ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Thursday, 29 January 2015

PANAS !!! APABILA CIKGU DAPAT SURAT DARI BAPA ANAK MURID !!!

Sudah hampir sebulan sesi persekolahan di negara kita pada tahun ini. Macam-macam ragam dan cerita yang berlaku.

Ada cerita yang sedih berkenaan keadaan sekolah yang dilanda banjir dan ada juga berita yang melucukan seperti yang telah viral di internet.

Ianya adalah kisah seorang bapa yang menulis surat kepada guru wanita yang mungkin telah disampaikan melalui anaknya di sekolah. Bulan sesi persekolahan di negara kita pada tahun ini. Macam-macam ragam dan cerita yang berlaku.

Bapa tersebut sangat berminat dengan guru tersebut dan ingin berkenalan dengan guru yang mengajar anaknya. 

Tetapi kalau cikgu tu macam dalam gambar ini. Memang ramai lah bapa-bapa yang akan rajin hantar anaknya ke sekolah betul tak?

PASMA TIDAK AKAN KELUAR, TERUS KEKAL DALAM PAS


KOTA BHARU - "Kami (Pasma) tidak akan keluar dan kekal dalam parti, kecuali parti (Pas) yang mengambil tindakan terhadap kami," kata Naib Presiden Pasma Kelantan, Che Ibrahim Mohamed.

Menurutnya, Pasma berdaftar sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang layak untuk menyertai mana-mana parti, maka tiada paksaan berlaku sehingga menimbulkan isu keluar parti dan sebagainya.

“Kami NGO, bebas untuk memilih mana-mana parti, tetapi jika parti itu sendiri yang tidak minat dengan keahlian, atau mahu memecat kita, maka tindakan itu harus dilakukan parti itu sendiri.

“Ingin saya tegaskan di sini, sehingga kini, tiada lagi pihak (ahli Pasma) yang bercadang untuk keluar parti, ini kerana kita memperjuangkan parti (Pas), maka isu keluar Pas ini tidak timbul,”katanya kepada Sinar Harian.

Beliau menyatakan ketegasan tersebut selepas diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ‘mempersilakan’ ahli Pasma meninggalkan Pas jika tidak sehaluan lagi dengan parti itu.

Mengulas tindakan Abdul Hadi yang dilihat masih keliru dengan peranan yang dimainkan Pasma dalam parti, Che Ibrahim berkata, mana-mana parti politik di dunia ini mempunyai NGO sebagai sayap pendokong, maka Pasma adalah salah satu daripadanya sebagai menyokong perjuangan parti itu sendiri.

“Presiden (Hadi) sepatutnya tidak keliru dengan peranan Pasma kerana beliau sendiri kenal hampir semua pimpinan Pasma di peringkat pusat dan negeri.

“Pas hendaklah berterima kasih kepada Pasma kerana telah membantu memperkuatkan kedudukan Pas dalam PR, jika DAP dan PKR sebagai rakan Pas dalam PR mengalu-alukan peranan Pasma, mengapa Pas masih keliru?” katanya.
SH

DUA PELANCONG MAUT MOTOSIKAL DIREMPUH KERETA


Langkawi: Dua pelancong maut apabila motosikal ditunggang mereka dirempuh kereta di persimpangan Jalan Kilim-Ayer Hangat, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 3.25 petang itu, penunggang skuter, Tarek Ibrahim Ahmed Hamza, 45, seorang doktor berasal dari Garbia, Mesir, disahkan mati di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Pasangannya yang juga pembonceng, Marwa Ibrahim Ahmad Elbendary, 39, seorang ahli farmasi, patah rusuk dan paha dilaporkan mati ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Langkawi (HL).

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harrith Kam Abdullah berkata, kemalangan berpunca apabila skuter dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Kuah ke Ayer Hangat telah memasuki laluan bertentangan dan brek mengejut.

"Penunggang terbabit hilang kawalan menyebabkan mereka terjatuh di atas jalan raya sebelum kedua-duanya dirempuh kereta dari arah bertentangan.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Wednesday, 28 January 2015

3 GAMBAR KANAK-KANAK 5 TAHUN MAUT TERGELINCIR TINGKAT ENAM !!!


Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat enam Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8, Kota Damansara kira-kira 3.18 petang tadi.

Menurut sumber, mangsa, Muhammad Hazriq Danish Ain Alden dipercayai sedang bermain di kawasan kaki lima kediaman rumahnya sebelum tergelincir lalu terjatuh melepasi pagar yang jarang.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kasim berkata, mangsa maut akibat parah di kepala dan badan.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
hmetro



MUHASABAH DIRI : BUAT RENUNGAN BERSAMA !!!


