ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ANGAKARA HASAD DENGKI !!! SEORANG PENIAGA TERGAMAK "SIHIR" KEDAI PESAING !!!

Friday, 15 November 2013

ANGAKARA HASAD DENGKI !!! SEORANG PENIAGA TERGAMAK "SIHIR" KEDAI PESAING !!!


Johor Bahru: Doa seorang peniaga agar Allah memberi petunjuk selepas mengesyaki ada pihak sabotaj perniagaannya termakbul apabila dia mencekup pesaingnya sedang mengenakan ilmu hitam di kedainya di pusat penjaja Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berhampiran Pekan Rabu, di sini.

Abd Rahman Yusuf, 39, yang menjual makanan pada sebelah malam berkata, kejadian berlaku jam 1.30 tengah hari Isnin lalu ketika dia bersama isteri, Sopiah Mat Hussain, 40, lalu di depan gerai mereka dengan kereta.

“Ketika lalu di depan gerai kami, saya dan isteri terkejut apabila melihat seorang lelaki yang turut menjual makanan tidak jauh dari gerai kami memegang gayung berwarna biru dan menaburkan sesuatu di kawasan tapak gerai kami.

“Selepas memberhentikan kereta, saya melihat dengan jelas jiran niaga kami itu menaburkan garam dan beras kunyit di sekitar kawasan gerai kami,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Abd Rahman berkata, dia dan isteri terus menghampiri lelaki itu dan bertanya apa tujuan dia berbuat demikian.
HMetro

Bahaya Hasad Dengki

Orang yang berhasad dengki hidupnya tidak akan tenteram. Dia bukan sahaja dimurkai oleh Allah SWT, malah pemikirannya juga sentiasa bercelaru kerana asyik memikirkan ketidakpuasan hati terhadap orang lain. Sifat dengki akan mewujudkan permusuhan. Manusia seperti ini sentiasa merasakan dialah yang terbaik, jadi dia akan gelisah jika ada orang lain melebihinya.

Paling hina sekiranya dengki itu menyebabkan dorongan kepadanya melakukan sesuatu tindakan semata-mata untuk menjatuhkan orang lain, seterusnya boleh mengundang sifat mazmumah yang lain seperti fitnah-memfitnah, pergaduhan, pembohongan, putus silaturahim, penghinaan dan lain-lain. Malah tidak hairan jika sifat dengki juga boleh mengakibatkan pembunuhan. Semua kejahatan ini akan wujud ekoran dari perasaan hasad dengki selagi ianya tidak dijauhkan.

Menurut Imam Ghazali, tahap kedengkian itu ada tiga jenis, iaitu: 

1. Menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan ia dapat menggantikannya.
‎2. Menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang, sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil bahawa dirinya akan dapat menggantikannya atau memang bukan mudah memperolehinya atau sebab-sebab yang lain. Pokoknya, asalkan orang itu jatuh, ia gembira. Ini adalah lebih jahat dari kedengkian yang pertama.
‎3. Dia tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang, tetapi ia benci kalau orang itu akan melebihi kenikmatan yang dimilikinya sendiri. Inipun terlarang, sebab jelas dia tidak redha dengan apa-apa yang telah dikurniakan oleh Allah.

Tanda adanya hasad dengki dalam diri kita ialah apabila orang lain dapat kejayaan kita sakit hati dan orang lain dapat bencana kita senang hati. Jiwa sentiasa rasa menderita dan terseksa.

No comments:

Post a Comment