ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Saturday, 28 June 2014

GAMBAR KANAK-KANAK TERSANGKUT PADA TONG GAS

Kadang-kadang bila sel otak kanak-kanak mula bergabung boleh terkesima dibuatnya melihat daya kreatif mereka.
Contohnya adik dalam gambar ini, apalah agaknya yang ada dalam fikirannya sampai tong gas pun dibuat main.
sangkut2
Mungkin dia bayangkan tong gas itu satu kenderaan atau kerusi agaknya, tup-tup bila kaki sangkut terus panik tak tahu nak buat apa. Yang mampu dilakukan cuma meraung dan saat itu terpaksalah ibu bapanya berhempas pulas mengeluarkannya dari tong gas.
Amacam, anda rasa ini kelakar?
Apa yang TIDAK KELAKAR adalah jika kaki adik ini bukan tersangkut tapi dihempap tong gas yang berat ini!


Jadi ibu bapa, perhatikan anak selalu agar mereka tidak terdedah dengan situasi berbahaya.
#mynewshub

LELAKI BUNUH DIRI TERJUN DARI STESEN LRT

Misteri sebelum ini akan kes mati kemalangan atau bunuh diri masih belum terungkai. Tetapi ramai saksi mengatakan lelaki ini lompat dengan sukarela. Ia menjadi tanda tanya siapakah dan mengapakah lelaki ini yang melompat daripada stesen LRT Putra Pasar Seni. 



Gambar mangsa yang telah jatuh ke tebing sungai berhampiran LRT Putra Pasar Seni. Kelihatan seni grafiti Kuala Lumpur River Art Gallery di belakang.



Mangsa yang berbangsa cina dan berumur dalam lingkungan 50an mengalami kecederaan di bahagian kepala. Kelihatan dua anggota bomba dan penyelamat di lokasi.



Andaian Trending Malaysia adalah lelaki ini merupakan seorang yang tidak penting dan tiada keluarga. Mungkin beliau hanya orang gelandangan yang sudah putus harapan. Kerana itu berita mengenai kes ini tidak menjadi sensasi, tidak masuk akhbar atau TV.


Apa-apapun kesian nasib yang menimpa beliau jika begitu kesudahan ceritanya.


trendingmalaysia

TUISEN HELP PRODUK BAHARU UMNO BANTU GOLONGAN MUDA BANDAR

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR, 27 Jun- Program HELP Tuisyen Yayasan Pelajaran MARA (YPM) anjuran bersama YPM, Biro Hal Ehwal Bandar Dan Perumahan Pemuda UMNO Malaysia dan Yayasan Al-Hussin merupakan kesinambungan kejayaan Program Kelas Bimbingan YPM yang memfokuskan pelajar-pelajar sekolah harian di kawasan-kawasan bandar.
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Haji Shafie Afdal berkata, program ini meletakkan sasaran untuk membantu para pelajar yang menjadi peserta program ini untuk meningkatkan prestasi akademik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014.
“Pelajar-pelajar akan dibantu guru-guru terbaik, cemerlang bagi menghasilkan pelajar-pelajar berkeyakinan tinggi, berpotensi serta bermotivasi tinggi seterusnya mendetikkan transformasi dalam diri pelajar bagi mencapai kejayaan dan impian.
“Program ini akan bermula Ogos ini dan sebanyak 41 pusat telah dikenal pasti dengan penglibatan kira-kira 4,100 pelajar dari kawasan bandar di seluruh negara,” katanya ketika merasmikan Program HELP Tuisyen di di sini hari ini.
Tambahnya, penggunaan guru-guru pakar dan cemerlang ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada pembelajaran pelajar sekaligus melengkapkan mereka dalam menghadapi situasi peperiksaan yang sebenar.
“Dengan moto MARA “Memperkasakan Pendidikan Melayu Dan Bumiputera”, Pemuda UMNO harus menggunakan peluang ini untuk memperbanyakkan dan memperluaskan program sebegini bagi membantu dan membimbing lebih ramai lagi pelajar-pelajar Melayu Bumiputera untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik,” ujarnya lagi yang juga Naib Presiden UMNO.
Sementara itu, Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, Program HELP Tuisyen ini adalah satu lagi produk baharu UMNO dalam usaha menaik taraf hidup masyarakat terutama golongan muda memandangkan pendidikan merupakan aset utama seseorang insan.
“Ini juga membuktikan UMNO sentiasa mengambil kira kesusahan golongan yang memerlukan bantuan dan bukan setakat mendapatkan pendidikan sempurna, malahan sehinggalah mereka melangkah ke alam pekerjaan,” katanya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. 
MediaUMNO

MALAYSIAKINI MAHU HAKIM DENGAR KES SAMAN FITNAH OLEH NAJIB


KUALA LUMPUR: Penerbit Malaysiakini dan dua yang lain telah memohon supaya seorang hakim Mahkamah Tinggi mendengar kes saman fitnah yang difailkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Kerjanya, Datuk Ab Rauf Yusoh terhadap mereka berhubung penerbitan dua artikel. 

