ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MAT SABU DAKWA PAS DIRESAPI ISIS, MINTA @PDRMsia SIASAT !!!

Wednesday, 2 December 2015

MAT SABU DAKWA PAS DIRESAPI ISIS, MINTA @PDRMsia SIASAT !!!


Selepas meninggalkan PAS, Mohamad Sabu terus menyerang parti tersebut dan terbaru mendakwa antara sebab Parti Amanah Negara (AMANAH) ditubuhkan kerana PAS sudah diresapi pemikiran Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Malah, bekas Timbalan Presiden PAS yang kini Presiden AMANAH menuntut siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara ke atas penyusupan pemikiran Isis yang menyebabkan suburnya budaya "takfiri" dalam PAS. 

"Saya sebagai presiden Amanah menuntut satu kajian serius dibuat Polis Cawangan Khas (SB) kerana ia bahaya kepada keselamatan negara Malaysia," kata Mohamad dalam wawancara bersama The Malaysian Insider.

Budaya takfiri merujuk kepada tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan. Menurut pandangan takfiri, mereka yang "dikafirkan" halal darahnya untuk dibunuh.

Mohamad atau Mat Sabu juga mengesyaki terdapat badan lain yang membawa masuk pemikiran Isis sehingga tidak disedari pemimpin PAS sendiri.

"Adakah fahaman ini masuk begitu saja atau ada badan lain menyusunnya," kata Mohamad yang bimbang ia dirancang musuh-musuh PAS sehingga parti Islam itu berpecah sebagaimana sekarang.

Mohamad berkata, budaya ini bukan saja bahaya kepada PAS bahkan juga menjadi bom jangka kepada keselamatan negara.

Mat Sabu serta beberapa ahli parlimen dan Adun PAS meninggalkan parti itu dan menyertai Amanah beberapa bulan lalu dan kini bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan.
AgendaDaily-1/12/2015

1 comment:

  1. Semakin terserlah kebadutan Mat Sabu nie..... Ini kot cara berpolitik orang yang gagal dan kecewa....

    ReplyDelete