ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JANGAN DIAM ISU BAIAH

Wednesday, 2 December 2015

JANGAN DIAM ISU BAIAH

Jangan diam isu baiah

KOTA BHARU - Pertubuhan Kebajikan Islamiah Malaysia Kelantan menggesa tindakan terhadap beberapa bekas pimpinan Pas yang telah melanggar syarat baiah dan bertindak meninggalkan parti itu.

Pengerusinya, Zakaria Salleh berkata, beliau tidak berpuas hati dengan pimpinan Pas yang hanya berdiam diri dan tiada tindakan tegas diambil Pas menangani isu tersebut.

“Kami amat kecewa dengan sandiwara dan muslihat yang melibatkan pimpinan kerajaan negeri, apabila mereka tidak mengambil tindakan tegas terhadap pimpinan Pas yang ternyata telah melanggar syarat baiah.

“Sebagai orang Melayu yang beragama Islam dan ada kefahaman mengenai situasi ini, dengan jelas beberapa pimpinan mereka yang dahulunya bersama Pas tidak lagi bersama mereka selepas dengan nyata dan jelas melanggar baiah,” katanya kepada sidang media di sini.

Zakaria berkata, tindakan perlu diambil jika ia berkaitan dengan kesalahan melibatkan perlembagaan parti dan tidak seharusnya dibiarkan mengelirukan rakyat.

“Kami tidak akan berdiam diri selagi tidak ada kata putus terhadap pihak yang mencipta baiah ini dan sebagai orang Islam yang berpedoman dan berpegang kepada ajaran Islam janganlah guna Islam dalam kepentingan politik,” katanya.
SH

No comments:

Post a Comment