ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: April 2013

Tuesday 30 April 2013

HOT #PRU13 - VIDEO ANWAR & STOPA ALI ADALAH TULEN !!!


Meroyan sakan puak pencacai Pakatan haram di http://suarapakatanrakyat.com/?p=21139 bila Azhar Sulaiman, aktor terkenal Malaysia meluahkan perasaan ikhlasnya terhadap polemik video zina 2 tokoh pemimpin pakatan haramjadah !!!

Sebagai orang lama dalam industri perfileman, beliau tidak jahil tentang teknik filem dibuat... lihat dan dengar dengan teliti video beliau !!!

#PRU13 - HADI SOKONG CALON BEBAS, TOLAK CALON PKR !!!



Abdul Hadi Awang menzahirkan sokongan secara terbuka kepada calon Bebas, Koh Boon Heng bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak telah menimbulkan kemarahan sekutu politik mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Saya berharap pengundi akan memberi sokongan kepada Cikgu Koh pada hari pengundian..beliau menggunakan simbol bunga raya," 

katanya sebelum mengangkat tangan Koh dan calon PAS bagi kerusi Parlimen Jerantut Dr Hamzah Jaafar sebagai tanda sokongannya.
Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata tindakan Abdul Hadi itu bertentangan dengan semangat Pakatan Rakyat apabila PAS menyokong kempen calon Bebas.
"Kami akan mengkaji isu ini secara mendalam dan akan membawanya ke peringkat pimpinan pusat," katanya sambil menambah PKR turut bertanding di kerusi berkenaan bagi mewakili Pakatan Rakyat.
New Straits Times melaporkan Hadi Awang mengakui sukar untuk menepati janji menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta sekiranya PR memerintah.    Malah, beliau juga mendedahkan bahawa PR belum lagi melakukan kajian terperinci mengenainya. 
Dalam ceramah yang sama, Hadi juga mengakui bahawa negara akan mengalami kemerosotan ekonomi jika penghapusan duti eksais kereta import dilakukan secara drastik sepertimana yang termaktub dalam manifesto pembangkang.  

Selain itu, Hadi juga mengulangi kenyataannya yang tidak ingin berebut kerusi Perdana Menteri dan lebih rela menjadi nelayan.















Monday 29 April 2013

MASIHKAH KAU INGAT ?????


Haji Hadi pernah berjanji bahawa PAS akan laksanakan HUDUD jika mereka berkuasa.


Nah. Lepas tahun 2008, PAS dah pegang 3 negeri (Kelantan, Kedah dan Selangor). Cuba kira berapa banyak ayam dalam negeri tersebut dan berapa banyak kali ayam tu berkokok sepanjang PAS berkuasa.

*PAS Kedah sampai sekarang tak pernah buat rangka HUDUD di negeri tersebut. Adakah mereka pun tolak HUDUD?

UGUTAN PAS KEPADA PENGUNDI BN !!!



Sana sini kita dengar kekerasan ke atas bilik gerakan dan penyokong BN hingga kanak-kanak yang sebut sokong BN ikut-ikut ibu bapa pun diserang dan diugut PAS serta PKR.

Kedah dah nak jatuh, Kelantan kedengaran lagu rock Scorpene "Wind of Change" di merata-rata, dan ramai-ramai pemimpin besar atau dikenali PAS tercungap-cungap nak lepas akibat KEBODOHAN pas di tarik hidung oleh Anwar Ibrahim.

Itu pun mereka masih nak ikut-ikut lagi di Anwar dengan Malaysia Spring ala Arab Spring konon. Revolusi memerlukan sokongan ramai rakyat. Kalau BN menang 'fair and square' dengan semua kehendak BERSIH yang merepek-repek dilayani, rakyat TAK akan sokong usaha nak jatuhkan kerajaan secara kekasaran.

Letupan di Nibung Tebal tak mungkin "Black Op" sesiapa melainkan usaha untuk takutkan pengundi dari keluar.

