

Imam Masjid Rafeah Taman Uda, Zakaria Long, 74, berkata, ini kali pertama jemaah meninggal dunia di dalam masjid berkenaan sejak masjid ini beroperasi 30 tahun lalu.

“Ini kes pertama jemaah meninggal dunia di masjid ketika khatib membaca khutbah Jumaat. Bagi saya, arwah antara individu yang diberi keistimewaan Allah kerana meninggal di dalam masjid, pada hari Jumaat yang mulia,” katanya. 

Anak mangsa, Mohd Azhari Arshad, 22, berkata, arwah bapanya sudah mengidap penyakit darah tinggi sejak dua tahun lalu.

“Arwah selalu mengadu penat dan sakit darah tinggi sejak dua tahun lalu, tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik sebelum ini.

“Arwah selalu pergi menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan walaupun ada masjid berhampiran dengan rumah.

Menurutnya, arwah juga sudah berhenti merokok sejak Ramadan lalu kerana bimbang dengan penyakitnya itu.

“Arwah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Padang, Hutan Kampung, semalam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
credit AAKJ

KEBIADAPAN MACAI PAKATAN HARAM DI AMBANG MERDEKA.



Macai pembangkang buat hal lagi . Mereka mengibarkan lagi   bendera lain selain daripada Jalur Gemilang ketika orang ramai meraikan sambutan ambang Hari Merdeka sebentar tadi .

Walaupun pelbagai pandangan & pendapat telah dibincangkan sejak dikibarkan tahu lalu oleh pembangkang yang didalangi Hishamudin Rais , ternyata ia masih lagi berulang . Hasutan mereka kepada generasi muda agar membenci Jalur Gemilang tak pernah luntur malah lebih bangga mengusung ke sana sini bendera lain .

Bagi mereka , Jalur Gemilang adalah bendera milik UMNO / BN   dan perlu ditukarkan dengan bendera baru ini.

Ini yang bahaya modus operandi pembangkang yang begitu halus menghasut anak muda terutama  bangsa Melayu .   . Kita boleh berbeza pendapat di dalam politik. Kita boleh berbeza pendapat di dalam Agama dan Kepercayaan tetapi kita kena satu hati tentang negara dan lambang negara (Jalur Gemilang) yang kita cintai.

Kalau bencikan sangat Barisan Nasional dan UMNO, jangan sampai kita menghina Negara dan Jalur Gemilang. Malah kalau   bencikan Negara Malaysia, tidak ada siapa yang menghalang anda semua dari berhijrah ke mana-mana Negara yang anda sukai.

Ramai lagi rakyat negara yang sanggup berkorban untuk...
"NEGARA BERDAULAT TANAH TUMPAH DARAHKU INI".






Sifat kurang ajar macai-macai Pakatan Haram ini sudah membuak-buak, demi Anwar mereka sanggup membuang bendera Malaysia. Ataupun macai-macai ini termasuk A Samad Said mendapat upah yang lumayan daripada pemimpin cina DAP demi untuk menakluk bumi Melayu secaya senyap.

TV ISMA TERBIT VIDEO KEMERDEKAAN.

BANGI, 30 Ogos – Biro Media Ikatan Muslimin Malaysia menerusi TV ISMA telah menerbitkan sebuah video kemerdekaan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-56.
Video ini bertajuk “Merdeka 56 tahun: Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku”.
Video laporan khas yang berkonsepkan majalah itu memetik kenyataan pimpinan ISMA yang berkisar soal teras kenegaraan seperti kontrak sosial dan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan yang telah disepakati untuk mencapai kemerdekaan.
Video ini membidas sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mencetuskan kontroversi dengan pelbagai tuntutan yang bercanggah dengan perlembagaan seperti SUARAM yang menuntut polisi UiTM yang hanya untuk Melayu dan bumiputera dikaji semula.
Ia juga menyentuh isu-isu panas lain seperti kalimah Allah, tuntutan pertubuhan pendidikan Cina Dong Zong dan hak keistimewaan Melayu.
Menurut penerbit video, Dr Kamil Azmi Tohiran isu-isu tersebut diketengahkan sebagai isyarat kepada pihak tertentu agar menghormati perlembagaan terutamanya isu berkaitan Islam dan Melayu.
Video itu juga mendedahkan 4 ancaman yang sedang dihadapi oleh negara iaitu ideologi liberalisme, chauvinisme, kristianisasi dan fahaman sesat Syiah.
Pembangunan jati diri umat Melayu perlu menjadi keutamaan di samping usaha berterusan dalam membanteras ancaman-ancaman tersebut.
Wartawan ISMA, Mohd Firdaus Salleh Hudin yang menerajui video ini telah membuat penggambaran di beberapa lokasi utama di ibu negara seperti Tugu Negara, Dataran Merdeka dan bangunan KLCC.
Malam ini Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-56 dengan tema “Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku”.


