ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: February 2013

Thursday 28 February 2013

HOT !!! VIDEO PENARI GELEK DEKAT RUMAH MB KELANTAN !!!

Muzik kuat, pergaulan bebas, wanita dan lelaki tanpa segan-silu menari di khayalak ramai itulah yang berlaku di Pulai Melaka, di mana lokasi tersebut tidak sampai 1 kilometer dari rumah Nik Aziz dan juga Masjid Tok Guru.

Paparan video ini hanya sebahagian daripada maksiat yang berlaku di khayalak ramai, di mana sehingga kini ia masih berlaku tanpa dikenakan sebarang tindakan oleh penguatkuasa MPKB-BRI. Ini membuktikan bahawa slogan Membangun Bersama Islam yang dilaungkan oleh PAS adalah retorik politik semata-mata.

Siapa kata maksiat tiada di Kelantan dan hanya terdapat di negeri diperintah oleh BN, rakaman video di bawah membuktikan bahawa maksiat berlaku di mana-mana termasuklah berdekatan dengan rumah Nik Aziz!




Di bawah pula adalah rakaman kedua yang tersebar di dalam youtube :


Menurut laporan TukarKelantan13 :
Rakaman kedua bagi membuktikan di Kelantan terdapat 17 buah karaoke yang beroperasi mengalahkan disko di Kuala Lumpur. Lokasi yang menjadi pilihan veteran Kelantan ini terletak hanya 2.6 kilometer dari rumah Nik Aziz!

ULAMAK PAS KELAS KEDUA ???


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap ulama Pas sebagai taraf kelas kedua kerana trend pemakaian dan pemikirannya.

“Anwar suka tengok ulama pakai kot, pakai tali leher, tak payah songkok pun tak apa..itu saya rasa personaliti yang Anwar nak."
“Sebab personalitinya, dan pemikirannya yang dipengaruhi oleh pengaruh Barat. Pengaruh Yahudi dan sebagainya yang mempengaruhinya, dia merasakan Pas ini kelas kedua."
“Ulama-ulama Pas ini pun tak setanding dengan ulama-ulama yang kita tengok di Mesir, Kuwait, Qatar yang pakai kot yang pakai tali leher,” katanya dalam wawancara iFiles bertajuk “Manusia Pelbagai Wajah, Bab 2″.

Wednesday 27 February 2013

HOT !!! VIDEO RINTIHAN PERSATUAN PEMANDU KERETA SEWA JAJAHAN PASIR PUTEH !!!

Video yang dihantar merakamkan detik-detik sukar yang dilalui oleh Persatuan Kereta Sewa Jajahan Pasir Puteh ketika berhadapan dengan cubaan anak syarikat kerajaan negeri mahu merampas tapak tanah tempat mereka mencari rezeki untuk dijual kepada pihak lain.
“Saya akan tetap duduk di sini. Soal berpindah, tidak sama sekali. Jadilah macam mana sekalipun, kita tidak akan lari (dari tempat ini).
“Kalau dia datang membawa jentolak pun, kita akan tetap letak (kereta) atas jalan raya. Kita tetap akan berkeras,”kata Mat Hassan Harun, bendahari Persatuan Pemandu Teksi, Jajahan Pasir Putih.
Saksikan sendiri rakaman video tersebut.

UAI "BACK UP" NIK AZIZ ISU SAMAKAN PENERIMA BR1M SEPERTI HAIWAN !!!



Bantu salah...tak bantu pun salah...

Bila tak bagi puak-puak tak reti bersyukur ni kata kerajaan makan duit rakyat, tapi bila kerajaan beri bantuan, lain pulak ceritanya. Kata pula pada kerajaan kononnya cuba menjadikan orang yang menerima bantuan kerajaan seperti haiwan peliharaan yang pasti akan datang bila diberi "umpan".

Sekurang kurangnya kerajaan tabur rezeki hasil kecekapan mentadbir urus ekonomi negara untuk rakyat sama-sama nikmati hasil tanpa memilih fahaman politik, bukan macam pembangkang, hanya pandai tabur fitnah dan buat janji-janji kosong untuk pancing undi dan sokongan rakyat demi menjayakan cita-cita mereka ke Putrajaya.