Itu saja harapan yang tinggal untuk mereka menang. Semua trick dah diketahui dan didedahkan. Kalau buat juga, siapa nak percaya mereka ada alasan nak lakukan???

Jawapanya senang, Tinggalkan PAS atau betulkan PAS dengan terajang semua pencacai anwar dan balik ajaran Islam yang sebenar yang mencari keamanan dan bukan pertelingkahan.

Sunday 28 April 2013

JAWI SAMAN HUSAM MUSA !!!



Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuat laporan polis ke atas calon Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa kerana menyebarkan maklumat palsu (fitnah) bahawa Jabatan tersebut telah memecat seorang AJK surau atas sebab politik.

Husam dalam laman sosialnya mendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah bertindak memecat serta-merta ahli jawatankuasa Surau Abdul Rahman Auf kerana membenarkannya berta’aruf pada 20 April lalu.

Ekoran kenyataan tersebut, para pencacai PAS dan PKR telah bertindak menyebar luaskan kenyataan tersebut di laman-laman media sosial untuk menunjukkan kononnya kerajaan BN/UMNO telah bertindak zalim.

Menyedari akan perkara tersebut, Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali telah meminta pegawainya membuat satu laporan polis terhadap kenyataan tersebut di samping mengemukakan saman terhadap pimpinan PAS itu.

Ini kerana tindakan Husam itu jelas berniat jahat untuk meraih undi simpati masyarakat Islam/Melayu di Putrajaya.

Menurut Che Mat, pihaknya mengakui ada memanggil AJK Surau berkenaan untuk mendapat penjelasan namun tiada sebarang tindakan disiplin diambil apatah lagi memecat mereka.

Dasar Penipu...!

Itulah perkataan yang paling sesuai dilemparkan kepada Naib Presiden PAS, Husam Musa yang nyata berbohong dan menggunakan pendekatan kotor untuk meraih simpati para pengundi.

Didalam Islam, fitnah merupakan salah satu dari dosa besar, yang mana dosanya lebih besar dari membunuh.

Namun pemimpin yang mendakwa kononya mewakili sebuah parti Islam, telah menjadi perkara itu sebagai salah satu dari pendekatan untuk meraih simpati dan undi.

Mereka secara jelas tidak lagi memandang bahawa fitnah itu suatu dosa malah Husam dengan bangga merasakan bahawa merupakan satu kaedah terbaik untuk menyebarkan fitnah itu yang dianggap sebagai `latest news’.

Apakah Husam terlupa dengan firman Allah S.W.T di dalam Surah al-Baqarah: 191:
“Dan bunuhlah mereka di mana kamu temui mereka, dan usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kamu. Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan. Dan janganlah kamu perangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu, maka perangilah mereka. Demikianlah balasan bagi orang kafir.”
Ini kerana fitnah tersebut boleh memecahkan perpaduan ummah, memutuskan silaturrahim sesama manusia, menyebabkan manusia kehilangan tempat tinggal, harga diri, harta dan sebagainya. Ia adalah merupakan kebohongan yang menghancurkan.

Kesimpulannya, mereka yang mendakwa kononnya mewakili Islam sebenarnya hanya menggunakan agama suci ini sebagai alat untuk menghalalkan cara. Semoga rakyat tidak tertipu lagi dapat menilai perkara yang sebenarnya.

VIDEO TERHANGAT DI PASARAN... MESTI TENGOK !!!




Hussam Musa dulu bukan main lantang nak LELONG Putrajaya. Sekarang ni si Hussam Musa bertanding pula di Putrajaya kononya nak mempertahankan Putrajaya.

Ayuh warga Putrajaya... Tolak si Hussam Musa pembohong ni pada 5 Mei nanti.

Saturday 27 April 2013

PAS DULU DAN SEKARANG JAUH BEZANYA.


Tidak berapa lama dulu, PAS pernah dikenali sebagai parti alim ulama berikutan ramainya para ulama pondok dan ilmuan agama lulusan dari Timur Tengah yang lebih selesa berjuang dari dalam PAS berbanding bersama dengan UMNO.

