ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LATEST UPDATE !!! KETUA "TUHAN HARUN" DITANGKAP !!!

Wednesday 20 November 2013

LATEST UPDATE !!! KETUA "TUHAN HARUN" DITANGKAP !!!

Gambar Fail
Lelaki dipercayai ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, 47, ditahan polis di Tangkak, Johor, dalam serbuan di sebuah rumah kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisoner Mohd Zakaria Ahmad berkata, turut ditahan dalam serbuan itu dua lagi pengikut yang dipercayai anak dan isterinya. 

Katanya, ketiga-tiga mereka mempunyai waran tangkap dan dikehendaki Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berhubung kes ajaran sesat selain dikehendaki polis untuk membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malek.


Ketua kumpulan ajaran sesat Harun, Harun Mat Saat, yang dalam buruan polis akhirnya berjaya ditangkap bersama seorang wanita, dalam satu serbuan di Tangkak, Johor.
KUANTAN - Ketua kumpulan ajaran sesat Harun, Harun Mat Saat, yang dalam buruan polis akhirnya berjaya ditangkap bersama seorang wanita, dalam satu serbuan di Tangkak, Johor petang ini.
   
Harun dikehendaki polis kerana gagal hadir sebanyak dua kali ke Mahkamah Rendah Syariah Kuantan bagi pengurusan kesnya.
   
Harun, 47, juga dikehendaki bagi membantu siasatan kes kematian Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abd Malik 10 Nov lalu.
   
Harun dan wanita yang menemaninya yang berusia dalam lingkungan 30-an, ditangkap di No 76, Jalan Puteri 2/15 Taman Bandar Baru Tangkak, Ledang pada 3.30 petang.
   
Terdahulu, polis menahan seorang lelaki Melayu, berumur dalam lingkungan 40-an pada jam 3.20 petang, di Jalan Hospital, Tangkak.
   
Lelaki berkenaan dipercayai turut dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes kematian Ahmad Raffli yang ditembak oleh seorang daripada tiga suspek yang tidak dikenali di rumahnya di Indera Mahkota 2, dekat sini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan tangkapan tersebut ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
   
Ahmad Raffli, 49, sebelum kematiannya dipercayai sedang mengendalikan dua kes jenayah syariah di Pahang iaitu kes ajaran sesat Harun dan gerakan Syiah.
   
Harun menghadapi satu pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan dan 10 pertuduhan di Mahkamah Rendah Syariah.
   
Kesemua pertuduhan itu mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, iaitu menyebarkan ajaran sesat dan menghina agama Islam dengan mengaku sebagai 'tuhan' April lalu.
   
Tertuduh yang tidak mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 bersama dua penjamin.  
   
Harun bagaimanapun gagal hadir ke mahkamah rendah syariah pada sebutan pertama kesnya, 20 Ogos lepas dan kemudian 13 Nov lalu.  

Ekoran itu, Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali Al-Fakwie mengeluarkan waran tangkap terhadap Harun selepas permohonan dikemukakan Ketua Pendakwa Syarie negeri Salehuddin Ab Manaf.
   
Dua hari kemudian, mahkamah yang sama mengeluarkan waran tangkap berkuat kuasa pada 16 November lepas terhadap enam pengikut kumpulan ajaran sesat itu selepas mereka gagal hadir di perbicaraan kes menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak.
   
Mereka ialah Husin Ismail, 43; Pius Anahong @ Mahdi Abdullah, 40; Mohd Khalilie Zazali, 31; Syahiszam Soid, 40; Mohd Nizam Mohd Salleh, 43, dan Mohd Shahril Mohd Jaafar, 28. 

Bernama

No comments:

Post a Comment