ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: RUU MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015 DILULUSKAN DEWAN RAKYAT

Friday 4 December 2015

RUU MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015 DILULUSKAN DEWAN RAKYAT


KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 diluluskan Dewan Rakyat selepas bacaan kali ketiga hari ini.

Perbahasan rang undang-undang itu bermula sekitar jam 4.30 petang tadi sebelum ia diluluskan sekitar jam 10.52 malam.

Undian belah bahagi yang dijalankan sebelum itu menyaksikan 107 Ahli Parlimen bersetuju dan 74 lagi menolak.

Ketika sesi penggulungan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberi jaminan bahawa rang undang-undang ini akan mengukuhkan mekanisme keselamatan negara.

Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 antara lain memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan negara.

Selain itu, Shahidan juga menafikan dakwaan ahli-ahli Parlimen pihak pembangkang bahawa rang undang-undang ini mengambil alih kuasa Yang diPertuan Agong.

"Ia membabitkan kawasan keselamatan Yang Berhormat. Bukannya darurat," jelas Shahidan.

Beliau mengambil contoh penubuhan Kawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi menangani ancaman pencerobohan di Sabah, beliau berkata penggubalan undang-undang itu juga bagi memberi perlindungan kepada keselamatan rakyat di negara ini ketika menghadapi apa jua ancaman.

No comments:

Post a Comment