ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Wednesday, 4 December 2013

AYUH SEBARKAN !!! HATI-HATI DENGAN KELUARGA INI - BAHAYA !!!


SEBARKAN: 
'Jangan Berhentikan Kenderaan Kalau Ditahan Keluarga Ini' (GAMBAR) 

Orang ramai dinasihatkan jangan memberhentikan kenderaan jika terlihat pasangan di atas meminta bantuan. 

Hal ini kerana, lelaki dalam gambar tersebut dilaporkan mempunyai kecenderungan untuk melakukan kekerasan jika anda tidak memberikan wang yang diminta atau banyak soal kepadanya.

Pasangan ini dipercayai sudah berbulan-bulan aktif mengaut untung menggunakan modus operandi sama iaitu melambai meminta pertolongan kepada kenderaan yang lalu di tepi jalan sekitar Selangor dan Lembah Klang.

Pasangan ini pernah dilihat di kawasan sekitar Ara Damansara, Palm Sring, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Sunway Damansara dan Citta Mall. Terdapat beberapa kes melaporkan, lelaki dalam gambar ini dikatakan naik angin dan bertindak kasar apabila tindakannya meminta bantuan disoal. 

Malah orang yang mengambil gambar di atas turut mendakwa lelaki tersebut mengejarnya dengan motosikal dan memecahkan cermin keretanya kerana marah sebaik menyedari gambarnya dirakam. 

Orang ramai yang terlihat mereka disarankan menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. 


Sumber: Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign 

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PERASMIAN SAYAP UMNO #PAU2013 .


Semalam telah berlangsungnya perasmian serentak Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) oleh YAB Timbalan Presiden UMNO ,Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin.











UPDATED TERKINI BANJIR : INFO GRAFIK & VIDEO/GAMBAR BANJIR DI TERMINAL BAS KUANTAN.




Video kereta Perdana cuba lalu banjir 




Tuesday, 3 December 2013

INFO BANJIR : KEADAAN BANJIR DI TERENGGANU, PAHANG DAN JOHOR SEMAKIN TERUK.


Keadaan banjir di Terengganu, Pahang dan Johor semakin buruk petang ini dengan kebanyakan kawasan rendah terus dinaiki air berikutan hujan sejak semalam.

Banjir yang melanda Kemaman, Terengganu juga meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 17 tahun setelah lemas di Kampung Padang Kubu di Kijal semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Anggota Parlimen Kemaman berkata seorang kanak-kanak (masih belum diketahui jantinanya) pula dikhuatiri hilang di Kijal akibat limpahan air pasang besar.

Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 905 orang berbanding 452 orang pagi ini apabila Dungun dan Hulu Terengganu pula dilanda banjir petang ini.

Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan setakat 4 petang ini Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu dilanda banjir dengan Kemaman mencatat peningkatan mangsa yang dipindahkan.    

Di Kemaman 761 orang daripada 195 keluarga dipindahkan ke 24 pusat pemindahan berbanding pada sebelah pagi hanya 13 pusat dibuka dengan 452 mangsa banjir.

Di Hulu Terengganu, 94 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sejak 2 petang manakala di Dungun, 50 orang daripada 12 keluarga dipindahkan sejak 12 tengah hari.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan bacaan pada 4 petang menunjukkan paras air di Pasir Raja dan Kuala Jengai di Dungun melebihi paras bahaya masing-masing setinggi 37.84m dan 23.21m.

Sungai Kuala Berang, di Kampung Menerong di Hulu Terengganu juga melebihi paras bahaya iaitu setinggi 25.13m (bahaya 24.5m) manakala Sungai Kemaman pula, Sungai Cerol di Banho dan Jambatan Air Putih berada dalam kedudukan bahaya iaitu masing-masing setinggi 19.78m dan 15.06m.

Banjir di sekitar Mahkamah Kuantan
Di KUANTAN, sebanyak 5,561 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran setakat 3 petang.

Bandar Kuantan juga dilaporkan hampir lumpuh apabila kebanyakan laluan jalan raya di sekitar bandar itu dinaiki air melebihi 1 meter.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata Rompin mencatatkan jumlah pemindahan banjir paling ramai iaitu 2,595 orang dari 23 kampung dan ditempatkan di 13 pusat pemindahan di daerah itu.

Di Pekan, 341 mangsa dari enam kampung dipindahkan ke enam pusat pemindahan manakala di Kuantan 1,824 mangsa dari 23 kampung dipindahkan ke 23 pusat pemindahan.

