ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HOT!!! ANWAR PERTAHANKAN KALIMAH ALLAH.

Monday 28 January 2013

HOT!!! ANWAR PERTAHANKAN KALIMAH ALLAH.


Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, perikatan pembangkang itu tetap dengan pendirian yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Presiden 8 Januari lalu bersabit isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu. Meskipun begitu kata Anwar, pihaknya tidak menolak untuk mengadakan sebarang perbincangan susulan berikutan keputusan Majlis Syura Pas.
KetuaPembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mengemukakan bantahan dalam mesyuarat pakatan pembangkang, 8 Januari lalu.
“Pakatan Rakyat dalam mesyuarat yang lalu, meneliti kenyataan Presiden Pas, dan kami ambil pendirian untuk menyatakan persetujuan kenyataan Presiden Pas yang memberikan ruang tetapi memberikan juga peringatan supaya jangan disalah tafsir atau disalahgunakan,” kata Anwar yang juga pengerusi mesyuarat pakatan pembangkang pada sidang media di ibu pejabat PKR pada 23/01/2013.
Anwar mendakwa beliau juga turut meneliti keputusan Majlis Syura Pas yang bermesyuarat pada 13 Januari membantah kalimah Allah digunakan dalam Kitab Injil.
Presiden Pas juga turut hadir dan bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Pas itu.
“Kita ikut Presiden Pas, dia bentang balik dalam (mesyuarat) Pakatan..Kalau Presiden Pas, dia bawa balik apa-apa isu nak dinilai semula, dia (sepatutnya) bawalah (tapi) dia tak bawa."
“Jadi (keputusan 8 Januari) adalah polisi Pakatan Rakyatlah,” katanya.
Pada 27 Disember tahun lalu, Anwar sebagai ketua pakatan pembangkang berkata, beliau akan memanggil satu mesyuarat khas pakatan dalam masa terdekat untuk membincangkan pendirian bersama dalam isu kalimah Allah.
“Isu ini telah diselesaikan. Kami bukan sahaja telah mengadakan mesyuarat tetapi membahaskan dalam perbincangan mengenai subjek ini, dan merujuk kepada teks, termasuk teks Al-Quran."
“Kini ia telah ditimbulkan semula, ia akan memerlukan mesyuarat segera,” kata Anwar seperti dilapor portal Malaysiakini.
Isu ini berbangkit semula apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media sempena sambutan Hari Krismas pada 24 Disember telah menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam Bible berbahasa Melayu.
Tuntutan DAP itu dibantah oleh rakan sekutunya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat sehingga menjadi polemik yang panjang.

No comments:

Post a Comment