ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Saturday, 27 December 2014

POLIS KELANTAN NAFI KHABAR ANGIN 10 ORANG MATI LEMAS DALAM RUMAH & 40PESAKIT DI HOSPITAL MATI.

kuala krai

KOTA BAHARU: Polis Kelantan menafikan khabar angin yang disebarkan menerusi media sosial kononnya 10 orang dipercayai mati lemas akibat terperangkap di dalam rumah di Guchil, Kuala Krai akibat banjir.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim turut menyifatkan sebagai berita palsu kononnya 40 pesakit di Hospital Kuala Krai mati akibat ketiadaan bantuan oksigen.

“Mesej-mesej (melalui aplikasi) WhatsApp yang tidak betul ini tidak sepatutnya diviralkan kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan. Sepatutnya mereka ini membantu mangsa-mangsa berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang membuat fitnah dan cerita bukan-bukan itu.

“Pihak polis memantau perkara ini supaya ianya tidak menjadi masalah semasa banjir ini,” katanya.

Mazlan berkata pihaknya penyebaran maklumat tanpa memetik sumber sah merupakan kesalahan di bawah Akta Kanun Keseksaan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Ab Rahim Che Ghani berkata pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan kedua-dua kejadian berkenaan.

“Jangan percaya kepada maklumat dalam laman sosial Facebook. Rujuk kepada polis untuk mendapatkan pengesahan,” katanya.

Friday, 26 December 2014

JUMLAH MANGSA BANJIR DI TUJUH NEGERI TERUS MENINGKAT


Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri kini mencecah 119,087 orang dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi iaitu 45,467 orang setakat petang ini. 

Di KELANTAN, limpahan air Sungai Kelantan menyebabkan jumlah mangsa di Kota Bharu naik mendadak iaitu seramai 13,388 orang kepada 14,586  orang petang ini berbanding 1,198 orang pagi tadi.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri,  Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata, limpahan air sungai itu telah merebak ke beberapa kampung  berhampiran termasuk Kampung Lembah Sireh, Kampung Pintu Geng, Kampung Kedai Buloh, Kampung Banggol, dan kawasan sekitar Pengkalan Chepa.

Kesemua mangsa kini dipindahkan ke 40 pusat pemindahan berbanding hanya tujuh pagi tadi, katanya.

Kecuali di Pasir Mas yang menunjukkan sedikit penurunan dengan jumlah mangsa kini mencecah 6,319 orang, beberapa kawasan lain  kebanyakannya tidak berubah termasuk di Tanah Merah (3,546 orang), Gua Musang (5,150 orang), Tumpat (5,005 orang), Machang (4,039 orang), Jeli (1,430 orang), Kuala Krai (5,200 orang) dan Pasir Puteh (192 orang).

Di TERENGGANU, jumlah mangsa terus meningkat kepada 34,884 petang ini berbanding 31,001 pada tengah hari.

Daerah Kemaman mencatat tambahan mangsa kepada 25,090 orang daripada 21,381 yang ditempatkan di 46 pusat penempatan, demikian  menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Terengganu.

Daerah Dungun turut menunjukkan peningkatan menjadikan jumlah mangsa 8,197 orang manakala Kuala Terengganu masih bertahan dengan 1,369 orang dan Hulu Terengganu (228 orang).

Bagaimanapun menurut portal itu,  bandar Kuala Terengganu masih dapat dihubungkan dengan Kuantan melalui beberapa lencongan dan jalan  alternatif walaupun beberapa jalan utama masih dinaiki air dan hanya dibuka kepada kenderaan berat.

"Bagi pengguna jalan raya yang hendak ke Kuantan dari Kuala Terengganu menggunakan jalan pesisir, mereka disaran melalui persimpangan  alan  Che Lijah di Dungun dan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) Tol Dungun.

"Dari LPT2 Tol Dungun itu, pengguna boleh melaluinya sehingga susur keluar Tol Paka berikutan kawasan sekitar di Air Hitam sehingga Kampung  Nyior di Dungun dinaiki air," menurut laporan itu.