Bagaimanapun beberapa tahun kebelakangan ini, trend sedemikian seperti sudah berubah arah apabila para ulama dan tok guru pondok kini kelihatan semakin menjauhi PAS dimasa yang sama dilihat semakin mesra pula dengan UMNO.

Sikap PAS yang semakin angkuh dan bongkak dalam mengejar kuasa termasuk sanggup menggadai prinsip dan dasar perjuangan Islam termasuk kerap tunduk pada tekanan rakan sepakatan dari pembangkang turut menyumbang ke arah perubahan trend tersebut.

Di Kelantan umpamanya, sebahagian besar tok guru pondok sudah tidak lagi sanggup bersekongkol dengan PAS yang dilihat melebih-lebihkan dunia hingga lupa matlamat sebenar untuk mendaulatkan Islam dan hukum hakamnya.

Jika dulu pandangan dan nasihat tok guru pondok sering menjadi rujukan pemimpin PAS dalam sesatu isu, kini peranan tok guru pondok tidak lebih sekadar sebagai tukang baca doa dan adakalanya menjadi tok imam untuk program politik yang berselindung disebalik majlis 'solat hajat perdana'.

Tambahan pula semenjak sebahagian besar pimpinannya dikuasai oleh puak liberal yang dikenali sebagai Anwarinas ataupun Erdogan, rentak hala tuju PAS juga kian liberal manakala suara-suara golongan ulama parti pula semakin tenggelam.

Pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t misalnya, sengaja dibakul sampahkan sahaja hanya semata-mata hati dan perasaan pemimpin DAP dan pengundi kristian pro DAP dilihat lebih utama untuk kepentingan mengejar kuasa duniawi.

Malah, apabila ramai pimpinan utamanya yang berlatar belakangkan agama sengaja dipinggirkan dalam perebutan jawatan parti, ia mengesahkan lagi yang PAS kini sudah melalui zaman perubahan total yang meletakkan para ulama dalam PAS kini hanyalah umpama kain buruk sahaja.

PAS lebih selesa dengan rentak baru haluannya yang lebih bebas tanpa kawalan dan teguran dari ulama dalam parti, meletakkannya kini seakan sama seperti PKR dan DAP walaupun tarafnya masih bersifat balaci.

Tika PAS berubah sikap secara drastik membuang satu demi satu pemimpin berlatarbelakang agama dan mula meminggirkan suara ulama-ulamanya, UMNO pula mengorak langkah memperkukuhkan suara alim ulama supaya lebih memainkan peranan dalam parti dan kerajaan.

Bagi PAS, para ulama dan tok guru pondok seakan sudah tiada nilai untuk dimanfaatkan sebaliknya kemunculan beberapa artis perempuan yang suatu ketika dulu meliuk-liuk tubuhnya bergaya seksi di depan kamera kini dilihat lebih berharga untuk memancing undi muda mudi.

MANA SATU YANG NAK DIIKUT NII ???


Semakin ramai ahli-ahli PAS bersetuju dengan kenyataan Datuk Haron Din yang berkata kerajaan PR akan melaksanakan hudud sekiranya berjaya merampas pentadbiran Putrajaya.

Calon Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa pula membayangkan pertukaran hujung minggu sekiranya PR menang PRU13. Cuti hari Ahad akan digantikan dengan hari Jumaat seperti yang diamalkan di Kelantan.

Pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam PR masih lagi menentang perlaksanaan hudud walaupun Datuk Haron Din berkata mereka akan menerima hudud.

Dalam kenyataan terbaru, DAP berkata mereka menghormati pendirian PAS namun tidak akan bersetuju kerana hudud tiada dalam manifesto PR.


Pengerusi DAP Karpal Singh semalam mendesak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya berhubung isu hukum hudud dan konsep negara Islam yang ingin dilaksanakan Pas, sekutunya dalam pakatan pembangkang.
    
Sebagai calon "perdana menteri" pakatan pembangkang, Anwar perlu menyatakan pendiriannya mengenai isu kontroversi dan kritikal itu, katanya.
     
