ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: "SAYA TETAP AKAN TERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI BIASA BERSAMA ISTERI" – MOHD HATTA

Saturday, 5 September 2015

"SAYA TETAP AKAN TERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI BIASA BERSAMA ISTERI" – MOHD HATTA

Biarpun Ketua Hakim Mahkamah Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad telah mengesahkan perkahwinannya gugur talak tiga kerana melanggar bai’ah, Ahli Parlimen Kuala Krai, Mohd. Hatta Ramli tetap akan meneruskan kehidupan seperti biasa bersama isterinya.

“Saya ada pendirian tersendiri dan telah pun merujuk perkara bai’ah ini dengan beberapa ulama baik dari dalam mahupun dari luar negara.

“Ulama berbeza pendapat malah ada yang mengatakan dalam Islam tidak ada bai’ah yang menuntut cerai talak tiga dengan isteri.

“Tetapi bagi memuaskan hati, saya membayar kafarah juga dengan memberi makan 10 orang anak yatim untuk membatalkan bai’ah yang dilafaz sewaktu bersama Pas,” katanya selepas ceramah Parti Amanah Negara di Tanah Merah Kelantan malam tadi.

Tegas Mohd Hatta, dia mempunyai cukup alasan dan panduan untuk menolak pandangan mengenai bai'ah jatuh cerai talak tiga walaupun datang daripada Mufti Kelantan sendiri,” katanya

Pada Rabu lalu, Daud mengesahkan perkahwinan Mohd. Hatta dengan isterinya telah jatuh talak tiga kerana melanggar taklik yang pernah dilafazkan dalam bai’ah PAS negeri itu.

Dalam lafaz bai’ah tersebut, setiap wakil rakyat Pas di Kelantan yang mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.
malaysiagazette

4 comments:

  1. Nasehat hamba buat Dr Hatta,, kalau balik menjenguk kawasannya di Kuala Krai,janganlah dibawa bersama jandanya itu. Bimbang ditangkap khalwat oleh Unit Amal pencegah maksiat. Kalau bawa juga, tidur suku suku laah.

    ReplyDelete
  2. Jika sah jatuh talak 3, boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa agama kerana bersekedudukan.

    ReplyDelete
  3. Tangkap bangsat ni

    ReplyDelete
  4. Sikap dr bogus macam ni la. Sumpah yang boleh bayar kafarah adalah sumpah yang tiada denda bertindan misalnya "sumpah aku tak akan jejak lagi kat tempat tu". Tiba-tiba terpaksa pergi juga. Yang ni boleh la bayar kafarah. Dalam kes ni mana ada denda atau penalti bertindan. Talak tiga, nak duduk sama juga, kena la bini kahwin lain dulu lepas tu kalau bercerai ( bukan set suruh bercerai) baru boleh kahwin balik. Kalau laki baru bini tak nak cerai, ha putih mata la jawap nya.Ini hukum atau penalti dah termaktub. Takkan dr tak tahu kut?.Boleh pikir logik pun. Ish tua-tua nak berzina ka?.

    ReplyDelete