ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: UMUM PRU14 : RAKYAT MALAYSIA BERHAK TAHU LEBIH AWAL TARIKH PILIHANRAYA KE-14.

Friday 22 December 2017

UMUM PRU14 : RAKYAT MALAYSIA BERHAK TAHU LEBIH AWAL TARIKH PILIHANRAYA KE-14.

Kenyataan Media

UMUM PRU14: RAKYAT MALAYSIA BERHAK TAHU LEBIH AWAL TARIKH PILIHANRAYA KE-14.


1. Pilihanraya Umum ke - 14 (PRU14) sudah pasti akan berlaku pada tahun 2018.Oleh demikian Parlimen akan terbubar dengan sendiri pada 24 Jun 2018.Begitu juga dengan beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan terbubar dengan sendirinya lebih awal dari 24 Jun 2018 jika PM Najib Razak tidak membubarkan Parlimen sebelum bulan Jun 2018 kerana ada sesetengah DUN lebih dahulu melakukan angkat sumpah ADUN serta permulaan sidang DUN lebih awal dari sidang Parlimen.

2. Permasalahan sekarang ialah apakah PM Najib Razak akan menunggu sehingga penghujung tempoh penggal atau akan membubarkan lebih awal.

Apa yang penting ialah bukan sahaja persiapan SPR dan pihak keselamatan sahaja diperlukan tetapi rakyat juga memerlukan persiapan untuk menghadapi Pru14 nanti.Persiapan rakyat khususnya pengundi berdaftar untuk memastikan mereka tidak terlepas peluang mengambil bahagian pada pengundian pru14 nanti bagi menentukan arah tuju masa depan negara dan rakyat.

3. Oleh itu suatu proses pilihanraya yang memudahkan rakyat khususnya pengundi berdaftar bagi menjadualkan pergerakan kehidupan mereka perlu dilakukan dari awal. 

Saya sarankan PM Najib Razak mesti lebih berani mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen dan tarikh hari pengundian kerana sebagai warganegara yang sah rakyat Malaysia berhak tahu labih awal.

Pengumuman awal sangat penting untuk memudahkan penjadualan pergerakan percutian rakyat khususnya pengundi untuk hadapi Tahun Baru Cina dan percutian lain khususnya pergerakan untuk umat Islam mengerjakan Ibadah Umrah.

Saranan Ini bagi mengelak beban kos berganda sekiranya rakyat sedang bercuti dan perlu pulang membuang undi di kampung asal serta untuk mengelak pengundi Islam terlepas peluang pengundian sekiranya jadual umrah bersamaan dengan tarikh pengundian Pru14.

4. Saya menuntut pengumuman segera tarikh pembubaran Parlimen mesti dibuat serta tarikh mengundi diumum selewat lewatnya pada hari pertama Januari 2018.PM Najib Razak tidak perlu takut menghadapi 'hari perhitungan' dari rakyat dan jangan sengaja mahu menyusahkan rakyat.

Sepatutnya sistem pilihanraya di Malaysia seharusnya lebih berani dan demokratik dengan menjadualkan lebih awal tarikh pembubaran Parlimen.

Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
02:30pm, Batu Berendam Melaka
21 Dis 2017/2 Rabiulakkhir 1439

1 comment:

  1. Sya kerja di Taichung Taiwan 4 THN 5 bulan. dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat. waktunya tidur mlm Kerja sampe subuh pgi apalagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja.. kerja truss... jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 4 THN lebih., kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Suroto di facebook, awalnya sya ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp sya beranikan diri coba telpon beliau. dan sya memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, sya di Taiwan bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah..  jika sampean minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti sya. Amin...

    ReplyDelete