ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TAZKIRAH RAMADHAN : RINGKASAN JUZUK 12

Wednesday 1 July 2015

TAZKIRAH RAMADHAN : RINGKASAN JUZUK 12


Surah-surah yang dinamakan dengan nama anbiya’ pasti berkait langsung dengan kisah nabi tersebut. Jika sebelum ini Yunus, kini di hadapan kita ada Hud dan Yusuf. Terkandung juga di dalamnya kisah Nuh a.s. Kisah-kisah ini mengajar kita agar yakin dan berteguh, sepertimana suasana ketika ia diwahyukan kepada Nabi s.a.w. Kita tahu bagaimana getirnya cabaran para anbiya’ melayani kerenah kaumnya, kisah mereka adalah inspirasi yang tiada tolok bandingnya.

PERISTIWA
Kematian ilmuan ulung Imam Ibnu al-Jauzi pada 597 Hijrah, pengarang lebih 300 buah buku.

HIDUPKAN RAMADHAN DEGAN SEDEKAH
Bersedekahlah. Kongsikan apa yang anda miliki dengan sesiapa sahaja, terutamanya para fakir dan miskin. Agar kita merasai kesusahan dan kesempitan hidup mereka, juga agar mereka dapat bersama menikmati kesenangan hidup kita. Kita mulia kerana memberi dan bersedekah.

#RMK: Ramadhan Milik Kita!
Sumber : Risalah Harmoni
JUZUK 1-30 : https://goo.gl/J9CffR

No comments:

Post a Comment