AIDC News

Friday, 30 August 2013

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 56 @NajibRazak @MuhyiddinYassin @shaberyc @fuhas_tweet



Dalam suasana kemerdekaan yang disambut hari ini, orang Melayu yang berpecah belah, masih belum dapat ditautkan semula. Ini adalah suasana yang amat malang bagi bangsa Melayu kerana kedudukan mereka sebagai tulang belakang bangsa Malaysia. Bolehkan kita mengatakan bahawa orang Melayu sebagai masyarakat berwawasan sedangkan mereka sendiri terus berpecah belah.

Orang Melayu mempunyai sikap prejudis sesama sendiri. Daripada kata-kata, mereka dilihat tidak jujur sesama sendiri hanya disebabkan fahaman politik yang berbeza walaupun seagama. Di depan cakap lain, di belakang cakap lain. Hari ini puji, esok dikeji. Bila mereka bercakap di khalayak ramai orang mula melemparkan kata-kata mereka bercakap lain di mulut, lain pula di hati. Jika orang yang dihormati bercakap berbelit-belit, bagaimana ia boleh menjadi teladan kepada bangsa dan seagama. Inilah dilema orang Melayu hari ini.

Usaha mengisi kemerdekaan, tidak ada hadnya. Ia perlu diteruskan hingga kepada generasi akan datang walaupun ketika itu sejarah negara zaman silam sudah ditinggalkan jauh. Jika sejarah hari ini yang dijadikan sandaran, bermakna bangsa Malaysia hanya melihat kepada pergolakan bangsa Malaysia yang berlaku di depan mata kita hari ini.

Itulah sebabnya dalam apa keadaan sekali pun, apabila tiba bulan kemerdekaan nama-nama pemimpin negara bermula daripada Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi akan disebut kerana setiap mereka mempunyai peranan membina bangsa dan negara. 

Begitu juga dengan pemimpin hari ini dan mereka yang akan mewarisi pimpinan negara pada masa akan datang, tetap disanjung. Setakat ini, semua pemimpin yang menerajui negara mempunyai jasa kepada negara berasaskan kepada waktu dan ketika pentadbiran mereka. Semua mereka menyambung tugas menyedarkan rakyat supaya memahami erti kemerdekaan.

Bagaimana keadaan negara pada 50 tahun akan datang. Dari segi fizikalnya, kita yakin Malaysia akan lengkap serba serbi. Isunya ialah bagaimana pemikiran rakyat Malaysia pada 2057 nanti, apabila negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-100 tahun nanti.

Setakat ini, sejarah menyaksikan betapa kepemimpinan Umno masih berjaya menerajui perjuangan mencapai kemerdekaan dan mengurus cabaran kemerdekaan. Untuk 50 tahun akan datang, pastinya ia bermula hari ini.



“Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku”


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke-56 dan Salam Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM.


1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS. 


3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.



4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.


5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.



6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).



7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.



8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.



9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.


10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.



11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.



12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.



13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.



14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.


15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.


16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA.



17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.



18. Orang yang pertama membuat mimbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.


19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.



20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.



21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.


22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.



23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.


24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.



25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.



26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.


27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA. 


28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.


29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.


30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW

"4 GOLONGAN LELAKI AHLI NERAKA"



Pada hari akhirat nanti, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu..

Siapakah mereka ini? Mereka adalah:

1①. AYAHNYA.

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak² perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak² perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akanditarik ke neraka oleh anaknya.

2②. SUAMINYA.

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindakan isterinya. Bergaul bebas memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak pernah ditinggalkan, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3③. ABANGNYA.

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang²nya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik perempuannya dibiar melenceng dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4④. ANAK LELAKINYA.

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, ghibah, menggunj­ing dan sebagainya maka anak itu akan ditanya dan di pertangung jawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah atau suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Allah SWT Berfirman:

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia, jin dan batu²...!!!"

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengindahkan janji dan peluang yang Allah swt berikan pada kita.

Thursday, 29 August 2013

PAHALA SEORANG ISTERI.



Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.

1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

31 OGOS TARIKH KERAMAT BUAT RAKYAT MALAYSIA.



Tarikh keramat 31 Ogos setiap tahun menjadi hari paling bersejarah buat rakyat Malaysia. 
'Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku' menjadi tema Hari Kemerdekaan kita kali ini.

Bukan bermakna erti sebuah kemerdekaan dan jasa mereka yang bersabung nyawa demi menggapainya hanya dikenang pada hari tersebut, namun 31 Ogos adalah hari istimewa, khas buat mereka yang bergelar pejuang. 
Sama ada mereka yang berjuang untuk kemerdekaan negara lebih 50 tahun yang lalu, mahupun mereka yang berkorban apa saja demi mempertahankan kemerdekaan negara...
'KALIANLAH PERWIRA NEGARA'

HOT !!! OSTAZAH ABBY BUKTIKAN DIRINYA "TAK BERAPA CERDIK" !!!

Konon nak beretorik..,kan dah kena sebijik !!!

Memang sah lah Ostazah Abby ni "tak berapa cerdik" !!!

RAKYAT MALAYSIA MESTI TENGOK VIDEO YANG PENUH BERSEJARAH INI.

Dokumen sejarah yang diterbitkan oleh Filem Negara menunjukkan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah sebaliknya hanya dinaungi. Cuba lihat video ini pada 06.05 hingga 06.15 yang menyebut menamatkan naungan British selama 170 tahun di Malaya.

Wednesday, 28 August 2013

HADIAH LUMAYAN MENANTI PESERTA PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEMPENA HARI KEMERDEKAAN. @shaberyc

MAKLUMAT PERTANDINGAN
  • Pertandingan video pendek ini dibuka kepada semua golongan generasi belia.
  • Pertandingan ini akan bermula pada 1 Ogos 2013 sehingga 10 September 2013.
  • Penyertaan dibenarkan dalam pelbagai bahasa dan pelbagai bentuk video seperti dalam bentuk iklan, cerita dan lain-lain.
  • Setiap penyertaan mestilah menepati tema yang diberikan.
  • Semua keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat menyurat tidak akan dilayan.
  • Semua video penyertaan yang diterima oleh penganjur menjadi hakmilik penganjur dan penganjur boleh menggunakan video-video penyertaan tersebut untuk apa-apa tujuan.

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
  • Peserta mestilah merupakan warganegara Malaysia.
  • Penyertaan boleh dikemukakan secara individu/kumpulan.
  • Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar 1 penyertaan sahaja.
  • Penyertaan mestilah sampai selewat-lewatnya pada 10 September 2013 kepada Sekretariat Pertandingan.
  • Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati video yang dihantar bukan karya asli, maka penyertaan akan dibatalkan serta-merta.
  • Video yang dihasilkan mesti tidak melebihi masa yang ditetapkan iaitu 1 -3 minit sahaja.
  • Video yang dihasilkan mestilah dalam bentuk format MP4 dengan Resolusi Tinggi ( High Definition).
  • Kos penyediaan adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
  • Syarat penyertaan boleh didapati di laman Facebook Cereka Malaysiaku.

KRITERIA PENGHAKIMAN
  • Seramai 3 orang hakim (Finas & RTM) akan dilantik untuk pertandingan ini selepas mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan atasan yang merangkumi 50% penilaian.
  • Manakala 50% lagi akan dinilai melalui populariti video yang dimuat naik dengan Like & Share.
  • Keseluruhan video yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skema pemarkahan berikut:

Idea = 40 markah
Kreativiti = 50 markah
Menepati tema = 10 markah
Keseluruhan = 100 markah

Untuk maklumat lanjut

Muat turun borang penyertaan

PASANGAN ALVIN-VIVIAN KEMBALI KE DUNIA MAYA !!! APA TINDAKKAN MAHKAMAH ???

Pastinya anda tidak akan lupa dengan pasangan seks yang penuh kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee.
Nampaknya pasangan ini kembali aktif apabila akaun laman sosial Twitter mereka beroperasi semula.
Jika dilihat, pasangan ini kembali aktif pada 26 Ogos lalu dengan membalas komen-komen yang dilontarkan oleh peminat mereka.


Pada masa yang sama, timbul persoalan dibenak fikiran pelayar laman sosial Twitter apabila mereka dikatakan telah melanggar arahan mahkamah.