Dalam permohonan tersebut, Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan dan Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar, meminta Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wira Kamaludin Md Said menarik diri daripada mendengar saman fitnah itu atas alasan bahaya berat sebelah yang nyata. 

Saman tersebut ditetapkan untuk pendengaran di hadapan Kamaludin. Ketiga-tiga defendan tersebut berkata Pesuruhjaya Kehakiman dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara. 

Mereka berkata Pesuruhjaya Kehakiman tidak menikmati jaminan tempoh penugasan, selain tidak ada jaminan bahawa mereka akan dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi. 

Oleh itu, mereka menuntut Kamaludin menarik diri daripada mendengar saman tersebut dan kes itu didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi. 

Peguam Ashok Kandiah, yang mewakili pihak defendan, memberitahu media bahawa permohonan itu difailkan Selasa lepas. Salinan permohonan disediakan kepada media hari ini.

Beliau berkata mahkamah telah menetapkan 8 Julai ini untuk pengurusan kes bagi permohonan tersebut di hadapan timbalan pendaftar. 

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai permohonan itu, peguam Raihanah Ashriqin Ariffin, yang mewakili Najib dan Ab Raud, berkata beliau akan mendapatkan arahan anak guamnya sama ada untuk membantah permohonan tersebut. 

Pada 30 Mei lepas, Najib, selaku plaintif kedua memfailkan saman tersebut atas kapasiti peribadi manakala Ab Rauf sebagai plaintif kedua bagi pihak Umno. 

Pihak plaintif mendakwa defendan telah melapor, mengeluar dan membenarkan penerbitan dua artikel bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu?' di bawah ruangan Yoursay di laman portal berkenaan, www.malaysiakini.com pada 14 Mei lepas. 

Dalam ruangan itu, pihak defendan sendiri atau ejen atau pembantu mereka telah mengumpul komen-komen daripada pelanggan atau pengguna laman portal itu dan kemudian menggabungkan komen-komen yang terpilih sebagai satu artikel, yang secara jelas telah memfitnah pihak plaintif dan diterbitkan semula di laman portal tersebut. 

Artikel bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan dan hudud manakala artikel 'How much will Najib spend to keep Terengganu?' adalah mengenai krisis politik di Terengganu yang berlaku pada Mei lepas. 

Najib dan Ab Rauf mendakwa pihak defendan dengan sengaja didakwa membenarkan penerbitan artikel-artikel itu walaupun mengetahui tuduhan mereka tidak berasas dan perkara yang tidak benar. 

Najib mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu telah mencemarkan reputasinya sebagai ahli politik, selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri. 

Kedua-dua plaintif juga mendakwa komen-komen dalam artikel-artikel tersebut tersirat sindiran untuk menunjukkan bahawa Umno tidak cekap sebagai badan politik dan tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN). 

Mereka mendakwa perkataan fitnah telah juga direka untuk mencerminkan Umno sebagai menyalahgunakan kuasa demi kepentingan parti dan ia sebuah parti yang tidak demokratik dan sengaja dicipta situasi yang tidak diingini. 

Akibat daripada penerbitan tersebut, pihak plaintif mendakwa, reputasi mereka telah terjejas dengan teruk apabila Umno dikecam terutama dalam media sosial dan media massa. 

Berikutan itu, pihak plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi keterlaluan, faedah, kos dan perintah injunksi bagi menghalang pihak defendan, pembantu atau ejen mereka daripada berbicara lebih lanjut atau menerbitkan atau menyebabkan penerbitan artikel-artikel itu atau seakan-akan 
dengannya. 

Mereka turut menuntut suatu perintah supaya pihak defendan membuat permohonan maaf secara bertulis untuk disiarkan dalam akhbar serta kos.
BERNAMA 

Friday, 27 June 2014

WANITA SINDROM DOWN DIKURUNG DI BAWAH RUMAH

Wanita Sindrom Down ditemui dikurung di bawah rumah

TUMPAT - Seorang wanita yang menghidap sindrom down ditemui dikurung di sebuah bilik kecil di bawah rumah keluarganya di Kampung Pasir Pekan Hulu di sini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharuddin Rasip berkata, mangsa yang berusia 30-an itu dipercayai dikurung adik-beradiknya dalam sebuah bilik berukuran 5.8 meter persegi dan setinggi lebih dua meter sejak 10 tahun yang lalu selepas kematian ibu bapa mereka.