Tetapi bagi kebanyakkan rakyat Malaysia yang mempunyai sifat bersyukur tahu bantuan tersebut banyak membantu dalam menjalani kehidupan seharian.

Fikir fikirkan


Tuesday 26 February 2013

BR1M SAMA DENGAN PEMBERIAN FIRAUN ???



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meneruskan serangan terhadap Barisan Nasional apabila menyifatkan  Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)  mirip habuan yang diberikan oleh Firaun kepada orang Mesir.

Beliau berkata dana BR1M yang diberikan adalah hak rakyat justeru kerajaan BN tidak berhak untuk menuntut nama melalui pemberian itu.

"Cerita BR1M ini bukan cerita baru, Firaun pernah bagi BR1M. Kekayaan digunakan untuk menyesatkan rakyat. Firaun berucap, 'aku sebagai raja di Mesir, air sungai yang mengalir ke kampung, ini adalah projek aku'.

"BR1M adalah hak rakyat, bukan duit BN," kata beliau ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 semalam.

VIDEO HOT : TUAN IBRAHIM AJAK ORANG ISLAM MAKI DALAM MASJID??



Politik harus bermula dari Masjid?..

Tidak dinafikan semasa Zaman pemerintahan Nabi SAW masjid bukan setakat tempat untuk menunaikan solat dan bercerita soal agama semata-mata tetapi masjid juga dijadikan tempat untuk menyampaikan khutbah dan tunjuk ajarnya tentang seluruh kehidupan sama ada ianya melibatkan urusan keagamaan, kemasyarakatn ataupun pentadbiran kerana bagi Rasulullah SAW tidak ada pemisahan di antara urusan agama dan politik.

Tapi itu zaman Rasulullah SAW kerana pada ketika itu Baginda tidak mempunyai satu tempat yang lain bagi tujuan berpolitik selain daripada masjid. Lagipun pada zaman Rasulullah SAW hanya ada 1 parti politik, tidak seperti zaman sekarang. Terdapat banyak parti politik yang pastinya akan memburukkan antara satu sama lain.

Lebih elok Masjid digunakan sebagai tempat untuk beribadah dan tempat untuk mengeratkan perpaduan di antara umat Islam kerana apabila kita membawa masuk politik ke dalam masjid pada zaman sekarang, huru-hara jadinya. Jika tidak masakan pentadbiran DAP beriya-iya nak mengadakan pilihanraya Masjid semacam PRU bagi memilih kariah masjid. Untuk apa??? Kerana nak tengok umat Islam berpecah, bukan sebab fahaman agama tetapi sebab fahaman politik.

Cuba bayangkan, penceramah PAS membincangkn perihal atau keburukkan UMNO sedangkan di dalam masjid itu juga terdapat penyokong UMNO atau sebaliknya. Tidakkah perkara itu akan mencetuskn pergaduhan sesama umat Islam di dalam Masjid? Dah la zaman sekarang ni orang yang datang ke masjid untuk berjemaah tak seberapa, jadi tak perlulah nak memburukkan keadaan lagi.

Banyak lagi tempat lain yang boleh digunakan untuk politik selain dari masjid. Tak perlulah jadi hipokrit berlagak alim memberi ceramah agama, tetapi intipati ceramah penuh dengan mengata, tanam sifat benci dan hasutan hanya untuk mencari kepentingan politik. Contoh terbaik terdapat dalam video dibawah.



Niat tidak menghalalkan cara...Janganlah terlampau taksub dengan sesuatu perkara sehingga kita sanggup menghalalkan perbuatan yang haram.

WALLAHUALLAM.


Monday 25 February 2013

PANAS !!! NIK AZIZ MESTI BERTANGGUNG JAWAB !!!


Rakyat kelantan banyak perlu bantuan untuk menyelesaikan masalah defisit. Masaalah air yang duit entah ke mana tapi air masih tidak bersih. Bantuan untuk kegiatan pertanian.

Apa salah pula bagi mereka yang perlukan bantuan BR1M untuk mengurangkan beban perbelanjaan.