Pada 26 Julai lalu, Hakim Mohd Azman Husin membenarkan pasangan itu diikat jamin RM10,000 bagi setiap satu daripada tiga tuduhan terhadap mereka yang berkaitan dengan penyiaran gambar mereka makan hidangan daging babi dengan mengucapkan kepada umat Islam ‘Selamat Berbuka Puasa’ di Facebook dan memuat naik gambar-gambar lucah di blog mereka.

Beliau turut memerintahkan supaya pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah turut melarang mereka memuat naik artikel, komen, gambar lucah atau jelek serta apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

Selain itu, mereka juga dihalang daripada menggunakan peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet untuk memuat naik gambar, komen dan artikel yang boleh menghasut dan menimbulkan permusuhan antara kaum.




Apa yang cuba pasangan ini lakukan setelah mereka dilihat ingkar dengan arahan yang dikeluarkan oleh mahkamah tempoh hari???
Mahkamah mana yang keluarkan arahan membenarkan mereka mengakses internet???

Bagaimanapun pasangan ini haruslah berhati-hati supaya sebarang kenyataan atau komen yang dikeluarkan tidak mencetuskan ketegangan antara kaum.

MYNEWSHUB

REMAJA TERDESAK , LARI TINGGALKAN KEKASIH DALAM HUTAN.

Gara-gara takut ditahan polis, seorang pemuda berusia 20-an yang bekerja sebagai seorang mekanik sanggup meninggalkan teman wanitanya di dalam hutan setelah motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang mereka terbabas.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi semalam di Jalan Batu Empat, Sungai Ular ketika Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim membuat pemeriksaan rambang di kawasan berkenaan.
Menurutnya, suspek dilihat menunggang dalam keadaan laju bagaimanapun memperlahankan motosikalnya apabila menghampiri polis. Menyedari ramai kalangan penunggang motosikal ditahan, suspek kemudiannya melarikan diri ke kampung berdekatan sebelum diburu polis.
“Suspek cuba melarikan diri dengan menunggang motosikal dalam kawasan ladang getah. Bagaimanapun taktik digunakannya itu memakan dirinya sendiri apabila motosikal ditunggang mereka hilang kawalan dan terbabas.
“Suspek tidak mengalami sebarang kecederaan kemudiannya bangun dan melarikan diri dalam hutan berdekatan tanpa menghiraukan kekasihnya yang terhumban ke dalam semak.
“Walaupun dipanggil beberapa kali oleh kekasihnya, suspek tetap melarikan diri. Teman wanita suspek dan motosikal ditunggang mereka kemudiannya dibawa ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut,” katanya.
Menurut kekasih suspek yang berusia 21 tahun dan bekerja di sebuah kedai roti itu, dia mengenali lelaki itu setahun lalu dan sekarang tinggal bersama ibu suspek di Terap.
Katanya, disebabkan dia berhadapan dengan masalah keluarga selain mahu selalu bersama teman lelakinya itu, wanita terbabit mengaku sering melakukan hubungan seks dan hidup bersekedudukan bersama kekasihnya.
Polis kemudiannya menghubungi keluarganya dan meminta datang ke Balai Polis Kulim untuk membawanya pulang ke rumah.
Ibunya ketika ditemui berkata, anak perempuannya memaklumkan kepadanya dan suaminya bahawa dia tinggal bersama seorang rakan perempuan di Kampung Siam dan tidak tahu langsung akan perlakuan buruk dilakukan anaknya itu selama ini.
“Dia tak mahu tinggal dengan keluarga kerana nak bebas. Dia bukan ada pelajaran tinggi, setakat darjah enam sahaja. Kali pertama dia menikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya bercerai.
“Kami sudah menasihatinya tetapi dia tidak mahu dengar. Kehidupan kami memang tidak mewah kerana bapanya hanya bekerja sebagai penoreh getah. Dulu lelaki itu (suspek) memang berhajat hendak meminang anak kami, bagaimanapun majlis itu dibatalkan kerana dia maklumkan kepada kami dia tak ada duit. Saya tahu dia cuma nak main-main kerana anak kami ni janda,” katanya.
Ghuzlan meminta pemilik motosikal Modenas Kriss yang ditahan untuk datang IPD Kulim.
SH

Tuesday, 27 August 2013

BUDAK LELAKI MERAUNG DITINGGALKAN SEORANG DIRI DALAM KERETA BERKUNCI !!!