Katanya hasrat pemimpin Pas untuk melaksanakan hudud dan konsep negara Islam telah menjejaskan persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang dan mengakui dua isu itu akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).
    
"Beliau (Anwar) perlu nyatakan pendiriannya. Saya fikir rakyat mahu mendengarnya. (Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan (Setiausaha Agung DAP) (Lim) Guan Eng telah menyatakan pendirian parti, mereka tidak sokong hudud, mereka tidak sokong negara Islam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
    
Karpal berkata beliau menyatakan pendirian DAP berhubung isu itu bukan sahaja sebagai pendirian peribadinya tetapi juga bagi pihak parti.
 
Baru-baru ini, Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din berkata parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang diberi mandat memerintah negara kelak.
    
Bagaimanapun kenyataan itu disanggah oleh Karpal yang berkata DAP tetap menentang pembentukan negara Islam yang mengamalkan undang-undang hudud.

MANA SATU YANG NAK DIIKUT NII ???

LIM KIT SIANG KEMPEN PRESIDEN PAS JADI PM.

Jika sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, namun perkembangan terkini beliau kini mula berkempen Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggantikan Anwar.
Difahamkan, perubahan strategi itu bermula sebaik sahaja beliau berkempen di Gelang Patah melawan calon Barisan Nasional Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Akhbar Cina, Sinchew Daily News baru-baru ini melaporkan Kit Siang amat marah dengan sikap Anwar yang tidak berpegang kepada janji apabila membuat u turn kembali semula bertanding di kubu asalnya, Permatang Pauah sedangkan sebelum ini telah berjanji untuk bertanding di Perak.
Tinjauan laman ini di sekitar Bangi, Kajang dan Serdang menunjukkan banner DAP diletakkan bersama dengan banner Pas, sedangkan banner PKR sangat jarang dan berasingan daripada banner kedua-dua parti pembangkang itu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi dilaporkan Utusan Malaysia hari ini mendakwa DAP telah membuat satu perjanjian sulit untuk mengangkat Abdul Hadi sebagai PM yang difahami melalui simbolik kesediaan DAP bertanding di bawah logo PAS dan bukan PKR di Semenanjung baru-baru ini.
Mohd Puad berkata, bagaimanapun perjanjian antara DAP dan Pas itu tidak diketahui oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim yang juga sedang mengira hari untuk menjadi PM.
“Malah, katanya, DAP dan Pas turut menganggap Anwar sebagai liabiliti politik dan kerana itu juga berlaku pertembungan Pas lawan PKR pada pilihanraya kali ini.
“Anwar gagal untuk mengawal pertembungan tiga atau empat penjuru kerana dia tahu DAP dan Pas tidak akan dengar pendapatnya sebab dia adalah liabiliti dalam politik pakatan.
Ramai pemerhati politik berpendapat kesediaan DAP bertanding di bawah logo Pas dan bukannya PKR memberi signifikan politik yang amat mendalam.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan Mstar berkata, langkah DAP yang mahu menggunakan logo PAS itu menunjukkan penerimaan parti sekutunya itu terhadap konsep negara Islam secara berperingkat.
Beliau berkata, pengguna logo PAS itu adalah tanda DAP tidak takut pada Islam atau Islamofobia.
“Dia (DAP) terima logo PAS tanda bahawa DAP tidak Islamophobia. Ini adalah peringkat-peringkatlah (menerima sebuah negara Islam),” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh pada Sabtu bahawa DAP tetap menolak dasar PAS termasuk hukum hudud meskipun parti itu terpaksa bertanding menggunakan lambang PAS dalam PRU-13.
Pada pilihanraya Umum 2008, DAP pernah menggunakan formula sama iaitu mengangkat calon daripada Pas menjadi ketua boneka ketika berhadapan dengan isu kerajaan Perak.
Ketika itu, DAP telah melantik wakil Pas, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak meskipun majoriti kerusi berada di tangan parti cauvanis Cina itu.