MKN berkata pengguna jalan raya akan menggunakan kembali sebahagian laluan pantai di Kemaman sebelum sekali lagi masuk ke LPT2 susur  keluar Tol Kijal untuk dihubungkan ke LPT1 ataupun Kuantan, manakala petang ini LPT Bukit Besi-Ajil telah dibuka semua kepada semua  kenderaan.

Keadaan di PAHANG pula menyaksikan jumlah mangsa berkurangan kepada 32,380 orang berbanding 35,736 orang pada tengah hari.      Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, jumlah mangsa di Kuantan kini (16,691 orang), Jerantut (4,728 orang), Pekan (2,281 orang), Temerloh (2,823 orang), Maran (2,818 orang), Lipis (2,697 orang), Bera (310 orang) dan Rompin (32 orang). 

Di JOHOR, jumlah mangsa meningkat kepada 537 orang daripada 130 keluarga di 10 pusat pemindahan berbanding 214 orang pada tengah hari.  Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Johor, Datuk Ismail Karim berkata sehingga pukul 5 petang, daerah yang terjejas melibatkan Kluang, Batu  ahat, Kulaijaya Segamat dan Muar.

Katanya enam pusat pemindahan di buka di Kluang dan masing-masing satu di Batu Pahat, Kulaijaya, Segamat dan Muar.    

Di KEDAH, jumlah  angsa semakin berkurangan setelah banjir di dua daerah iaitu Padang Terap dan Bandar Baharu semakin surut dengan tinggal 28 mangsa berbanding 96 orang tengah hari tadi.

Di PERLIS, angka mangsa turut berkurangan kepada 209 orang setelah 54 orang dibenarkan pulang sehingga pukul 5 petang ini.

Di PERAK, jumlah mangsa kekal 6,119 orang dengan daerah Kuala Kangsar merekod jumlah 2,579 mangsa di 50 pusat pemindahan, menurut  jurucakap MKN Negeri Perak. - Bernama

JANGAN MAIN AIR BANJIR, TAKUT NANTI LINTAH MASUK KEMALUAN !!!

Banjir ; Lintah Masuk Kemaluan Wanita
Pengarah Pejabat Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Hussain Awang berpesan kepada pelajar2 perempuan SPM supaya jgn bermain air banjir takut nanti dikhuatiri lintah masuk dalam kemaluan nanti.
Tahun lalu seramai 13 org pelajar pompuan,kemaluan mereka telah dimasuki lintah ketika bermain banjir dan terpaksa mendapat rawatan susulan dihospital akibat berlaku pendarahan.
Kepada bukan pelajar SPM pun kena hati-hati juga sebenarnya kerana LINTAH ni tak memilih mangsa, Ada jer depan dia, dia akan merayap la nanti hehe..
Dibawah ni ada sedikit info tentang lintah supaya korang tau!!
INFO LINTAH
Lintah hidup di kawasan berair terutama berhampiran bendang padi, kawasan ternakan lembu dan paya. Lintah akan mengikut aliran air dan hinggap terhadap mana-mana hidupan lain termasuk manusia.Lintah memasuki saluran kemaluan termasuk dubur dan menggigitnya.
Akibat gigitan itu, mangsa akan mengalami pendarahan teruk.Pegawai Perubatan akan menggunakan air garam yang dimasukkan ke kemaluan atau dubur agar lintah keluar.
Mangsa memerlukan rawatan pemindahan darah dan jika terlewat diberi rawatan, mangsa boleh maut akibat kekurangan darah

TPM TINJAU BANJIR DI KELANTAN, DISUSULI PM @NajibRazak



Sumber FB BNBBC memaklumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menamatkan cuti di luar negara dan akan terus ke Kelantan sebaik tiba di tanah air.
Syukur  Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada PM Najib atas rasa prihatin beliau terhadap bencana yang menimpa negara.
Dalam perkembangan terbaru pagi ini, TPM Muhyiddin telah tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kota Bharu, sebentar tadi bagi meninjau keadaan banjir di Kelantan.

TPM melawat mangsa banjir di Sek Men Pengkalan Chepa (1)

DOA UNTUK MANGSA BANJIR


Bismillahirrahmanirrahim,
Selawat dan salam ke atas junjungannbesar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, dan para sahabat2 baginda....

