ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HUDUD PAS TERNYATA BUKAN HUDUD ISLAM

Sunday, 6 January 2013

HUDUD PAS TERNYATA BUKAN HUDUD ISLAM



Politik yang dibawa oleh PAS  dengan bermodalkan kononnya PAS memperjuangkan Islam telah membawa bukan sahaja perpecahan dan menghancurkan perpaduan Islam malahan iannya juga telah membawa kesengsaraan dan kekesalan yang tiada penghujungnya terhadap mangsa-mangsa penipuan PAS yang amat tidak bermoral.
Rakyat Malaysia harus sedar sepenuhnya bahawa hudud yang dibawa oleh PAS suatu masa dahulu bukan merupakan hudud Islam. Sekarang ini PAS sedar umat Islam sudah memahami bahawa hudud PAS yang bertentangan dengan ajaran Islam maka dengan itu mereka telah menukar perjuangan mereka dari menegakkan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

Hukum Islam itu ditentukan sama terhadap makhluk yang bernama umat islam tidak mengira samada mereka bermastautin di Kelantan ataupun Terengganu. Namun PAS yang cuba melakarkan hudud PAS telah terkantoi dengan perbezaan antara hudud PAS  Kelantan dan PAS Terengganu.


Antara beberapa perbezaan utamanya.

1. Hudud Pas Kelantan tidak terkandung ayat al-Quran, tetapi hudud Pas Terengganu sebaliknya. Ayat al-Quran yang terkandung dalam hudud Pas Terengganu itu pula diambil secara tidak lengkap atau diambil sekerat-sekerat sahaja.
Sebagai contohnya diambil ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang hukuman terhadap orang yang berzina, orang menuduh orang berzina tanpa bukti, orang yang mencuri, orang yang merompak, orang yang minum arak dan orang yang murtad, tetapi ditinggal dan menyembunyikan ayat-ayat yang memberitahu bahawa Allah membuka pintu bertaubat dan Maha Pengampun dengan memberi pengampunan kepada mereka yang berbuat begitu sebagai pelengkap dan penyempurna kepada ayat-ayat hukuman berkenaan.
2. Hudud Pas Kelantan ada hukuman terhadap kesalahan al-musahaqah/as-sihaq, tetapi hudud Pas Terengganu tidak ada perkara itu. Musahaqah adalah perbuatan seksual untuk mendapatkan kepuasan seks antara sesama wanita.
3. Hudud Pas Kelantan ada hukuman terhadap orang yang melakukan hubungan seks dengan mayat, tetapi hudud Pas Terengganu tidak ada perkara itu.
4. Hudud Pas Kelantan ada hukuman terhadap orang yang bersetubuh dengan binatang, tetapi hudud PasTerengganu tidak ada perkara itu.
5. Hudud Pas Kelantan tidak ada hukuman terhadap sumbang mahram, tetapi hudud Pas Terengganu ada perkara itu dan ia disebut dalam Seksyen 18.
6. Hudud Pas Kelantan tidak mempunyai Seksyen 9 yang spesifik untuk wanita seperti yang terdapat dalam hudud Pas Terengganu kerana hudud Pas Kelantan berkaitan perkara itu dituju kepada lelaki dan wanita secara umum seperti disebut dalam subseksyen 1, 2, 3 dan 4 dalam Seksyen 12.
Seksyen 9 dalam hudud Pas Terengganu yang dianggap menzalimi wanita itu memperuntukkan bahawa: “Seseorang yang mengadu diri dirogol dengan tiada bukti yang nyata atau tiada sebarang qarinah (bukti yang kuat selain saksi) yang menyokong dakwaannya telah melakukan kesalahan qazaf (hukuman tuduhan zina yang dikenakan 80 kali sebatan).”
Tetapi selepas ditentang oleh pelbagai pertubuhan wanita termasuk wanita dalam Pas sendiri, maka parti itu pun meminda dan mengubahsuai Seksyen 9 dengan ditambah subseksyen 2 kepadanya. Subseksyen 2 itu memperuntukkan:

“Aduan oleh seorang perempuan yang dia dirogol oleh orang tertentu tanpa berupaya membawa saksi yang disyaratkan tetapi ada qarinahnya, hendaklah disiasat dan jika syarat-syarat yang dikehendaki syarak tidak dipenuhi untuk menghukum pesalah di bawah hukuman hudud dan sebaliknya ada cukup bukti yang tidak boleh disangkalkan dengan keterangan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menunjukkan pesalah telah melakukan persetubuhan ke atasnya dengan kekerasan dan tanpa kerelaannya maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman takzir dan perempuan itu boleh dikatakan telah melakukan qazaf.”
Pindaan dan pengubahsuaian itu hanya mampu menyebabkan wanita yang dirogol terlepas daripada hukuman qazaf (80 sebatan) jika dia membuat pengaduan bahawa dia dirogol dan tidak dapat membawa qarinah atau bukti yang kuat dan mencukupi selain daripada empat orang saksi. Bagaimanapun, pindaan dan pengubahsuaian tersebut belum memadai untuk menjadikan Seksyen 9 itu terbebas daripada kezaliman. Ini kerana subseksyen 2 hanya memperuntukkan hukuman takzir terhadap perogol.
Hukuman takzir adalah hukuman ringan yang tidak ditetap kadarnya secara muktamad oleh al-Quran. Sebaliknya penentuan kadar hukuman adalah terserah kepada kebijaksanaan ahli perundangan atau hakim atau mahkamah.
Hukuman takzir itu pula menurut kebanyakan ulama tidak boleh melebihi hukuman hudud.
Beberapa hadis Rasulullah s.a.w. juga menyebut begitu. Yang dianggap tidak adil di sini kerana penzina biasa dikenakan hukuman hudud yang berat (100 sebatan bagi yang belum berkahwin dan rejam sehingga mati bagi yang sudah berkahwin), manakala perogol hanya dikenakan hukuman takzir yang ringan.

Bagaimanapun, Abdul Hadi mengatakan  bahawa hukuman takzir boleh ditingkatkan sehingga sekeras dan seberat-beratnya.
Ini sudah tentu berbeza dengan yang disebut dalam hadis Rasulullah dan dipersetujui majoriti ulama.
Hudud Pas Terengganu dianggap juga tidak adil kerana ia memperuntukan dalam subseksyen 2 daripada Seksyen 5 dalam Bahagian XI bahawa orang bukan Islam diberi pilihan untuk melaksanakan hudud atau sebaliknya.
Ini bermaksud jika perzinaan berlaku antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hukuman hudud hanya dikenakan ke atas orang Islam dan tidak dikenakan ke atas bukan Islam. Kerana logiknya tidak ada orang bukan Islam yang mahu memilih hukuman sebat atau rejam dilaksanakan ke atas dirinya.
Ketidakadilan yang sama akan terjadi jika berlaku kerjasama orang Islam dan orang bukan Islam dalam melakukan kesalahan-kesalahan hudud yang lain seperti mencuri dan merompak. Ini kerana rakan penjenayah Islam akan dikenakan hudud dengan dipotong tangan, dipotong kaki dan disalib, tetapi rakan penjenayah bukan Islam terlepas daripada hukuman-hukuman seperti itu.
Salah seorang mangsa amanat songsang Hadi yang meninggalkan kekesalan dalam diri beliau seumur hidup.


Abdul Rashid Abdul Wahab, 65, sanggup melakukan apa sahaja ketika itu sehingga tergamak mengkafirkan arwah ayahnya sendiri semata-mata berpegang kepada Amanat Haji Hadi dengan harapan orang tuanya kelak akan bersama dengan Pas.
”Saya perdengarkan kaset ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkait dengan amanat itu dan ayah bertanya adakah dia kafir kerana menyokong UMNO dan saya menjawab begitulah. Air matanya bergenang.
”Ketika itu saya tidak merasa apa-apa tetapi apabila mengenangnya kini, saya tak mampu mengungkapkan apa yang saya rasakan kini,” ujar Abdul Rashid mengimbas keterlanjurannya yang sangat dikesali sehingga kini.
Abdul Rashid yang dianggap salah seorang ‘hulubalang’ Pas di negeri ini menjelaskan jiwanya menjadi keras dengan semangat berkobar-kobar untuk berjihad bagi memenangkan parti itu setelah diyakinkan dengan semangat perjuangan syiah Iran dan Mujahidin Afghanistan.

Kesimpulan yang amat ketara, PAS hanya membawa kesengsaraan dalam kehidupan rakyat Malaysia selama ini.  Sikap mereka yang tegar mempergunakan Islam demi sebuah perjuangan rakus politik  telah menyebabkan peristiwa berdarah Memali tercetus akibat amanat itu kerana kumpulan yang berkumpul di kampung itu berjuang menentang kerajaan yang dianggap tidak Islam sedangkan perjuangan mereka bukan lah sebuah perjuangan Islam kerana PAS hanya memperjuangkan agama PAS mereka yang terang dan nyata.

No comments:

Post a Comment