Polis belum menerima sebarang laporan mengenai gula-gula yang dikatakan mengandungi dadah dan menyebabkan kanak-kanak menjadi ketagih selepas memakannya seperti didakwa di laman sosial baru-baru ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, pihaknya sedia maklum mengenai perkara itu namun, masih tiada laporan diterima daripada orang ramai mengenai dakwaan tersebut.
Menurut beliau, gula-gula itu dipercayai dikilangkan di Myanmar berdasarkan plastik pembalutnya.
“Kemungkinan ia adalah gula-gula betul dan dijual di negara berkenaan selain di laman web syarikat tersebut.
“Kita tidak menolak kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab membungkus dadah menggunakan pembungkus gula-gula tersebut,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
kosmo
No comments:
Post a Comment