Inilah saatnya dimana wang tidak bernilai lagi, harta bertimbun tidak dapat membantu, sijil ijazah tidak berguna lagi, riak dan sombong ditengelami arus, kaya dan miskin sama sahaja...pangkat tidak dijamin diberi sekeping roti.

Tuan Kedai kunci rapat kedainya bimbang dimasuki pencuri, akhirnya.....roti, biskut, mee, sayur, ikan habis semua dibawa "lari".

Orang Kaya mengunci rapat peti besinya, alhamdulillah peti besinya selamat. Tapi.....hari ini sudah 3 hari dia kelaparan dan kehausan.

Mercedes Benz yang menjalar penuh megah dahulu sekarang dimana gahnya itu ?

BMW yang meluncur laju memotong bas dan lori kini tersadai bersama-sama Sang Kancil. Kura-kura pun sudah berani panjat naik diatas bumbung.



Dato' dan Datin sekarang pun sudah sama-sama kelaparan, kehausan dan kesejukan bersama Datuk dan Nenek.

Dimana Tuan Majistret? Dimana Tuan Hakim? Dakwalah mereka ! Hukumlah mereka !



Dimana Pejuang Rakyat? Bukankah engkau berjanji hidup semati bersama rakyat !!!?

Dimana pejuang-pejuang BERSIH ? Apakah kalian pun hilang di bawa arus? Aku harapkan begitu.

Arus deras ini tidak mengenal siapa ulama, ustaz, guru, anak murid, OKU, pencuri, perompak, peragut, wanita, orang tua atau kanak-kanak, semuanya diancam tanpa belas kasihan. 



PERINGATAN APAKAH LAGI YANG KITA TUNGGU DARI ALLAH...???
maafkan saya....

KESIHATAN NIK AZIZ BERTAMBAH BAIK - NIK ABDUH


KOTA BHARU: Tahap kesihatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dilaporkan bertambah baik hari ini dan dijangka pulang ke rumah dalam masa terdekat.

Anaknya, Nik Mohamad Abduh berkata bapanya kini berupaya duduk di kerusi roda.

"Pagi ini doktor dan pihak hospital berkunjung ke rumah untuk melihat dan membantu kami menyempurnakan keperluan dan persiapan untuk ayahanda apabila dibenarkan pulang nanti," katanya menerusi catatan terbaharu di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Nik Abdul Aziz, 84, dimasukkan ke HUSM pada 19 Januari lepas setelah tahap kesihatannya merosot ketika banjir baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.

Nik Abdul Aziz yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka adalah menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan itu dari 1990 hingga 2013. - BERNAMA

PANAS !!! SUATU MASA DI MALAM PERTAMA



Mamat adalah anak tunggal Si Ali yang mana ibunya sudah lama meninggal dunia. Adapun satu kisah, si tunang Mamat iaitu Milah juga merupakan anak tunggal yang tinggal bersama ibu, yang kematian bapa semasa beliau di dalam kandungan lagi.

Nak dijadikan cerita, mereka ingin berkahwin pada satu cuti sekolah yang mendatang.

Dipendekkan cerita, bapa Si Mamat pun menurunkan ilmu-ilmu malam pertama kepada anaknya dan beberapa nasihat.

“Mamat…bapak dengar, bapaknya Si Milah tu meninggal kerana gara-gara mak Milah ko nak tahu.” Mamat bertanya, “Kenapa Pak?”

“Bapak dengar orang kampung dok citer, xxxx maknya Milah tu ada gigi. Itu pasal bapak dia mati, masa malam pertama. xxxx putus digigitnya xxxx mak Milah tu. Bapak rasa ko kena hati-hati… takut Milah pun ada gigi kat xxxx dia. Nahas ko digigit nanti. “Mamat nak buat macam mana pak?” tanya si Mamat.

“Bapak rasa masa dalam bilik, di malam pertama nanti, ko padamkan lampu cepat-cepat. Lepas tu masa nak masukkan xxxx dalam xxxx Si Milah tu ko hulurkan lutut engko…ko test dulu. Kalau betul xxxx Milah ada gigi, selamat ler xxxx ko..lutut engko ajer kena gigit kan.” Mamat pun setujulah dengan cadangan bapaknya.

Berbalik pula Si Milah…ibunya juga menurunkan beberapa petua dan nasihat untuk malam pertama seperti juga bapa si Mamat.

Milah…mak dengar, maknya Si Mamat tu meninggal kerana gara-gara bapak dia ko nak tahu.” Milah pula bertanya, “Kenapa mak?”

