CALON DAP bakal menggunakan lambang PAS dalam pilihanrayanya kali ini kerana dikatakan ROS telah membatalkan penubuhan parti DAP pada 17 April lalu sekaligus tidak membenarkan parti rasis itu menggunakan lambang roket yang telah mereka gunakan sejak penubuhan mereka.
Hairan apabila hanya majalah-majalah fitnah pakatan yang mengeluarkan kenyataan mengatakan ROS tidak membenarkan lambang roket digunakan oleh calon parti rasis ini. Mula-mual keluar di Rocket Kini lalu disambut oleh Keadilan Daily dan seterusnya berpusar pula di Harakah. Jika benar berita yang disampaikan, kenapa tidak keluarkan sekali surat dari ROS yang tidak membenarkan penggunaan lambang roket semasa pilihanraya seperti yang pernah dilakukan dulu bila segala surat fitnah terhadap Shahrizat keluar? Mana bukti yang mengatakan ROS menghalang dalam menggunakan lambang tersebut?
Inilah sebenarnya yang merisaukan kita Melayu dan umat Islam. Sedikit demi sedikit PAS membuka ruang kepada DAP untuk benar-benar menjadikan kepimpinan PAS serta ribuan ahlinya sebagai kambing dan anjing kepada parti rasis ini. Pelik! Kenapa DAP bersungguh-sungguh mahu menggunakan lambang bulan sedangkan lambang mata dajal juga sesuai untuk mereka. Ternyata lambang bulan PAS yang kononnya mencerminkan Islam telah dicemari oleh parti bangsat rasis ini. Masih belum sedar?
Persoalan demi persoalan timbul apabila DAP masih bertegas mahu menggunakan lambang PAS untuk pilihanraya kali ini. Atas semangat tahaluf siyasi yang disemai oleh parti konon Islam ini, maka lambang yang dikatakan suci dan berunsur Islam digunakan oleh kaum dan agama lain. Bukan hendak mengeluarkan ayat rasis tetapi itulah hakikat yang perlu ditelan oleh para pentaksub PAS yang sudah dibutakan dengan janji menuju Putrajaya.
Lagi satu sebab yang lebih menguatkan parti rasis DAP mahu menggunakan lambang bulan adalah kerana pencalonan Lim Kit Siang di Gelang Patah. Bagi menarik pengundi-pengundi Melayu Islam di sana, Lim Kit Siang terpaksa menggunakan sementara lambang tersebut bagi menunjukkan yang DAP bukanlah anti Islam. Mohon jangan terpedaya. Lupakah kita siapa yang pernah menghalau kita dari Kuala Lumpur semasa 13 Mei 1969? Sejarah mungkin berulang. Dan tarikh pilihanraya amat hampir dengan tarikh berdarah tersebut. Adakah akan terjadi semula sejarah hitam tersebut? Sama-sama kita nantikan.
No comments:
Post a Comment