ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PROSES PINDAH KUBUR UNTUK PROJEK "EXPRESS WAY SEGAMAT-TANGKAK" : 1 LAGI MAYAT BERUSIA 7 TAHUN MASIH SEMPURNA !!!

Saturday, 9 November 2013

PROSES PINDAH KUBUR UNTUK PROJEK "EXPRESS WAY SEGAMAT-TANGKAK" : 1 LAGI MAYAT BERUSIA 7 TAHUN MASIH SEMPURNA !!!


“Ketika proses menggali dan mengeluarkan mayat arwah ibu mertua dijalankan semalam, secara tiba-tiba seluruh kawasan tanah perkuburan ini berbau harum.
“Saya sendiri lihat kain kapan ibu mertua masih dalam keadaan sempurna dan tidak reput. Ia hanya dikotori tanah saja,” kata Abdullah Abdul Karim, 74, hari ini.
Abdullah adalah menantu kepada arwah Maheran Jaaffar, 74, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada 2006.
Ketika dikeluarkan dari liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak, Gemereh, segamat, mayat arwah Maheran masih dalam keadaan sempurna.
Mayatnya antara 16 mayat yang dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan yang masih dalam keadaan sempurna.
Tanah perkuburan yang berusia 100 tahun itu digali untuk memberi laluan kepada projek pelebaran Jalan Segamat-Ledang yang termasuk dalam fasa projek pembinaan "Expressway Segamat-Tangkak".
Keseluruhannya, 350 kubur terbabit dalam pemindahan berkenaan dan mayat akan disemadikan semula di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alai yang terletak tidak jauh dari lokasi berkenaan.
Menceritakan amalan arwah Maheran sepanjang hayatnya, Abdullah berkata, ibu mertuanya sentiasa mengamalkan bacaan zikir selepas bangun daripada tidur.
“Dia tidak pernah mengambil sarapan sebelum berzikir. Arwah juga sangat patuh kepada suami selain tidak pernah putus ke masjid."
“Sepanjang hayatnya, arwah ibu mertua tidak pernah meninggalkan suruhan agama malah turut mengajar mengaji kepada anak jiran,” katanya ketika ditemui.
Selain itu, menurut Abdullah, arwah ibu mertuanya juga seorang yang pemurah dan sering bersedekah.
“Arwah seorang yang agak pendiam namun tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu serta isteri."
“Saya bekerja sebagai penjaga kubur di tanah perkuburan ini sejak 20 tahun lalu. Pengalaman melihat keadaan jenazah arwah ibu mertua yang masih sempurna menunjukkan kebesaran Allah SWT dan Dia memang tidak pernah memungkiri janji-Nya,” katanya.
Menurut Abdullah, dia bersyukur dengan apa yang ditunjukkan oleh Allah SWT kerana ia boleh dijadikan tauladan kepada dirinya serta masyarakat.
“Syukur segala proses menggali serta mengebumikan semula mayat arwah ibu mertua berjalan lancar,” katanya.
Abdullah berkata, selain kubur ibu mentuanya, beberapa kubur saudaranya turut dipindahkan.

Jenazah Masih Wangi, Elok...

No comments:

Post a Comment