ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LAGI KES TEMBAK DI BACHOK KELANTAN !!!

Friday, 15 November 2013

LAGI KES TEMBAK DI BACHOK KELANTAN !!!



Mengikut info dari sahabat ambo...,kejadian berlaku berhadapan Medan Ikan Bakar, Pengkalan Petah, Tawang, Bachok lebih kurang jam 08.30 malam, 14 November 2013 Khamis bersamaan 10 Muharram 1435 .

Mangsa mati di tempat kejadian ekoran terkena 3 das tembakan yang mana 1 tembakan kena di kepala.

Apa-apa hal pun... kita sebagai orang awam jangan cepat buat andaian tentang kes ini dan biarlah PDRM lakukan siasatan secara terperinci.



Al Fatihah... 
Salam Takziah Buat keluarga Mangsa...

(UPDATE) BACHOK: Seorang peniaga pasar malam maut terkena tiga das tembakan dilepaskan seorang pembonceng motosikal di depan rumahnya di Pengkalan Petah, di sini, kira-kira 8.45 malam tadi.
Dalam kejadian itu mangsa, Alias yusof, 58, menunggang motosikal keluar dari rumahnya bersama anak lelaki berusia enam tahun selepas pulang berniaga.
Kira kira 30 meter menunggang motosikal, muncul motosikal ditunggang dua lelaki sebelum pemboncengnya melepaskan tembakan dan satu tembakan terkena di kepala dan dua lagi perut kanan.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZ II ) Kota Bharu untuk bedah siasat.
MyMetro

No comments:

Post a comment