"Pihak polis terpaksa memotong jeriji besi bilik berkenaan untuk mengeluarkan mangsa setelah menerima maklumat dari orang ramai pada pukul 3.30 petang tadi," katanya kepada pemberita di rumah berkenaan.

Beliau berkata, ketika ditemui anggota keluarga mangsa tidak berada di rumah itu dan maklumat awal yang diperoleh, mangsa dijaga oleh abangnya yang tinggal berdekatan rumah berkenaan.

"Kita ingin siasat kenapa dia dikurung dan maklumat awal kita dapati mangsa dikurung kerana bimbang mangsa merayau di tempat awam," katanya.

Zaharuddin berkata, wanita itu telah dihantar ke Hospital Tumpat.

Seorang penduduk Rubiah Abdullah, 54, berkata anggota keluarga mangsa mengurung mangsa dipercayai kerana tidak mahu dia keluar merayau-rayau. - Bernama

USTAZ BERSETUBUH DENGAN 3 ISTERI SERENTAK... KONONNYA SUNNAH NABI !!! NAUZUBILLAH


KUALA LUMPUR : Dia amat dihormati sebagai guru agama, penceramah bebas dan pemilik pusat tahfiz, namun di sebalik semua itu dia menjadi igauan ngeri buat tiga isterinya berikutan kerakusan amalan seksnya yang melampau iaitu melakukannya serentak dengan ketiga-tiga isteri. 

Lebih mengaibkan, guru tahfiz berusia lewat 50-an terbabit tergamak mengeluarkan dakyah palsu kononnya amalan itu sunnah nabi dan mendakwa kononnya Rasulullah turut melakukan perkara sama dalam berpoligami.

Perlakuan aib dan menjijikkan guru tahfiz itu didedahkan dua bekas isterinya selepas kedua-duanya sebelum ini minta diceraikan selepas tidak sanggup diperlakukan demikian, selain tidak mahu terus menerus melakukan dosa.

Seorang daripada wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Suzila, 37, berkata amalan luar biasa bekas suaminya itu bukan saja menyebabkan dia sangat malu terhadap diri dan Tuhan, malah kepada pelajar tahfiz kendalian suaminya. Suzila, seorang ustazah dan bekas isteri kedua lelaki itu berkata, tempoh perkahwinannya tiga tahun episod hitam dalam hidupnya yang dijanji akan diajar pengetahuan agama lebih mendalam oleh bekas suaminya. 

“Selepas berkahwin saya dibawa ke Mesir untuk menjaga pusat tahfiz milik suami. Rupa-rupanya di sana dia mempunyai isteri lain. Saya terpaksa melayan kehendak suami dan merelakan diri diperlaku tidak ubah seperti aksi filem lucah. 

“Tidak tahan menanggung derita mental dan fizikal, saya nekad lari membawa tiga anak dengan bekas suami pertama kembali ke tanah air tahun lalu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini. 

Menurutnya, tindakan itu juga diambil selepas beberapa pelajar tahfiz di sana menasihatkannya supaya pulang ke tanah air kerana perbuatan keji itu menjadi buah mulut di kalangan mereka.

Suzila berkata, selepas kembali ke Malaysia, dia dimaklumkan beberapa pusat tahfiz milik bekas suaminya di negara ini ditutup apabila dikesan melakukan penipuan, manakala pusat di Mesir pula beroperasi secara haram kerana tidak berdaftar.

Katanya, satu lagi salah laku bekas suaminya ialah mengarahkan semua isteri barunya selain isteri pertama mengambil suntikan pencegah kehamilan kerana dia tidak mahukan anak. Bekas isteri ketiga ustaz terlampau yang hanya mahu dikenali sebagai Ariana pula berkata, dia mengahwini bekas suaminya itu dengan niat mendapat bimbingan agama dan menjadikan lima anaknya dengan suami pertama seorang tahfiz. 

“Saya tidak mengenalinya, tapi apabila dipinang isteri pertamanya dan dimaklumkan latar belakang suami yang mempunyai ilmu agama tinggi, saya sanggup jadi isteri ketiga demi menjamin masa depan lima anak saya,” katanya. 

Ariana berkata, dia sanggup meninggalkan perniagaannya demi mengikut guru tahfiz itu ke utara tanah air dan menjaga pusat tahfiz di sana.Bagaimanapun, katanya, pada malam pertama perkahwinan dia terkejut apabila isteri pertama berada dalam bilik tidur sebelum mereka bersama-sama melayan suami. 

Lebih menghairankan dia mendakwa madunya itu turut seronok dan begitu ghairah melakukannya.