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,
Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami,
Adik beradik kami,
Sanak saudara kami,
Sahabat2 kami,
Dan semua penduduk di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis & Perak yang terkena musibbah banjir ini....

Ya Mutakabbir, Ya Sami', Ya Bashir,
Sesungguhnya kami semua hamba2 Mu yang lemah,
Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripadaMu,
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu...
Ya Malikul Mulk,

Ya Malik, Ya Muhaimin, Ya Matin, 
Engkau perintahkanlah bumiMu menelan airnya,
Engkau perintahkanlah langitMu berhenti mencurahkan airnya,
Sesungguhnya kami amat lemah untuk menanggung ujian daripada Mu,
Ya Waaliy....

Ya Rahim, Ya Basith, Ya Rofi, 
Kasihilah kami semua,  
Kami mohon kepadaMu,
Redakanlah bencana ini,
Ya Mani'...
Dan lindungilah kami semua,
Ya Qowiy, Ya Qodir,
Daripada perkara2 yang buruk...

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tidak akan menimpakan sesuatu,
kepada kami melainkan sebagai peringatan kepada kami,
Di atas segala dosa2 dan kelalaian kami kepadaMu,

Ya Allah, Ya Tawwab, 
Sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami,
Ampunkanlah kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Ya Allah, Ya Hafidz,
Jangan Engkau biarkan hati, iman kami terpesong,
dan lalai sehingga melupakan tanggungjawab kami kepadaMu,
Rahmatilah kami semua Ya Allah,

Ya Allah,
Tiada tuhan melainkan Engkau,
Dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Mu,
Ya Allah, Ya Ghofur, Ya Mujib,
Perkenankan dan kabulkanlah doa kami....

Amin....

Minta kongsikan doa ini..
Semoga dengan keikhlasan hati kita...
Allah SWT akan mengabulkan doa kita...
Serta merahmati kita semua.......


PANAS !!! KISAH PM @NajibRazak, OBAMA & GOLF !!! MESTI BACA


SUBANG JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini memangku tugas Perdana Menteri sepanjang ketiadaan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berada di luar negara.

Perdana Menteri juga dimaklumkan mengenai perkembangan di dalam negara termasuk banjir yang melanda beberapa negeri.

"Saya maklumkan kepada beliau (Najib), jangan risau saya akan lakukan segala yang perlu bagi memastikan segalanya selamat," katanya.

Kata Muhyiddin, kerajaan mempunyai keupayaan untuk menangani bencana banjir yang melanda negara setiap tahun.

Rakyat juga katanya tidak perlu risau dengan ketiadaan perdana menteri di Malaysia sebaliknya bersama membantu meringankan beban mangsa banjir.

"Jangan bimbang Perdana Menteri tiada dalam negara, tapi bimbang apa yang berlaku dalam negara kini (bencana banjir)," katanya.

Beliau menjawab kritikan sesetengah pihak terutama di media sosial yang mempertikaikan tindakan Najib yang dilaporkan bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Katanya perdana menteri sebelum ini sudah kuat bekerja mentadbir negara.

"Ada waktunya Perdana Menteri juga perlu berehat, berilah peluang kepadanya sebagai manusia," katanya selepas menghadiri jamuan Krismas di Gereja Full Gospel Tabernacle di sini.

Beliau juga tidak melihat keperluan untuk Najib segera pulang bagi menangani bencana banjir.

"Kalaulah saya tidak mampu buat kerja saya akan minta dia balik," katanya.

Menurut laporan the Washington Post, Najib mengambil kesempatan bercuti dengan bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barck Obama sambil membincangkan isu-isu berkaitan ASEAN.

astroawani

MUHASABAH DIRI : FENOMENA BANJIR


FENOMENA BANJIR YANG BERLAKU DI NEGARA KITA HARI INI BUKAN LAH SEKADAR BALA DARI ALLAH,  ATAS  KELALAIAN SERTA KEKUFURAN KITA SEKARANG INI.