Friday 26 April 2013

#PRU13 - MAMPUKAH GELOMBANG MERAH TOK PA TEWASKAN NIK AZIZ ???



Pengumuman calon BN Kelantan yang akan berentap dengan PAS dan PKR dalam PRU13 pada 5 Mei 2013 telah pun diumumkan oleh Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, di mana 25 muka baru telah diperkenalkan bagi merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah.


Datuk Seri Mustapa Mohamed yang lebih dikenali ramai dengan gelaran Tok Pa pula akan bertanding mempertahankan Parlimen Jeli di masa yang sama diberi tanggungjawab bertanding di DUN Air Lanas. 

Senario ini mengesahkan lagi yang beliau adalah calon muktamad sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya BN berjaya menewaskan PAS kelak.

Manakala Bapa Kebangkitan Bola Sepak Kelantan iaitu Presiden KAFA, Datuk Seri Annuar Musa tidak berdepan sebarang masalah untuk mengibarkan kembali panji BN di Parlimen Ketereh di samping memastikan ketiga-tiga DUN dimenangi BN.

Salah satu kerusi DUN, iaitu N25 Kok Lanas akan dipertahankan oleh Datuk Mohd Alwi Che Ahmad yang tika ini adalah Ketua Pembangkang di DUN Kelantan dan merupakan calon sesuai sebagai Timbalan MB.

Pertembungan di antara BN dan PAS di Kelantan pada PRU13 ini pastinya agak sengit di mana BN bukan sahaja dijangkakan bakal mengulangi kebangkitannya seperti yang berlaku pada PRU 11 2004, malah bersandarkan trend semasa tampak jelas BN berpeluang cerah untuk menoktahkan hayat politik PAS di negeri ini.

Kombinasi lima orang warlord Kelantan ini pastinya mampu merealisasikan misi Gelombang Merah & menukar pucuk pimpinan negeri dari PAS kepada BN. Apatah lagi tika ini majoriti rakyat Kelantan semakin muak dengan permainan politik PAS dan kegagalan pimpinan parti itu dalam mengemudi Kelantan ke tahap yang lebih baik.

Rakyat Kelantan pernah kecewa sekali pada tahun 2004 apabila usaha menobatkan Tok Pa sebagai MB gagal walau pun tika itu PAS sudah di hujung tanduk, sekarang masanya dalam PRU13 ini rakyat Kelantan telah membulatkan tekad untuk memastikan hasrat itu menjadi realiti.

Senarai penuh calon BN Kelantan.

GEMPARR !!! GOLONGAN ULAMA SOKONG UMNO !! TOLAK PARTI AJARAN SESAT

Alhamdulilah nampaknya makin ramai golongan ulama ulama menyatakan sokongan terhadap Umno..Mereka makin sedar dengan perjuangan Pas yang menyimpang jauh dari Islam..

Pas tak perlu mencanang golongan artis makin ramai menyokong Pas, sebabnya artis artis yang masuk Pas tu sebenarnya hendak cari makan dan menyucikan dosa sahaja.. sebaliknya Pas sendiri tolak golongan ulama dalam parti kononnya mahu menumpang populariti artis artis yang tak laku tu..

Akhirnya sekarang ini, makin ramai golongan Alim Ulama menyokong kepimpinan Ds Najib..




AWASI RANCANGAN JAHAT DAP !!!

WAHAI MELAYU! MUSLIM! Dengar rancangan DAP yang besar lagi jahat ini ...


Ahli DAP Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman pernah tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister yang mana mereka berikrar untuk jadikan Malaysia negara kristian dan PM kristian pertama di Malaysia.  

Berikut adalah audi ceramah tertutup yang dipercayai adalah dia You Tube. Ikuti dan sedar wahai orang Melayu dan orang Islam, tak kira bendera parti apa  anda kibar kerana setiap rakyat Malaysia perlu waspada pada agenda jahat DAP ...


Seram dan sedar tak?