Di Maran, 801 mangsa banjir dari sembilan kampung ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

Beliau berkata keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat masih berterusan sehingga kini.    

"Jambatan Sungai Charu di Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan ditutup kepada semua kenderaan berikutan air naik melebihi satu meter," kata jurucakap itu.

Beberapa jalan lain juga kini ditutup kepada kenderaan ringan berikutan kawasan berkenaan dinaiki air antara 0.5 hingga 1 meter termasuk Batu 3 Jalan Kuantan–Gambang, Km16 Jalan Pekan–Nenasi, Km9 Jalan Pekan–Nenasi dan Km64 Jalan Maran–Jerantut.

Di JOHOR BAHARU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan petang ini meningkat kepada 5,659 orang berbanding 4,765 orang pagi ini.

Setakat 3 petang, Segamat mencatatkan mangsa banjir tertinggi yang dipindahkan iaitu 1,116 orang, mangsa banjir di Kluang juga meningkat iaitu 187 orang manakala di Kota Tinggi meningkat kepada 74 orang.

Portal MKN menyatakan Muar menjadi daerah terbaharu yang memindahkan mangsa banjir iaitu 35 orang manakala jumlah mangsa di Mersing kekal 4,247 orang.

Sebanyak 42 pusat perpindahan dibuka berbanding 27 pusat pada sebelah pagi iaitu 18 di Mersing (kekal), 18 di Segamat (meningkat 12), tiga di Kluang (meningkat satu), dua di Kota Tinggi (meningkat satu) dan sebuah pusat dibuka di Muar.

Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca hujan sekejap-sekejap di satu dua tempat di Mersing dan Segamat manakala ribut petir di satu dua tempat di Kluang dan Kota Tinggi hari ini. 
Bernama

PERASMIAN 3 SAYAP UMNO ADALAH PEMBUKAAN TIRAI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO (PAU) 2013 MALAM INI.

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2013 bermula pada hari ini, Selasa dengan majlis perasmian serentak tiga sayap Umno iaitu pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.
Perasmian akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, 8 malam ini.
Petang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga Presiden Umno akan menyampaikan amanatnya pada majlis taklimat tertutup di Dewan Merdeka, PWTC yang turut dihadiri anggota Majlis Tertinggi Umno, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta ketua-ketua bahagian.
Perhimpunan agung lima hari itu melibatkan 5,726 perwakilan.
Sementara itu, Forum Antarabangsa Umno 2013 masuk hari kedua dan terakhir hari ini bermula dengan sesi ketiga pada 9 pagi dengan tajuk ‘When Power Is Might Is There Hope For Global Moderation’.
Sesi itu bakal menampilkan Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Ambri Baharuddin sebagai moderator dan menampilkan lima anggota panel iaitu Naib Pengerusi Suruhanjaya Hubungan Luar bagi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam Vuong Thua Phong; Pengerusi Parti Golkar dari Indonesia Aburizal Bakrie; Ketua Biro Politik Hamas dari Palestin Khaled Mesha’al; Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Luar, Keadilan dan Pembangunan Parti AK dari Turki Mevlut Cavusoglu; dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Pengerusi forum itu Datuk Dr Norraesah Mohamad dijadual membuat ucapan penggulungan sebelum Muhyiddin menutup forum itu.
Seramai 121 wakil daripada 31 parti politik dari 25 negara menyertai forum itu termasuk pergerakan Fatah dan Hamas dari Palestin; Barisan Pembebasan Islam Moro dari Filipina; dan Parti Komunis China.

NAFSU USTAZ DURJANA : BUNTINGKAN PELAJAR SEBELUM KE MEKAH !!!