Julai lalu, negara digemparkan dengan kes kematian seorang kanak-kanak yang ditinggalkan dalam kereta oleh ibunya.
Kejadian menyayat hati itu seharusnya dijadikan iktibar oleh para ibu bapa agar ia tidak berulang pada anak mereka.
Namun tidak pasti atas alasan apa, kejadian lebih kurang serupa berlaku lagi di Ipoh, Sabtu lalu.
Ia disaksikan sendiri Ketua MCA Ipoh, Datuk Seri Micheal Chong.
Menurut Michael Chong, budak lelaki tersebut menangis sekuat hati memanggil ibunya agar dikeluarkan dari kereta MPV yang diletak di hadapan Hospital Fatimah, Ipoh, Perak dalam keadaan berpeluh-peluh kepanasan kerana enjin kereta dimatikan.
Dia menganggarkan, kanak-kanak tersebut mungkin telah terperangkap selama setengah jam. Sekiranya tidak ada sesiapa yang perasan, dikhuatiri tragedi Julai lalu mungkin berulang semula.
Kanak-kanak itu akhirnya diselamatkan oleh pasukan bomba.
Kepada para ibu bapa, tolonglah lebih peka dengan keselamatan anak anda. Semoga kejadian sebegini tidak berulang lagi. 
Credit : AAKJ

KIBAR JALUR GEMILANG : SETUJU CADANGAN KERAJAAN WUJUD UNDANG-UNDANG KHAS !!! @shaberyc


Selama ini setiap kali tibanya bulan Ogos tidak pernah menjadi persoalan siapa yang mahu mengibarkan bendera Jalur Gemilang atau sebaliknya kerana kebanyakan beranggapan ia adalah tindakan sukarela yang bergantung pada kehendak seseorang individu.

Ia dianggap perkara remeh-temeh dan tidak diambil berat barangkali masing-masing merasakan cukuplah kibaran Jalur Gemilang diutamakan di sekolah-sekolah manakala semarak patriotisme disebalik kibarannya biarlah sekadar membara dikalangan pasukan keselamatan negara sahaja.

Senario sama juga berlaku dikalangan pemilik premis perniagaan bila mana masih ramai yang tidak mengambil berat perihal mengibarkan bendera kebangsaan kerana merasakan itu bukannya sesuatu yang wajib.  Pada mereka soal untung rugi perniagaan lebih penting dari hal patriotisme.

Namun bagi kebanyakan premis milik kerajaan termasuk sesetengah Majlis Bandaran nampaknya lebih serius mengabadikan bulan kemerdekaan kibaran Jalur Gemilang yang sedikit sebanyak dapat memeriahkan sambutan kemerdekaan negara yang diraikan saban tahun.

Sudah tiba masanya dua senario berbeza ini dicari titik temunya di mana setiap pihak samada kerajaan mahupun pemilik perniagaan swasta sama-sama berganding bahu dalam menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan sempena menjelangnya 31 Ogos setiap tahun.

Baru-baru ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia dilaporkan bersedia untuk mengkaji secara serius kemungkinan mewujudkan undang-undang khas yang mewajibkan setiap premis kerajaan mahupun swasta mengibarkan bendera Jalur Gemilang dalam setiap bulan kemerdekaan.

Tujuannya jelas untuk melatih rakyat supaya lebih menghormati panji kebesaran negara dan diharapkan akan meningkat semangat patriotisme khalayak supaya lebih menyayangi tanahair tercinta ini. Di masa yang sama setiap warga akan lebih menghargai kemerdekaan yang dikecapi.

Saya pasti andainya undang-undang khas ini menjadi kenyataan sebahagian besar warganegara ini akan menyambutnya dengan baik kerana jika bukan kita yang meraikan kemerdekaan negara dan mengibarkan Jalur Gemilang, siapa lagi yang mahu kita harapkan?

Untuk permulaan wajibkan dulu perlaksanaannya dikalangan agensi kerajaan dan pemilik premis perniagaan swasta. Bagi kediaman individu, biarkan masa yang mencoraknya sambil kempen ke arah meningkatkan semangat patriotisme rakyat diperluaskan.

Elok disegerakan penggubalan undang-undang tersebut, setidak-tidaknya bermula tahun depan atau dua tahun dari sekarang ia dapat direalisasikan sekaligus dapat meningkatkan kesedaran umum betapa kibaran Jalur Gemilang amat akrab dengan semarak semangat patriotisme warganya.

REMAJA PEREMPUAN LICIK MENIPU !!!


