ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SIAPA SEBENARYA "BATU API" ISU KALIMAH ALLAH ???

Tuesday, 8 January 2013

SIAPA SEBENARYA "BATU API" ISU KALIMAH ALLAH ???





Keharmonian perpaduan agama antara Kristian dan Muslim yang dikecapi rakyat Malaysia selama ini berjaya dipecahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan senjata kalimah Allah, kata Senator Ezam Mohd Nor.

Menurutnya, Anwar berjaya memainkan peranannya sebagai ‘pelempar batu sembunyi tangan’ dengan menghasut pihak Kristian membawa kes tuntutan kalimah Allah ke mahkamah yang sudah diramalnya bakal menimbulkan sentimen kemarahan masyarakat Melayu-Islam di negara ini.
Apabila masyarakat Melayu-Islam bangkit mempertahankan kalimah Islam, sebagai batu api, Anwar pula akan mempertahankan pihak Kristian bertujuan untuk mendapat undi daripada kumpulan bukan Islam itu.
“Dia (Anwar) pergi cucuk bab Kristian Sarawak pergi mahkamah..dia (Anwar) pergi pertahan..padahal benda tu dah lama ada Injil..kita (Melayu) pun tak kacau, dia (Kristian) pun tak berani serang kita."
“You tak kacau kita ok. You jangan cabar kita. Dia (Kristian) bawa pergi mahkamah cabar kita. Dia nak pakai yang itu (kalimah Allah)."
“Kita wajib pertahankan maruah kita. Ini bukan saya yang sebut..Dr Haron Din, Timbalan Musyidul Am PAS pun kata kufur kalau kamu boleh bersetuju dengan apa yang mereka minta, tapi Anwar.. dia boleh kata ok…sebab apa?, Sebab dia nak kuasa,” katanya.
Menurut rekod, tiga bulan sebelum Pilihanraya Umum ke-12 pada 25 Disember 2007, Anwar muncul sebagai tetamu kehormat Ketua Paderi Besar Kristian Malaysia, Archbishop Murphy Nicholas Xavier Pakiam dalam Majlis Rumah Terbuka Perayaan Christmas di Gereja St. John Catholic, Bukit Nanas, Kuala Lumpur.
Disusuli pula selepas itu dengan pertemuan tertutup Anwar dengan 200 paderi Kristian di di gereja ST. Francis Xavier, Jalan Gasing, Petaling Jaya pada 31 Januari 2008.
Pada 16 Februari 2009, Archbishop Murphy Pakiam yang merupakan penerbit majalah mingguan Kristian,Herald-The Catholic Weekly (Herald) telah memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penggunaan kalimah “Allah” dalam penerbitan mereka kerana berpandukan pekeliling Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan kalimah itu adalah hak eksklusif untuk agama Islam.
Isu kalimah Allah menjadi semakin genting pada Disember 2009, apabila NGO-NGO Melayu-Islam tampil membantah keputusan hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan yang memutuskan bahawa Herald mempunyai hak secara perlembagaan untuk menggunakan perkataan ‘Allah’ berasaskan kepada Artikel 10, 11 dan 12, Perlembagaan Persekutuan.
Ezam yang pernah menjadi Setiausaha Politik Anwar dan Ketua AMK sudah mengesan trend baru kebangkitan kelompok baru pro murtad dalam PKR pada tahun 2000, di mana ketika itu meletusnya isu murtad Lina Joy.
“Kelompok-kelompok ini pertahan (Lina Joy) sebab apa, sebab dia kata hak asasi manusia. Kelompok ini banyak dalam Parti Keadilan.
“Saya masa itu dalam parti Keadilan, saya lawan mereka. Saya tewas. Ini yang Zul Noordin kata Firaun-firaun kecil.
“Tetapi saya tak keluar (PKR) masa itu..Pada tahun 2000, kes Lina Joy, masa itu lagi, saya sudah nampak kelompok firaun-firaun kecil,”katanya.
Ezam berkata kerisauannya tentang kemunculan kelompok baru ini pernah dibangkitkan kepada Anwar selepas dibebaskan dari penjara pada 2004.
“Saya tunggu Anwar..bila keluar (penjara) sahaja, saya kata ‘you (Anwar) kena selesai bab ini…yang sosialis, kelompok anti Islam, yang NGO..yang ini you kena selesai. You kena bagitahu mereka..ada limit..ada limit..you boleh perjuangkan apa yang nak you perjuangkan, tetapi jangan hina Islam’.
“Anwar jawab apa ? ‘Tak..tak..tak..you kena ingat..I duduk dalam penjara, yang sokong I round satu dunia puak-puak ini lah. Ada tak geng-geng Melayu yang sokong aku ni? Dia bukan reti tentang international. Puak PAS tu, tahu round kampung sahaja. Round-rond kampung, tak bebaskan aku..Ini Anwar punya ayat.
“Ini kelompok yang memperjuangkan aku..Human Right Watch, Amnesty International, Labour Watch..macam-macam..ni puak-puak ni lah..mereka yang memperjuangkan I dalam penjara. Sekarang you nak suruh i bedal mereka, mana boleh,”dedah Ezam lagi.
Ezam turut membangkitkan tentang perjuangan Melayu-Islam yang pernah diperjuangkan sebelum ini, Anwar menjawab semua itu strategi politik, dahulu ya, sekarang bukan lagi.
“Kita kena ubah strategi. Dulu memang betul, kita nak Melayu, tapi sekarang tak boleh. I dah fikir-fikir, Melayu ni, dia dengan UMNO sahaja. Dia marah macam mana pun, 50 peratus mesti kepada UMNO. Jadi tak cukup, tak boleh menang.
“Tapi Cina dengan India, kalau kita betul-betul main api, kita bagi betul-betul apa yang dia nak. Kita bagi dia benci betul-betul UMNO, Barisan Nasional, 80/90 peratus dalam tangan.
“Sebab itu kita kena main betul-betul..memang betul, perkiraannya betul, sebab itu yang menang di Perak dan Selangor, tetapi harganya apa ? Harganya maruah kita dan Anwar tahu itu ..sebab dia yang ajar saya” dedahnya lagi.


No comments:

Post a Comment