MALAH  IANYA MERUPAKAN SATU RAHMAT SERTA KASIH SAYANG DARI ALLAH. BAGI MEREKA YG MAHU MENGUNAKAN AKAL FIKIRAN DAN MELIHAT MENGUNAKAN MATA HATI.

INI MERUPAKAN SATU TEGURAN DARI ALLAH, AGAR KITA PERBETULKAN PERJALANAN HIDUP KITA, BERJALAN ATAS LANDASAN AL QURAN DAN SUNNAH. SERTA MEMANTAPKAN KEIMANAN, DAN MENINGKATKAN KETAQWAAN KITA PADA ALLAH SWT.

PERGUNAKAN SAKI BAKI UMUR YG TINGAL SEKARANG INI, DENGAN SEBAIK2NYA.

SEBELUM KITA MENERIMA BALA YG SEBENARNYA DI ALAM KUBUR DAN DI MASYAR NANTI.

YANG MANA KITA SEMUA PASTI AKAN SAMPAI KE SITU DAN TIDAK SEORANG PUN DI ANTARA KITA YANG AKAN TERLEPAS.

SEBENARNYA ALLAH SWT MEMPERLIHATKAN KUASANYA PADA KITA, YANG MANA TIDAK ADA MANA-MANA MANUSIA, SAMA ADA YANG CERDIK ATAU YANG GAGAH ATAU YANG KAYA RAYA ATAU YANG BERKUASA MAMPU UNTUK MENAHAN NYA.

PERPINDAHAN MANGSA BANJIR INI PUN HANYALAH PERPINDAHAN SEMENTARA SAHAJA. SETELAH AIR SURUT BOLEH LAH MENJALANI PENGHIDUPAN SEPERTI SEDIA KALA.

BERBANDING DENGAN PERPINDAHAN ALAM DUNIA KE ALAM AKHIRAT. DAN YANG TERHAMPIR DENGAN KITA SEKARANG INI IALAH ALAM KUBUR. YANG MANA DINDING PEMISAH ANTARA KITA DENGAN ALAM KUBUR INI ADALAH SEBUAH KEMATIAN, YANG AKAN DATANG PADA BILA-BILA MASA DARI SEKARANG.

SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENGAMBIL IKTIBAR ATAS FENOMENA INI.

MANGSA BANJIR DI PANTAI TIMUR, PERAK & PERLIS MENCECAH 103,745 12TENGAH MALAM INI


Jumlah mangsa banjir di Pantai Timur, Perak dan Perlis naik mendadak kepada 103,745 orang pada 12 tengah malam ini berbanding 97,702 petang tadi.

Di KELANTAN, Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 38,030 mangsa sehingga 12 tengah malam berbanding 34,699 orang pada 6 petang tadi.

Di TERENGGANU, angka mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 29,707 membabitkan 7,338 keluarga sehingga 12 tengah malam ini, berbanding 29,082 daripada 7,172 keluarga pada 6 petang tadi.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat kepada 30,235 daripada 7,652 keluarga pada 11 malam tadi berbanding 28,578 orang daripada 7,244 keluarga pada 6 petang tadi. Jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, Kuantan mencatatkan bilangan mangsa tertinggi dengan 18,668 orang dari 4,988 keluarga.

Di PERAK, bilangan mangsa banjir di Perak terus meningkat kepada 5,512 mangsa daripada 1,382 keluarga pada 10 malam tadi berbanding 5,065 mangsa daripada 1,282 keluarga pada 5 petang tadi.

Di PERLIS, sehingga 11 malam tadi satu daripada lima PPS di Perlis ditutup dan jumlah mangsa yang ditempatkan di empat PPS di negeri ini menurun kepada 261 orang daripada 79 keluarga berbanding 286 orang daripada 86 keluarga sehingga 7 malam tadi.
hmetro

Thursday, 25 December 2014

MANGSA BANJIR KELANTAN, PAHANG, PERAK MENINGKAT !!!

Pemandangan dari udara bandar KOTA BHARU
Jumlah mangsa banjir di empat negeri terutamanya di Kelantan, Pahang dan Perak terus meningkat pada petang ini dengan jumlah keseluruhan 97,025 orang.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat lagi petang ini apabila 34,491 orang dipindahkan berbanding 32,731 orang tengah hari tadi.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, ia membabitkan mangsa banjir di sembilan jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kota Bharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.