Gadis ejen licik menipu

SUNGAI PETANI – Seorang gadis berusia 23 tahun dari bandar ini dikesan licik menjalankan kes penipuan berhubung pakej pelancongan kepada orang ramai sebelum membatalkan perjalanan di saat akhir setelah bayaran dibuat.

Gadis tersebut juga didakwa giat menjalankan pelbagai perniagaan dengan menawarkan khidmat menjadi ejen produk tetapi liat ketika diminta menjelaskan bayaran dengan pelbagai alasan.

Pengadu, Nor Suriani Badri, 34, berkata, dia termasuk 13 individu lain telah membuat tempahan bercuti ke Bali selama empat hari tiga malam melalui ejen berkenaan pada tarikh 11 Ogos lalu, namun perjalanan dibatalkan hanya beberapa jam sebelum bertolak.

“Empat orang sudah pun berada di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) apabila dimaklumkan jam 3 pagi bahawa perjalanan kami dibatalkan atas alasan tidak munasabah,” katanya kepada Sinar Harian.

Nor Suriani berkata, walaupun ejen terbabit sudah menjelaskan RM6,500 setelah dipaksa, tetapi mereka tetap mahu bersemuka dengan gadis berkenaan bagi mendapatkan penjelasan.

[KES 2] Mangsa, Nasrul Md Junid, 42, berkata, sebaik sahaja mengetahui perjalanan ke Bali dibatalkan saat akhir, dia bersama 22 ahli keluarga yang membuat tempahan ke Semporna, Sabah September nanti khuatir apabila mengetahui menggunakan khidmat ejen yang sama.

Nasrul berkata, sebaik sahaja mengetahui lawatan ke Bali dibatalkan, dia telah membuat pengesahan dengan syarikat penerbangan dan tempat penginapan yang didakwa sudah ditempah, namun tiada nama ahli keluarganya.

“Pada Mei lalu, kami telah membayar lebih RM8,000 untuk penerbangan dan hotel selain membuat tempahan sendiri untuk aktiviti sukan di sana lebih kurang RM3,000.

“Pada 16 Ogos lalu, gadis berkenaan telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada salah seorang ahli keluarga mengatakan tiket penerbangan telah ditempah.

“Khuatir ditipu, kami membuat pengesahan dengan syarikat penerbangan tetapi dimaklumkan bahawa ejen hanya membayar RM440 manakala tempahan hotel juga tidak dilakukan,” katanya.

Nasrul berkata, maklumat terbaru diperoleh, tempahan untuk ahli keluarganya dibatalkan syarikat penerbangan kerana tiada bayaran sepenuhnya dibuat dalam tempoh tertentu sedangkan dia sudah membuat pembayaran sepatutnya.

Bagi mendapatkan penjelasan, ahli keluarga menghubungi ejen terbabit tetapi semua talian tidak berfungsi. Menurutnya, dia mahukan ejen pelancongan terbabit membuat tempahan semula penerbangan atau memulangkan kembali harga tiket mengikut kadar semasa memandangkan semua persiapan telah dibuat termasuk memohon cuti kesemua ahli keluarga
termasuk yang tinggal di luar daerah.

[KES 3] Mangsa, Rasinah Saad, 37, mendakwa, kegiatan gadis berkenaan dijalankan secara licik di mana modus operandi sama dilakukan melibatkan penipuan wang. “Dua tahun lalu, gadis sama telah menjadi ejen produk penapis air melibatkan kos lebih RM4,000 namun hanya membayar separuh daripadanya,” katanya.

[KES 4] Leana Ramli, 29, turut menggunakan khidmat ejen pelancongan sama ketika bercuti ke Hatyai 10 Ogos lalu bersama 30 ahli keluarganya. Menurutnya, khidmat yang diberikan tidak memuaskan selain terpaksa membuat bayaran tambahan kepada pemandu van dan bas setelah tiba di sana.

“Kebanyakan destinasi dituju tidak sama seperti dirancang termasuk pengangkutan terpaksa dibayar dengan wang sendiri,” katanya.
Menurut Leana, kebanyakan urusan dilakukan menerusi laman sosial Facebook dan tidak menyangka lebih ramai mangsa ditipu selepas pendedahan dibuat menerusinya.

Gadis tersebut turut dikesan melakukan penipuan kepada pelanggan yang berada di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Terengganu dan Selangor apabila masing-masing menunjukkan laporan polis dibuat menerusi laman sosial berkenaan.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian dan kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.