ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAC PUAS HATI PENJELASAN ARUL KANDA

Tuesday, 1 December 2015

PAC PUAS HATI PENJELASAN ARUL KANDA

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berpuas hati terhadap penjelasan yang dikemukan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berkaitan syarikat tersebut, pada Selasa.
Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata prosiding yang bermula kira-kira pukul 11 pagi tadi, berjalan lancar dan berhenti berehat sehingga pukul 2.30 petang untuk sesi seterusnya.
"PAC akan dengar lagi (penjelasan dari Arul Kanda) pada petang ini. Selepas itu, saya akan buat satu kenyataan akhbar.
"Jika belum habis, kita (PAC) akan teruskan. Yang penting, kita ingin maklumat yang tepat supaya laporan itu adil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri prosiding antara PAC dan Arul Kanda di Bangunan Parlimen pada Selasa.
Prosiding ini merupakan pertemuan pertama Arul Kanda dengan PAC selepas beliau gagal menghadirkan diri di hadapan jawatankuasa itu sebanyak dua kali sebelum ini.
Arul yang kelihatan tenang, keluar dari bilik prosiding dengan senyuman terukir pada wajahnya, sebelum beredar meninggalkan Bangunan Parlimen.
Beliau juga mengelak soalan yang diajukan oleh para wartawan.
Pada Isnin, PAC memanggil bekas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif 1MBD Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi untuk memberi keterangan berkaitan pembentukan 1MDB, yang dilapor berlaku pada 2009 semasa di bawah pengurusannya.
Hasan dilapor berkata Laporan Akhir Ketua Audit Negara terhadap 1MDB dijangka dibentangkan kepada PAC pada 17 Dis ini.
Beliau berkata PAC juga akan memanggil Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin untuk memberi keterangan kepada PAC selepas mendengar Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB.
Oleh itu, katanya, PAC dijangka menyiapkan laporan lengkap 1MDB pada Mac 2016. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment