ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TIBA MASANYA UNTUK PENCILKAN AS DAN ISRAEL.

Saturday, 23 December 2017

TIBA MASANYA UNTUK PENCILKAN AS DAN ISRAEL.

Keputusan oleh 128 negara menyokong resolusi PBB di Perhimpunan PBB kelmarin menolak Jeruselem sebagai ibu negara Israel adalah keputusan bersejarah.

Presiden AS , Donald Trump yang cuba mengugut tidak akan menyumbang kepada dana PBB sebagaimana kewajipan semua negara PBB , jika resolusi itu di luluskan adalah isyarat kuat bahawa majoriti anggota PBB tidak takut menerima ugutan AS.

AS silap besar  bahawa dengan kuasa yang ia ada ,  ia boleh memaksa negara lain untuk tunduk kepada kehendaknya.  Jelas AS telah membuat andaian yang meleset dan lebih buruk lagi AS mendedahkan imejnya sebagai negara yang bongkak dan diktatorial.

Kami berpandangan inilah masanya 128 negara yang menyokong resolusi itu memencilkan AS dan Israel.

Negara-negara PBB boleh mengambil sikap bahawa jika AS tidak mahu menunaikan tanggungjawabnya kepada PBB maka AS tidak layak lagi menjadi anggota PBB yang mempunyai hak mengundi.

AS jelas terkeluar dari kesepakatan dunia untuk menjunjung hak manusia dan keadilan. Malah AS terang- terangan bersekongkol dengan penjajahan dan teroris antarabangsa iaitu Israel.

Dengan undian di PBB itu , walaupun tidak mempunyai kesan legal akan tetapi ia adalah pendirian politik yang tegas oleh majoriti negara di PBB.

AS menunjukkan belangnya untuk menjadi diktator dunia dengan memberi amaran kepada negara-negara yang tidak sealiran dengannya.

Kata-kata " if you are not with us , you are against us " yang dihambur oleh Presiden George W Bush sebelum ini kembali ditonjolkan oleh Trump.

Dasar asing AS kini jelas hanya untuk menjayakan agenda Zionis Israel.

Kini dunia boleh dirumuskan AS berdiri sendiri dalam isu Jeruselem . Tujuh negara lagi selain Israel yang menolak resolusi itu jelas adalah negara-negara kecil yang mudah dibuli oleh AS.

Selepas berseorangan dalam undian di Majlis Keselamatan PBB , kini AS juga ditolak dalam sidang Agung PBB.

Dengan resolusi PBB tersebut AS tidak layak lagi mewakili  suara keadilan dunia.

AS sudah boleh disinonimkan dengan negara rasis , penyokong penjenayah dunia dan pendokong terorisme negara ( state terrorisme ).

AS hilang kehormatannya untuk mendakwa dirinya juara pembebasan dan keamanan.

Sudah puluhan resolusi PBB berkait dengan keganasan Israel ke atas rakyat dan tanah air Palestin di-veto oleh AS.

Kami mengesa pemencilan ke atas AS dan Israel dilakukan dipelbagai sektor : ekonomi , diplomatik , sosial budaya , ketenteraan , perdagangan , perjanjian antarabangsa .

Pemencilan dengan gabungan 128 negara dan pertimbangan 35 negara yang berkecuali dalam resolusi tersebut boleh memberi mesej yang kuat kepada AS dan Israel bahawa undang-undang rimba dalam dunia sekarang tidak lagi boleh diterima.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM
Siaran Media MAPIM
23 hb Disember 2017

No comments:

Post a Comment