Thursday 25 April 2013

#PRU13 !!! PERJUANGAN PAS SUDAH JAUH TERSASAR !!!

Perjuangan PAS yang dulu dipimpin golongan ulama, kini sudah berubah dengan keputusan penting dan dasar parti kini dipengaruhi pimpinan bukan ulama.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, mengakui parti itu tersasar, sekali gus mengecewakannya yang menyertai PAS dulu kerana mahu berjuang menegakkan negara Islam bersama ulama.

“Saya suka kepemimpinan ulama kerana saya bukan ulama. Saya mahu dipandu, dinasihat, ditunjuk jalan oleh ulama. Dulu ulama membentuk kira-kira 80 peratus kepemimpinan PAS dan 20 peratus golongan profesional seperti saya. Kini sudah terbalik, pemimpin bukan ulama 80 peratus. 

Gugur negara Islam 

“Mereka (bukan ulama) yang mempengaruhi Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang) dan Nik Aziz (Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat). Akhirnya gugurlah negara Islam, gugurlah kepemimpinan ulama, tunduklah kepada Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng,” katanya. 

Berucap pada majlis ceramah perdana isu semasa di Kampung Kubang, beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI), berkata berdasarkan pengalamannya sebagai pemimpin kanan PAS, beliau tidak yakin parti itu mampu mengotakan janji menegakkan agenda Islam. 

“Ketika saya jadi EXCO Selangor, saya mahu laksanakan peruntukan agama, antaranya mengurangkan arak di Shah Alam yang 80 peratus penduduknya Melayu Islam, nak kurangkan rumah urut, pusat judi, dangdut, kafe siber dan hotel bajet. Saya ditentang habis-habisan oleh DAP, PKR, malah pemimpin PAS sendiri.

“Bayangkan, orang PAS tidak setuju saya banteras judi dan arak. Mereka kata jangan buat lagi, tunggu sampai dapat tawan Putrajaya. Kalau di peringkat negeri pun tak dapat buat, macam mana nak buat di peringkat Pusat (Putrajaya) kerana bantahannya pasti lebih besar,” katanya. 

Mahu rakyat tolak PAS 

Katanya, beliau berasa tertipu dengan PAS dan mahu masyarakat menolak parti itu kerana bekerjasama dengan DAP dan PKR yang tidak menjamin masa depan Melayu, Islam dan institusi Raja di negara ini. 

HOT : USTAZ ASRI JEMPUT CALON KERUSI PARLIMEN PERMATANG PAUH BERDEBAT !!!


Ketika ini, debat adalah merupakan modal baru ceramah Anwar Ibrahim untuk siri jelajah kempennya yang digunakan bagi memancing undi rakyat. Motifnya ialah untuk mengambarkan kononnya pimpinan Barisan Nasional (BN) takut untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang itu.


Namun pemikiran rakyat bukanlah bodoh, kerana mereka sudah mampu menilai sendiri kredibiliti kerajaan BN melalui segala perancangan yang telah dan akan dilaksanakan dan bukan melalui perdebatan di antara pemimpin.

Apa yang paling penting ketika ini ialah, memastikan rakyat terus faham dan menerima segala pendekatan transformasi yang dijalankan oleh Perdana Menteri dengan pelbagai program transformasi

Tapi sebelum bicara soal debat dengan lebih jauh, ada baiknya Anwar selaku pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ yang banyak terpalit dengan segala macam isu moral menyahut cabaran debat yang dilontarkan oleh bekas sahabat baiknya yang juga merupakan rakannya bermain tenis.

Yang di maksudkan adalah Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan yang sebelum ini secara terbuka telah mencabar Anwar untuk berdebat mengenai isu moral Ketua Umum PKR itu.

Menurut Nallakaruppan, debat itu perlu kerana beliau tidak sabar untuk mendedahkan perkara tersebut kepada umum, apatah lagi kes saman yang difailkan oleh Anwar terhadapnya dalam isu berkenaan telah ditarik kembali.