“Mak dengar orang kampung dok citer, xxxx bapaknya Mamat tu besar giler. Kepala xxxx pun dah sebesar kepala lutut. Itu pasal mak dia mati, tiap-tiap hari kena xxxx. Koyak rabak xxxx maknya Mamat tu. Mak rasa ko kena hati-hati…takut xxxx Mamat pun besar macam bapak dia, kepala xxxx pun dah sebesar kepala lutut. Habis ler xxxx ko Milah.

“Milah nak buat macam mana mak?” tanya si Milah.

“Mak rasa masa dalam bilik, di malam pertama nanti, bila Mamat dah padamkan lampu dan masa dia nak masuk xxxx dia dalam xxxx ko, Milah hulurkan mulut Milah… Milah test dulu. Kalau xxxx Mamat besar macam bapak dia selamat ler xxxx ko..”

Minah pun ingatlah dengan cadangan maknya.

DI MALAM PERTAMA

Apabila dipadamkan lampu, masing-masing Si Mamat dan Milah pun bertindak seperti cadangan bapa dan ibu masing-masing.

Dah siap romen.. romen.. jilat.. raba..


Di dalam gelap Mamat pun menghalakan kepala lutut dia kepada Milah dan Milah pula menghalakan mulutnya kepada Mamat tanpa menyedari tindakan pasangannya. Maka …….bertemulah kepala lutut dengan mulut yang dipenuhi gigi. Mamat terkejut…apabila kepala lututnya digigit mulutnya milah yang disangkakan xxxx tadi. Milah juga terkejut…apabila disangkanya kepala xxxx si Mamat sebesar lutut. Kerana terkejut dan takut…mamat terus terjun daripada tingkap rumah dan balik ke rumah bapanya…dan milah pula terus menjerit…


Di rumah Si Mamat… mamat terus bercerita kepada bapanya yang Si Milah isterinya memiliki xxxx bergigi yang disangkanya. Bapa Si Mamat tergamam dan agak terkejut.


“Mamat…esok pagi bapak nak tengok betul ker Si Milah xxxxnya ada gigi.”

“Kita pergi rumah dia…kita tengok live” Mamat pun bersetuju.

Semasa Mamat dan bapanya ke rumah Si Milah, Milah sedang mandi bogel di bilik air rumahnya. (Bilik air berperigi diluar rumah yang ditutupi zink..rumah kampung)


Mamat pun memanggil Milah…bersama bapanya di sisi.


“Milah…milah…abang nak jumpa engko. Apabila ketahuan Milah sedang mandi.. Mamat pun menendang pintu bilik air tersebut.


Milah yang berbogel semasa itu merasa malu kerana bapa mertuanya dapat melihatnya tubuh bogelnya… mencari-cari benda utk menutup tubuhnya. Tapi malang, tiada apa yang ada melainkan serumpun kangkung yang tumbuh di tepi perigi.


Di ambilnya kangkung itu lalu ditutupkan ke bahagian xxxxnya… iaitu bahagian yang kecil yang mampu ditutupi.


Mamat terkejut bukan kepalang…lalu berkata.

MILAHhhhhhh……… abang ingat xxxx ko ada gigi.. rupanya siap boleh makan kangkung yer Milah..???”


hahaha….begitulah kisah malam pertama yg panas tapi lucu….jom..gelak..ahak..ahak..ahak…

PS; Kisah ini sebenarnya cerita yang admin ambil dari satu sumber dan pada mulanya ingatkan memang malam pertama yang panas, tapi akhirnya lawak pula (Gambar di atas sekadar gambar hiasan)

PR TIDAK AKAN LAKSANAKAN HUDUD JIKA BERJAYA MEMERINTAH PADA PRU 14 - LGE (VIDEO INSIDE)


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahu Pakatan Rakyat (PR) jelas dengan pendiriaan tidak akan melaksanakan hukum huduh jika mereka mahu menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ini kerana dengan dasar yang jelas dan konsisten PR mampu meyakinkan rakyat memilih mereka.

“Kita hanya boleh berjaya sekiranya pendirian dan kedudukan kita jelas bahawa Pakatan yang memerintah di Putrajaya (nanti) tidak akan melaksanakan undang-undang hudud. Itu mesti jelas.

“Kerana itulah aspirasi pengundi-pengundi (berhaluan) sederhana, bukan  (aspirasi) pengundi ekstrem,” kata Guan eng.

Beliau berkata demikian ketika perasmian Persidangan Kebangsaan Parti DAP 2014.

Katanya, parti-parti dalam pakatan itu juga perlu ada ketetapan siapa calon perdana menteri mereka.