Kopiah sentiasa di kepala, tasbih sentiasa di tangan. Siapa sangka di sebalik perwatakan waraknya itu Ustaz Sazali menjadikan teman wanitanya tempat melampiaskan nafsu setiap minggu datang ke ibu kota.
Paling menjijikkan, Ustaz Sazali sanggup menodai kekasihnya sehingga hamil sebelum bernagkat ke Tanah Suci mengerjakan umrah.
Ustaz berusia awal 30-an berasal dari utara tanah air itu sentiasa berulang-alik ke ibu kota setiap minggu kerana menghadiri kelas pengajian jarak jauh di sebuah universiti di sini.
Setiap kali ada kelas pengajian Ustaz Sazali menyewa hotel bajet di ibu kota semata-mata untuk meniduri teman wanitanya yang dikenali sebagai Sofea, 23, pelajar sebuah kolej swasta di pinggir kota.
Sofea yang ditemui di sebuah rumah perlindungan di sini amat menyesal kerana terpedaya dengan ayat manis ustaz durjana itu.
Dia tidak menyangka seorang ustaz dan mengetahui pengetahuan luas di bidang agama tergamak melakukan maksiat.
“Pada mulanya saya berasa bertuah dapat memiliki teman lelaki bergelar ustaz, sekurang-kurangnya dapat membimbing saya ke syurga.
“Rupa-rupanya perangainya amat teruk sekali, tidak seperti digambarkan sebagai lelaki alim,” cerita Sofea sambil menangis, menyesal dan rasa berdosa kepada Allah dan keluarga.
Menurut Sofea, setiap kali menidurinya Ustaz Sazali berbisik ke telinganya sambil berkata; Sayang, mari ikut abang ke syurga!”
Setelah enam bulan melakukan hubungan terlarang itu, Sofea mengakui mula ketagihan seks dan akhirnya dia disahkan hamil.
“Harap Ustaz Sazali bawa saya ke syurga, rupanya melencong ke neraka!” ujarnya.
Sekembalinya dari menunaikan umrah Sofea memaklumakan keadaan dirinya sudah berbadan dua.
“Ustaz hanya mendiamkan diri tetapi selepas itu dia terus menghilangkan diri.
“Dia tidak lagi datang menemui saya, walaupun masih menghadiri kelas pengajiannya di ibu kota,” tambahnya.
Kini Sofea mengandung tujuh bulan dan ditempatkan di Pondok Penyayang Raudah Batu 11, Gombak, Selangor bagi meneruskan kehidupannya dan proses bersalin.
Sofea bersyukur kerana keluarga terutama ibu memahami keadaannya, walaupun perbuatan yang dilakukan itu amat memalukan keluarga.
Sementara itu, pengasas Pondok Penyayang Raudah, Ustaz Mokhtaruddin Haji Md Said berkata, generasi muda perlu melengkapkan diri dengan iman dan takwa bagi mengelak terjerusmus ke lembah maksiat.
Katanya, jika iman dan takwa dipelihara dengan baik masalah gejala sosial di kalangan remaja dapat dihindarkan.
“Jika nak pilih teman lelaki atau wanita elok lakukan solat istikharah mohon petunjuk llah sama ada kawan itu benar-benar jujur atau mahu mengambil kesempatan.
“Allah akan beri petunjuk kepada kita dan dengan izinNya kita akan dapat teman yang baik,” tambahnya.

REMAJA LELAKI KENALAN NOR SYAFIKAH DITAHAN REMAN BANTU SIASATAN KEMATIAN 3 BERADIK..


JENAZAH Nur Izzati dan Puteri Nurul Akma dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Semela.
ALOR SETAR - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kematian tiga beradik perempuan dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, pelajar itu yang merupakan kenalan mangsa ditahan di rumahnya di Arau, Perlis kira-kira pukul 11.30 malam tadi.

"Pelajar itu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong di sini pukul 3.45 petang Sabtu lalu selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna, 12, kira-kira pukul 7.30 malam, Jumaat lalu.

Lebih memilukan, mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula ditemui kira-kira pukul 4.50 petang semalam dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar, kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.

Biarpun mereka ditemui mati lemas, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai bunuh.

Menurut Adzaman, pihaknya masih menyiasat sejauh mana hubungan pelajar terbabit dengan mangsa menerusi siasatan teliti melibatkan segenap aspek.

"Setakat ini polis sudah mengambil keterangan lebih 10 individu termasuk ahli keluarga dan rakan mangsa bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam ini," katanya.

Tambah beliau, hasil bedah siasat ke atas Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula mendapati punca kematian mereka disebabkan lemas.

Terdapat kesan calar pada badan mangsa, namun tiada tanda mereka dirogol, dicekik atau dipukul.

Adzaman memberitahu, spesimen darah ketiga-tiga beradik itu turut dihantar untuk ujian ke Jabatan Kimia, Pulau Pinang bagi mengesan jika ada punca lain termasuk kemungkinan suntikan dadah ke atas mangsa.

Tambah beliau, polis turut dimaklumkan oleh pegawai perubatan bahawa kematian ketiga-tiga beradik itu berlaku dalam tempoh yang hampir sama.

