ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: REMAJA HILANG DI "VILLA NABILA" ADALAH TIDAK BETUL !!!

Wednesday, 20 November 2013

REMAJA HILANG DI "VILLA NABILA" ADALAH TIDAK BETUL !!!

Remaja, Mohd Izzudin Izzat Hussin, 16 tahun, yang dilaporkan hilang selepas pergi ke Villa Nabila di Danga Bay Johor Bahru 16 November lepas untuk meninjau hantu tahu dirinya sedang dicari pihak polis sepanjang tempoh kehilangannya melalui berita televisyen.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negeri Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.
Menurut beliau, remaja berkenaan ditemui di sebuah rumah rakannya di Flat Desa Mutiara tengah malam tadi bersama teman wanitanya.
“Polis Johor berjaya.. misteri Villa Nabila ini sudah terjawab.. budak yang dilaporkan hilang yang dikatakan disorok oleh jin, makhluk halus.. berita yang begitu sensasi sekali ya.. disebar begitu luas dalam laman sosial.. Polis Johor berjaya menjawab misteri ini,” katanya.
Mohd Mokhtar berkata sebaik sahaja pihak polis menerima laporan kehilangan remaja terbabit, pihak polis Johor menubuhkan satu pasukan khas mencari remaja terbabit.
“Ibunya buat laporan mengatakan dia keluar rumah tak balik, kemudian pelbagai cerita kononnya hilang di Villa Nabila, polis tubuhkan pasukan khas, Ops Kesan arahan jelas, cari budak ini sampai dapat,” katanya.
Hasil daripada pemantauan, risikan dan kebijaksanaan polis akhirnya malam tadi remaja berkenaan berjaya ditemui, kata Mohd Mokhtar.
Beliau berkata polis membawa remaja berkenaan yang bersama teman wanitanya ke sebuah balai polis serta direkod kenyataannya.
“Jadi, cerita yang kononnya dia hilang di Villa Nabila ini tidak betul. Nasihat saya berhentikanlah kepercayaan kurafat ini. Jangan menyebarkan maklumat-maklumat, khabar angin kononnya di Villa Nabila orang pergi hilang, 30 budak hilang.. Ini semua karut.
“Budak ini telah dijumpai malam tadi lebih kurang pukul 12 malam oleh anggota polis dan kita telah siasat dan dia pun tahu, bukan dia tak tahu.. Dia pun tengok televisyen juga,” katanya.
Remaja itu, menurut beliau akan diserahkan kepada keluarganya.
 mynewshub.my

No comments:

Post a Comment