Bacaan paras air di Sungai Kelantan di Tangga Krai, Jambatan Guillemard serta Tambatan Diraja dan Sungai Golok di Rantau Panjang terus naik.

Keadaan cuaca pada sebelah petang adalah mendung. Sementara itu, sebanyak 157 pesakit di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Baharu, dipindahkan sebelum air mula masuk di sesetengah bangunan di hospital berkenaan awal hari ini.


Bagaimanapun, di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir menurun sedikit di negeri ini apabila hampir 1,500 orang mengambil peluang pulang ke rumah masing-masing setelah air di kawasan kediaman mereka beransur surut, berikutan cuaca kembali cerah di beberapa kawasan, petang ini.
Dengan perkembangan itu, jumlah mangsa banjir kini 28,561 orang daripada 7,001 keluarga berbanding 29,057 orang pada tengah hari tadi, demikian menurut statistik portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.

Kemaman masih lagi menyaksikan mangsa paling ramai iaitu 19,405 orang disusuli daerah Dungun 6,285 orang, Kuala Terengganu 1,612, Hulu Terengganu 654, Besut 490 dan Marang 115 orang.
Pusat operasi keseluruhan 116 iaitu Besut (lima), Dungun (33), Hulu Terengganu (11), Kemaman (53), Kuala Terengganu (12) dan Marang (dua). 

Di PAHANG, keadaan banjir belum menunjukkan petanda untuk pulih dengan jumlah pemindahan  mangsa terus meningkat petang ini kepada 28,578 orang daripada 7,244 keluarga berbanding 24,316 orang daripada 6,398 keluarga di lapan daerah yang terlibat tengah hari tadi.

Menurut laporan Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua daerah menunjukkan peningkatan mangsa banjir dengan jumlah mangsa paling banyak di daerah Kuantan iaitu 17,085 orang daripada 4,674 keluarga di 72 pusat pemindahan.


Di Jerantut, 3,926 mangsa ditempatkan di 41 pusat pemindahan diikuti Maran (2,904/20 pusat), Lipis (2,420/30 pusat), Pekan (1,067/21 pusat), Temerloh (736/lima pusat), Rompin (297/tujuh pusat) dan Bera (143/enam pusat).

Laman web Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia menunjukkan paras air di lapan batang sungai utama di Pahang melebihi paras bahaya.

Di PERAK, jumlah keseluruhan mangsa ialah 5,083 orang daripada 1,246 keluarga berbanding 4,335 orang (1,079 keluarga) pagi tadi, di kesemua 46 pusat pemindahan.

Menurut jurucakap MKN Perak, mangsa yang terjejas di daerah Perak Tengah semakin ramai apabila 1,627 orang dipindahkan petang ini berbanding 953 orang di sebelah pagi.
Dua pusat pemindahan baharu turut dibuka di kawasan Lambor menjadikan kesemua lapan pusat dibuka setakat petang ini.

Kuala Kangsar yang meliputi kawasan Sungai Siput masih mencatat jumlah bilangan tertinggi mangsa banjir dengan 2,842 orang daripada 665 keluarga dan 25 pusat pemindahan dibuka.
Di PERLIS, jumlah terkini mangsa banjir meningkat seorang kepada 279 orang berbanding 12 tengah hari tadi dan kesemua mangsa ditempatkan di lima pusat pemindahan iaitu MRSM Beseri, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abi, Dewan orang ramai Padang Malau, Dewan Beseri Dalam dan Dewan Seri Pilihan.

Di KEDAH, jumlah mangsa yang dipindahkan tidak berubah iaitu sekurang-kurangnya 51 orang di beberapa kawasan di negeri itu terutama di daerah Padang Terap
. - Bernama

TERKINI : JAMBATAN SULTAN YAHYA PETRA DITUTUP KEPADA SEMUA LALU LINTAS


 Assalamualaikum Tuan minta hebah Jambatan Sultan Yahya Petra ditutup kepada semua lalu lintas. Kapt Zamri Bilik Gerakan Banjir Negeri Kelantan.