Mengulas dakwaan keluarga mangsa mengenai kesan cedera dipercayai akibat dicucuh puntung rokok pada anggota badan dan tangan Nor Syafikah Nadia serta kesan sama pada tangan kedua-dua adik mangsa, Adzaman berkata, ia adalah disebabkan gigitan hidupan dalam air seperti lintah atau ikan.

Berhubung penemuan seluar di kawasan mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna ditemui, beliau memberitahu, pakaian itu bukan milik ketiga-tiga beradik itu kerana Nor Syafikah Nadia keluar pada malam kejadian dengan memakai jean biru.

"Bagaimanapun baju T yang ditemui berhampiran mayat Nor Syafikah Nadia adalah miliknya," katanya.

Adzaman turut meminta orang ramai supaya menghentikan spekulasi bahawa mangsa menjadi mangsa rogol seperti yang tersebar dalam laman sosial.

Katanya, maklumat yang disalur polis kepada umum adalah hasil laporan perubatan oleh pakar forensik yang menyatakan tiada tanda mangsa dirogol.
UM

HOT NEWS !!! MANA ULAMA DALAM SENARAI JAWATANKUASA KEPIMPINAN PAS PUSAT SESI 2013 - 2015 ???


Makluman Pelantikan Jawatan Dalam Kepimpinan PAS Pusat Untuk Sesi 2013-2015.
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama selepas Muktamar Agung Tahunan PAS ke 59 yang baru sahaja berakhir pada minggu yang lalu telah diadakan pada hari ini,Ahad 1 Disember 2013 di Pejabat Agung PAS Pusat.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saya selaku Presiden Parti dan dihadiri oleh Timbalan Presiden,semua Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.Mesyuarat telah berbincang dan membuat keputusan jawatan lantikan mengikut perincian berikut : 

1. Setiausaha Agung PAS - Dato’ Hj Mustafa Ali 
2. Bendahari - YAB Dato Ahmad Yaakob 
3. Ketua Penerangan - YB Dato’ Mahfuz Omar 
4. Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat – YB Dr Mohd Hatta Ramli 

Persuruhjaya PAS Negeri/ Wilayah 

1. Kelantan - YAB Dato Ahmad Yaakob 
2. Terengganu - YB Ustaz Saiful Bahri Mamat 
3. Pahang – Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man 
4. Johor - YB Tn. Hj Aminulhuda Hassan 
5. Melaka – Sdr Adly Zahari 
6. Negeri Sembilan - Sdr Mohd Taufek Abdul Ghani 
7. Selangor - YB Iskandar Abdul Samad 
8. Perak - Tn Hj Razman b. Zakaria 
9. Kedah - YB Dato’ Mahfuz Omar 
10. Perlis - YB Mohd Shukri bin Ramli 
11. W Persekutuan – Tn. Hj Mohammad Noor Mohammad 
12. Sabah - Sdr Mohd Aminuddin Aling 
13. Sarawak – Tn. Haji Adam Ahid 

Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik adalah terdiri dari : 

1. YB Dato’ Mohd Amar bin Abdullah 
2. Dato’ Abu Bakar Chik 
3. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos 
4. Tn. Hj. Mohd Hussin 
5. Tn. Haji Asmuni Awi 
6. Zulkiflee Mohd Omar 
7. Dr Muhaimin Sulam 

Adalah juga dimaklumkan bahawa pelantikan ke jawatan Penolong Setiausaha Agung PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang akan dibuat dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Disember 2013 nanti.Pihak kepimpinan PAS mendoakan agar semua kepimpinan yang diberikan amanah ini dapat melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan ikhlas. 

Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang 
PRESIDEN PAS

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, 2 December 2013

ANGKARA "ALONG" : SUAMI UGUT BUNUH ISTERI JIKA TIDAK MELACURKAN DIRI !!!


Seorang wanita mendakwa diugut bunuh oleh suaminya jika tidak melacurkan diri bagi melunaskan hutang lelaki itu kepada kumpulan ceti haram. 

Difahamkan, lelaki terbabit yang juga dikatakan mengalami tekanan perasaan, bertindak demikian selepas sering diganggu ahli kumpulan berkenaan. Dia mulanya membuat pinjaman untuk dijadikan modal memulakan perniagaan, tetapi tidak diteruskan berikutan kesihatan ibu dan bapanya yang kronik. 

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lina, berkata dia bukan saja buntu mencari jalan penyelesaian, malah turut tertekan kerana dipukul dan dimaki suaminya termasuk ketika di depan ahli keluarga. 