“Anwar mahu memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat. Bagaimanapun Anwar perlu memanggil saya untuk berdebat terlebih dahulu dalam isu-isu moral melibatkan beliau.

“Saya minta beliau menetapkan tempat debat itu dan bersedia pergi biarpun pada pukul 2 pagi. Beliau tidak perlu panggil Perdana Menteri berdebat, saya sudah gelar Anwar sejak dulu, bukan hari ini,” katanya sebelum ini.

Terbaru, mantan mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin telah mempelawa Anwar untuk berdebat secara terbuka dengan pencabarnya di kerusi Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail yang juga merupakan bekas Naib Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang.

Menurut tweet Dr Asri cabaran debat tersebut bagi membicarakan mengenai isu di kawasan yang dikatakan kubu kuat Anwar itu.

Namun malangnya sehingga kini masih tiada jawapan yang diberikan oleh Anwar walaupun menurut Dr Maza wakil BN, Dr Mazlan telahpun menyatakan kesudiannya untuk berdebat.

Persoalannya beranikah Anwar menyahut cabaran tersebut atau seperti kebiasaannya memberikan seribu satu alasan sebagi helah melepaskan diri.

CABAR PAS DAN DAP BUAT SEPERTI INI !!! ADA BERANI ???

KENYATAAN AKHBAR
YM TENGKU TAN SRI DATO’ SERI AHMAD RITHAUDDEEN TENGKU ISMAIL
PENGERUSI JAWATANKUASA KHAS LEMBAGA DISIPLIN UMNO


Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin UMNO yang bermesyuarat pada hari ini telah membuat keputusan untuk memecat seramai 61 orang ahli UMNO yang telah bertanding sebagai calon bebas di kawasan pilihanraya Parlimen dan / atau Dewan Undangan Negeri berkuatkuasa serta merta selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan UMNO yang menyatakan mana-mana ahli UMNO yang bertanding sebagai calon bebas akan di pecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya. Senarai penuh mereka yang terlibat adalah seperti dilampirkan dengan kenyatan akhbar ini.


Surat-surat pemecatan keahlian yang telah ditandatangani oleh saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin telah dihantar pada hari ini juga untuk dimaklumkan secara rasmi kepada mereka yang terlibat.

Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin UMNO juga akan memanggil 3 orang lagi ahli UMNO dalam minggu ini untuk tunjuk sebab kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka kerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon yang baru lepas. Mereka ini dipanggil di bawah falsal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli UMNO (Gagal mengikut perintah-perintah Parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti).

Lembaga Disiplin UMNO sekali lagi ingin mengingatkan ahli UMNO bahawa Lembaga Disiplin telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana ahli UMNO yang melakukan kesalahan sabotaj parti di dalam waktu tempoh berkempen Pilihanraya Umum ke -13 ini. Tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil setelah bukti-bukti dan laporan daripada pemantau yang dilantik diterima dan disiasat secara terperinci.

Kenyataan Akhbar Lembaga Disiplin 22 April 2013 

Wednesday 24 April 2013

BUKTI PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK PERNAH BERPAKAT UNTUK MEMERINTAH NEGARA !!!


DALAM penamaan calon yang telah berlangsung pada Sabtu semalam kita dapat menyaksikan yang sebenarnya tiga parti pembangkang di dalam Pakatan tidak pernah berpakat dalam menentukan calon mana yang akan bertanding dalam satu-satu kawasan. Kita lihat sendiri ada dalam satu kawasan itu, PAS nak bertanding, PKR pun nak bertanding. DAP nak bertanding, PAS juga nak bertanding. Mana kesepakatan yang mereka war-warkan?

Inilah yang membuatkan Anwar semakin pening dengan telatah pemimpin PAS & DAP yang tidak pernah menghormati keputusan yang telah Anwar buat. Hadi Awang dalam satu kenyataannya juga menegaskan yang parti mereka tidak akan sesekali mengundurkan calon PAS yang telah diletakkan dikawasan yang mereka pernah menang dan sekaligus menidakkan pencalonan baru dari calon PKR. Mana tahaluf siyasi pakatan???