 “Saya hairan dan jijik dengan sikap mereka berdua, tapi apabila saya mempersoalkannya, bekas suami memberitahu ‘nabi pun lakukan perkara sama’. Saya mengatakan tidak pernah dengar atau terbaca dalil mengenai perkara itu.“Namun, bekas suami mengatakan hanya orang terpilih seperti dirinya mendapat dalil itu dan saya jahil sebab itu tidak pernah mengetahui dalil itu.

Saya terpaksa merelakan diri diperlakukan seperti itu. Bila menentang, saya dituduh tidak taatkan suami,” katanya. Selain itu, Ariana mendakwa sepanjang berkahwin lebih setahun, bekas suaminya itu hanya memberi wang nafkah RM200 sebulan menyebabkan dia bersama anak ada kalanya terpaksa menahan lapar. 

Berikutan sudah tidak sanggup bersubahat dengan perbuatan suaminya yang dianggap menghina Rasulullah, Ariana menuntut cerai pada bulan lalu.“Namun, sebelum bercerai saya terpaksa mencari seorang lagi wanita untuk dijadikan isterinya dan kini saya tidak mengetahui berapa ramai isterinya,” katanya.

ASSALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1435 HIJRAH


Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang mulia dan penuh rahmat. Di kesempatan ini saya dengan sukacitanya merakamkan ucapan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada para pembaca budiman yang beragama Islam.

HADIRNYA, bulan mulia, Ramadan Al Mubarak pastinya mengajak setiap umat Islam menginsafi serta bermuhasabah diri.

Bahkan, dalam menghayati bulan yang penuh keberkatan ini, amal ibadah turut dipertingkatkan lagi.

Sewajarnya peluang bersua dengan Ramadhan yang mulia ini bukan sahaja diangkat sebagai bulan untuk kita menunaikan ibadah puasa tetapi turut menjadi medan untuk kita melatih diri menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah Subhana Wa Ta'ala. 

Firman Allah yang bemaksud :
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa," (Surah al-Baqarah : ayat 183)

Doa serta harapan semoga ramadhan kali ini sama-samalah kita semua menyempurnakan serta menmanfaatkan segala kebaikan untuk diri kita sendiri semuanya, Insya Allah.

Marhaban Ya Ramadhan 1435 Hijrah bersamaan 29 June 2014 Masihi
Selamat menunaikan Ibadah Puasa. 
Semoga mendapat berkat di bulan yang penuh kemuliaan ini.
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1435 Hijrah. 

Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka.


REMAJA MELAYU IKLAN JUAL DIRI SENDIRI DI FACEBOOK !!!


Sosial media adalah tempat paling pantas bertebaran maklumat samada yang baik mahupun buruk. Kesilapan kita di media sosial boleh mengundang aib pada diri sendiri.

Seperti gambar 'screen shot' di bawah yang menjadi viral di Facebook, tidak diketahui ianya adalah daripada pemilik akaun ataupun dipedajal kawan.

Apa pun jangan mengundang malu sendiri lebih-lebih lagi keluarga.

Sentiasalah berhati-hati dan berwaspada kerana dunia dihujung jari boleh menjatuhkan kita !



PIALA DUNIA : JADUAL PERLAWANAN PUSINGAN KALAH MATI


BERIKUT adalah senarai 16 pasukan yang layak beraksi pada pusingan kalah mati Piala Dunia:

29 Jun
Brazil lwn Chile (12tghmlm)

Colombia lwn Uruguay (4pg)


30 Jun 
Belanda lwn Mexico (12tghmlm)

Costa Rica lwn Greece (4pg)



1 Julai
Perancis lwn Nigeria (12tghmlm)

Jerman lwn Algeria (4pg)



2 Julai 
Argentina lwn Switzerland (12tghmlm)

Belgium lwn Amerika Syarikat (4pg)


IBU REMAJA OKU DIDAKWA DI MAHKAMAH SESYEN


SEREMBAN, 27 Jun - Ibu remaja orang kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengabaikan dan meninggalkan anak tanpa pengawasan.

Lolanopita Sadi, 40, yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh .

Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Flat Taman Semarak, Nilai, antara Januari lepas hingga 21 Jun lepas.

Bagi pertuduhan mengabaikan anaknya itu, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda hingga RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pertuduhan meninggalkan anak tanpa pengawasan dibuat mengikut Seksyen 33(c) akta sama yang membawa hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Hakim kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Julai bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Mohd Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Hanif Hassan.

Muhammad Firdaus dijumpai dalam keadaan menyayat hati serta kurus sehingga menampakkan benjolan tulang oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, Sabtu lepas.

Remaja malang itu ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman ketika operasi bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.

Muhammad Firdaus kini ditempatkan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk rawatan pemulihan.
BERNAMA