“Pernah dia menghunus parang panjang ke leher saya ketika sedang marah selepas didatangi ahli kumpulan ceti haram terbabit. Saya juga pernah dipijak serta dihentak ke lantai di depan ibu bapa serta seluruh ahli keluarga saya baru-baru ini. 

“Malah, suami pernah mengugut dia tidak gentar untuk bunuh saya dengan alasan, dia hanya akan dimasukkan ke Hospital Bahagia kerana masalah mental dialaminya,” katanya kepada BH. 

Lina berkata, jumlah asal pinjaman yang dibuat hanya RM4,000 dan bayaran balik sudah dilunaskan selama 12 bulan dengan yang terakhir, Ogos lalu. 

“Untuk bayar pinjaman, wang pencen dalam akaun ayah saya dipotong RM620 sebulan dan sehingga pembayaran terakhir, jumlah yang sudah dipotong RM7,440. Kad ATM ayah juga dipegang kumpulan terbabit, sedangkan hanya itulah wang untuk kami sekeluarga lapan beranak berbelanja setiap bulan,” katanya.
BH

OPS CANTAS KHAS NARKOTIK SELANGOR !!! TAHNIAH @pdrm

Polis menumpukan pemeriksaan di hotel bajet serta rumah-rumah yang dijadikan sarang penagih serta pusat hiburan sekitar Klang dan Pelabuhan Klang.

Polis Diacu Pistol

KLANG – Polis merampas sepucuk pistol .38 dalam serbuan Ops Cantas Khas Narkotik Selangor yang dijalankan di Persiaran Raja Muda Musa dan Teluk Gadong, di sini, kelmarin.
Menurut sumber, dalam serbuan kira-kira jam 10.45 malam itu, polis membuat pemeriksaan di sebuah bilik hotel di Persiaran Raja Muda Musa, di sini.
Menurutnya, ketika bilik diketuk, seorang wanita membuka pintu dan di belakangnya terdapat seorang lelaki.
Katanya, lelaki itu tiba-tiba mengeluarkan sepucuk pistol daripada beg di pinggangnya dan terus mengacukan senjata tersebut ke arah polis.
“Berlaku pergelutan antara mereka, namun lelaki berusia 33 tahun itu berjaya meloloskan diri melalui belakang hotel.
“Siasatan kemudian dapat mengesan kedudukan suspek, sebelum polis menahannya di sebuah rumah di Teluk Gadong, di sini,” katanya, semalam.
Sumber berkata, turut dirampas sepucuk pistol bersama tiga biji peluru.
Beliau berkata, semakan menunjukkan suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.
Dalam perkembangan lain, 57 individu ditahan dalam operasi sama yang ditumpukan di sekitar Klang Selatan dan Pelabuhan Klang bermula jam 10 pagi kelmarin dan berakhir kira-kira jam 7 pagi semalam.
Menurut satu kenyataan dipetik daripada Facebook Polis Selangor bertarikh semalam, operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor dan dibantu oleh Pasukan Gerakan Am dan Unit Anjing Pengesan polis (K9) itu difokuskan kepada pemeriksaan di hotel bajet, rumah-rumah dijadikan sarang penagih serta pusat hiburan sekitar kawasan terbabit.

Pegawai Polis Cedera Dilibas Parang

KLANG – Seorang inspektor polis cedera di lengan selepas terkena libasan parang ketika membuat serbuan Ops Cantas Khas Narkotik di sebuah rumah di Jalan Telok Gong, Kampung Nelayan, di sini, malam kelmarin.
Menurut sumber, mangsa dan sepasukan anggotanya, tiba di depan rumah terbabit kira-kira jam 11.50 malam apabila seorang lelaki keluar dalam keadaan mencurigakan.
Mangsa berusia 28 tahun terus keluar dari kenderaan untuk membuat pemeriksaan, sebelum dia tiba-tiba diserang oleh seorang lelaki.
“Lelaki itu melibas objek dipercayai senjata tajam ke arah mangsa menyebabkan siku kanan mangsa cedera.
“Lelaki berusia 20-an itu kemudian melarikan diri dan belum dapat dikesan,” katanya, semalam.
Menurutnya, mangsa cedera ringan dan menerima tujuh jahitan di siku kanan.
Sumber itu berkata, berikutan kejadian itu, polis menyerbu rumah tersebut dan menahan seorang wanita warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun.
“Satu paket dadah dipercayai heroin, ditemui dalam bilik rumah itu,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Sinar harian