"SAYA TAK AMBIL SERIUS KENYATAAN HADI" - PRESIDEN PASMA


Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) berkata beliau tidak menganggap kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Pasma keluar daripada PAS sebagai sesuatu yang serius.

Presidennya Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, kenyataan Presiden PAS itu tentang Pasma semalam bukan sesuatu yang baharu, tetapi kenyataan "ulangan" yang dibuatnya tidak lama dahulu.

"Saya sebenarnya tidak 'ambil pusing' dengan kenyataan itu (yang dibuat oleh Presiden PAS). Saya tidak anggap ia serius kerana ia adalah kenyataan ulangan, sama seperti sebelum ini," katanya kepada Bernama Selasa. 

Phahrolrazi yang juga merupakan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundor di dalam Parlimen Kuala Kedah berkata, Presiden PAS dan kepimpinan parti yang lain mungkin tidak mendapat maklumat yang betul tentang Pasma. 


Pada Isnin Presiden PAS itu menerusi tulisannya di dalam laman sosial Facebook berkata, Pasma "dipersilakan" untuk meninggalkan parti pembangkang itu sekiranya tidak lagi sehaluan dengan PAS.

"Pasma ini ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka, yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi," kata Presiden PAS itu.

Menurut Phahrolrazi, Pasma tidak perlu meninggalkan PAS kerana ia hanyalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang sememangnya berada di luar PAS dan bukan sebuah parti politik. 

Tidak ada keperluan untuk Pasma "menebuk kapal" daripada dalam, kerana ia bergiat di luar PAS sebagai sebuah NGO, katanya dan menambah, adalah perkara biasa bagi seorang anggota politik untuk turut bergiat aktif di dalam NGO.

Beliau juga berkata, di dalam pertemuan empat mata dengan Presiden PAS itu di dalam satu majlis anjuran PAS Kuala Kedah di Alor Setar baru-baru ini, Abdul Hadi tidak menyatakan sebarang pandangan mengenai Pasma kepadanya.

"Tidak ada isu berbangkit ketika kami bertemu minggu lepas," katanya dan menambah, semakin ramai menyertai Pasma sejak pemimpin-pemimpin PAS membidas pertubuhan itu secara terbuka akhir-akhir ini.

Menurut Phahrolrazi, bukan hanya anggota PAS yang menyertai Pasma, tetapi ia turut meliputi anggota daripada parti-parti pembangkang yang lain.

LUMPUH GARA-GARA SEMUT


TANJUNG TOKONG - Berpunca digigit seekor semut, seorang lelaki berusia 43 tahun lumpuh. Abdul Wahab Mydin berkata, sekelip mata dia memegang status orang kurang upaya (OKU).

Menurutnya, pada tahun lalu, dia digigit semut yang lebih dikenali dengan nama semut selangor.

“Semut itu menggigit bahagian belakang betis, dan kebetulan pula saya mempunyai sakit kencing manis.

“Selepas digigit, saya letak salap, dan tidak sangka ia mendatangkan kesan lebih teruk,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Isterinya, Rosliza Ramli, 42 berkata, bisa yang mungkin sekecil cucukan jarum akhirnya bertukar menjadi lebih buruk.

“Selepas beberapa hari, keadaan kulit suami saya bergelembung, seperti melepuh terkena minyak panas.

“Kemudian ia pecah dan setelah itu kulit tertanggal dan keluar warna putih dari kaki, rupanya bahagian isi dalam kaki sudah seperti dimakan, dan warna putih itu ialah isi kaki,” katanya.

Kemudiannya Abdul Wahab dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dirawat.

Dalam tempoh setahun saja, dia dibedah enam kali untuk mengubati kecederaan yang datang secara tiba-tiba itu.

Dia tidak menafikan terpaksa menanggung sakit yang tidak dapat digambar dengan kata-kata sehingga tulang belakangnya menerima kesan.

“Disebabkan pembedahan yang berterusan, tulang belakang saya juga lemah, dan disebabkan itulah saya lumpuh.

“Kini saya tidak boleh duduk terlalu lama dan hanya terbaring sahaja,” katanya.

Bapa kepada 10 anak ini juga tidak lagi mampu bekerja sejak setahun yang lalu, sementara isterinya juga terpaksa menjaganya di rumah sahaja.

Rosliza berkata, mereka mempunyai enam anak yang masih belajar dan masing-masing perlu ditanggung yuran pengajian.

“Anak saya yang berada di kolej terpaksa berhenti belajar kerana kami tidak lagi membayar yurannya, kami sekeluarga hanya menerima bantuan dari Pusat Urus Zakat (PUZ),” katanya.

Bagi yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Rosliza atau Abdul Wahab menerusi talian 012-4845137 atau 014-2539914.
SH