ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TAK PERLU TUNGGU TUA UNTUK INGAT MATI

Friday, 29 December 2017

TAK PERLU TUNGGU TUA UNTUK INGAT MATI

HADITH: TAK PERLU TUNGGU TUA UNTUK INGAT MATI

Diriwayatkan dari Ibnu Umar رضي الله عنهما, ia berkata:

كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا قَالَ فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الْأَكْيَاسُ

Maksudnya:

Aku bersama dengan Rasulullah ﷺ, tiba-tiba datang seorang lelaki Ansar kepada baginda, lalu dia mengucapkan salam kepada Nabi ﷺ  dan bertanya; "Ya Rasulullah, bagaimanakah orang mukmin yang utama?" Baginda menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya." Dia bertanya lagi; "Orang mukmin yang bagaimanakah yang paling bijak?" Baginda menjawab: "Orang yang paling banyak mengingati kematian, dan yang paling baik persiapannya selepas kematian, merekalah orang-orang yang bijak."

HR. Ibnu Majah (4259)

Keterangan Hadith:

1. Syeikh Nuruddin As-Sindi رحمه الله تعالى (W 1138H) berkata:

“Maksud orang yang paling baik akhlaknya ialah seseorang yang memperelokkan hubungan mereka dengan Allah dan dengan manusia maka ini adalah afdhal (lebih utama).”

Hasyiyah As-Sindi ‘ala Sunan Ibn Majah,2/565.

2. Mutharif bin Abdullah berkata: 

“Sesungguhnya kematian itu dapat menghilangkan nikmat yang dirasakan oleh orang-orang yang diliputi nikmat itu. Oleh sebab itu, carilah nikmat yang tidak ada kematiannya iaitu yang tidak ada habisnya.”

3. Ketahuilah bahawa seseorang yang sentiasa berkecimpung dalam kemewahan dunia, tenggelam kerana tertipu oleh keindahan serta yang amat mencintai syahwat serta kesenangan, pastilah terlupa hatinya dari mengingati kematian.

4. Bahkan, dia tidak ingat sama sekali bahawa pada suatu ketika dia juga akan mati. Jikalau diingatkan oleh orang lain pun, dia akan membenci dan lari dari nasihat yang baik itu. Golongan manusi seperti inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

‎"قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ"

Maksudnya:

“Katakanlah: “Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu: kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang telah kamu lakukan.”

(Surah Al-Jumu’ah: 8)

Mau’izah Al-Mu’minin min Ihya’ Ulumuddin lil Imam Al Ghazali, 5/321

5. Kematian itu sebagai penasihat kepada diri sendiri. Sepertimana terdapat di dalam kitab Syu’abul Iman (13/136) yang diriwayatkan oleh ‘Ammar ia berkata, adalah Rasulullahﷺ  bersabda: 

كَفَى بِالْمَوْتِ وَاعِظًا، وَكَفَى بِالْيَقِينِ غِنًى، وَكَفَى بِالْعِبَادَةِ شُغْلًا

“Cukuplah dengan kematian itu sebagai suatu peringatan, dan cukuplah dengan keyakinan itu sebagai suatu kekayaan, dan cukuplah dengan beribadah itu sebagai suatu kesibukan.”

6. Khalifah Amirul Mu’minin Saidina Umar bin Al Khattab رضي الله عنه (W 23H) juga telah mengukir cincinnya untuk mengingati akan kematian. (Dinukil dalam kitab Tahzib Al Muzani yang ditulis dalam kitab Tarikh Al Khulafa’ karangan As-Suyuthi [911H])

Wallahua’lam. Sollu’alannabi.

#صلواعلىالنبي 
#ذكر_الموت

No comments:

Post a Comment