Mereka sekarang sedang bercelaru, semakin hampir dengan pilihanraya maka semakin banyak pula masalah yang timbul. Walaupun para pencacai mereka dibawah tidak tahu apa-apa melainkan menyokong sahaja, tapi jangan ingat mereka tidak ada hak untuk ambil tahu. Perbalahan dalaman pakatan sudah tidak dapat dibendung lagi. Masing-masing mahu mengekalkan kuasa yang ada dengan jumlah kerusi yang mereka tandingi.

PAS tetap mahukan negara Islam dan menegakkan hukum hudud. PKR tetap mahukan keadilan bagi Anwar dan seterusnya mengangkat peliwat ini menjadi Perdana Menteri. DAP pula masih utuh dengan prinsip mereka mahu menjadikan negara Malaysia ini sebagai sebuah negara republik sepertimana negara jiran Singapura.

Jadi, apakah kesepakatan yang diambil oleh pakatan untuk menunjukkan mereka tiga parti berlainan ideologi ini berada dalam kuasa Anwar? Pemimpin dalam pakatan bukanlah mahu berkhidmat untuk rakyat melainkan berebut kuasa sesama sendiri. Mereka mahu menunjukkan kepada rakyat parti manakah yang lebih berkuasa dalam pakatan yang boleh rakyat dijadikan ideologi ikutan.

Inilah rupa sebenar pakatan menjelang pilihanraya. Tahaluf siyasi yang dihebohkan tidak pernah ada melainkan hanyalah sebagai wayang opera cina bagi mengaburi mata dan hati rakyat Malaysia.

Fikir-Fikirkanlah...

HOT !!! OSTAZAH ABBY ABADI DIMALUKAN KERANA TERLALU LANTANG KUTUK ORANG.

Kelakar bila tengok Ustazah Mee Segera PAS,Abby Abadi mengutuk orang lain bercakap tanpa fakta.

Alahaiii Abby…selama ni kau cakap guna otak sangat ke?

Dalam satu kenyataan di akaun twitter milik artis berkenaan, dia sudah belasah Suhaimi Baba (lihat gambar di bawah).

Hasilnya, ramai yang belasah Abby balik sebab yang kita tahu, Abby yang selama ini selalu main lepas cakap aje,  hendak tegur orang lain.

Sudah la Abby….





MESTI BACA !!! INI ADALAH FAKTA.


Selepas peristiwa Perang Dunia II berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan pengunduran Tentera Jepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme dikalangan rakyat Tanah Melayu ketika itu amat ketara. Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini mendapat kuasa melalui Pilihan Raya yang diadakan untuk memilih kerajaan.

Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytihar menang.

Perdana Menteri Malaysia adalah ketua pemerintahan tertinggi Malaysia. Secara rasmi beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, iaitu Raja Malaysia, dan biasanya pemimpin parti politik terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat) akan dipilih
Perlembagaan Malaysia tidak mewajibkan seseorang Perdana Menteri daripada seorang bukan Bumiputera.

Perkara 43. Jemaah Menteri.
(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya 
dalam: penjalanan fungsinya. 
(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu: 
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana
Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang 
pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;
Jika PR memerintah, siapa PM Malaysia?

Pastinya jika PAS keluar dari Pakatan Pembangkang ini dan secara bersendirian berdiri untuk membentuk kerajaan, PAS secara jelas tidak mampu untuk memerintah kerana JUMLAH KERUSI YANG PAS BERTANDING TIDAK LAYAK UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN, ITUPUN JIKA MENANG SEMUA KERUSI YANG DI TANDINGI. BEGITU JUGA DENGAN PKR DAN DAP.

Jumlah kerusi yang layak untuk membentuk kerajaan, sekurangnya 1/2 daripada 222 kerisi Parlimen Malaysia atau 113 (112 + 1) kerusi Parlimen.


CUKUPLAH BERBOHONG KEPADA RAKYAT !!!