Turut juga bantuan pembelaan ke atas tanah yang telah dirampas di Gua Musang. Kawasan alam sekitar yang sudah tercemar hingga susah untuk dijalankan kegiatan pertanian, sumber air bersih dan lain-lain. 




Tergamakkah kita mengibaratkan makcik-makcik ini dengan 'lembu'???
Nik aziz wajib bertanggungjawab terhadap penghinaan ini...


Semua salah Nik Aziz !! 

Walau apa alasan dan penjelasan Nik Aziz mengenai maksud kata-kata beliau...rakyat dah muak !!

Lain kali nik aziz tak perlu cakap bahasa berbunga...

Tak payah lepas cakap dan baiki apa makna apa yang beliau keluarkan...
semua sudah terlambat...
Rakyat mula tafsir pelbagai makna kerana nik aziz memang terkenal dengan mulut celuparnya !!!

Terbaru...
Kes Nik Aziz hina penerima BR1M dan samakan mereka dengan haiwan !!! 
Entah foto ibu siapa di impose jadi muka lembu???



Apakah Nik Aziz tidak kisah dengan keluarga & kanak-kanak cacat ini???

Bagaimana dengan orang-orang tua yang sebaya dengan Nik Aziz???

Sunday 24 February 2013

ANTARA PAS DAN DAP... SIAPA YANG KENA BULI ???


Lim Guan Eng memulakan semula golekan bola apabila menimbulkan isu penggunaan kalimah ALLAH dalam bible yang dianggap sudah lama selesai.
Ini gara-gara perutusan sempena hari Krismas tahun lalu apabila ia secara terbuka meminta kerajaan pusat menimbangkan penggunaan kalimah ALLAH dalam bible berbahasa Melayu. Barangkali Ketua Menteri Pulau Pinang itu terlupa kalimah ALLAH selama ini menjadi milik eksklusif umat Islam di negara ini.
Bagi umat Islam isu ini tidak harus dijadikan modal politik kerana ia akan mengundang polemik berpanjangan. Sebagai rakyat Malaysia, DAP atau Guan Eng harus faham mereka sebahagian dari parti dan rakyat yang hidup di bawah satu bumbung.
Tetapi kerana Guan Eng merupakan pemimpin penting Pakatan Rakyat, Pas dilihat tidak berani mendepaninya. Berlainan dengan ahli di peringkat akar umbi yang melahirkan rasa tidak senang mereka. Langkah pimpinan Pas membisu amat mengecewakan.
Pas sering mendakwa ia parti memperjuangkan Islam tapi dalam isu kalimah ALLAH, rakyat dapat menilai sendiri, ia tidak lebih sebagai satu retorik. Mufti Perak dalam kenyataan ringkas menganggap pihak bukan Islam tak harus menjuarai isu ini. Ia mencadangkan umat Islam mempertahankannya dari terus dicemari.
Sebenarnya isu kalimah ALLAH sudah selesai tetapi yang belum ialah kedudukan Pas selaku anggota Pakatan Rakyat. Sejak menjadi kerabat Pakatan Rakyat, Pas lebih berani mendepani Umno dari mengkritik DAP. Sehingga timbul pertanyaan sinis: apa sudah jadi dengan Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam?.

Bukan menuduh kosong jika Pas dianggap sering bernada kompromi dalam isu-isu yang turut membabitkan DAP. Perjuangan Pas di beberapa negeri membabitkan isu arak dan maksiat dilihat suam-suam kuku. Atau dengan lain kata mereka tidak bersungguh-sungguh seperti mana mereka melawan Umno.
Ironinya Pas sanggup menuduh Umno sebagai dalang dalam setiap kejadian sehingga memberi gambaran DAP lebih mulia daripada Umno.
Kita lihat sejak 2008, Pas yang menjadi regu PR adalah antara parti paling berpengaruh dalam komponen PR. Dulu ia sebuah parti yang disertai orang-orang tua. Bagi budak-budak muda, Pas tidak ada hala tuju yang jelas.
Setelah menjadi regu PR, Pas muncul parti paling popular kerana disertai 100 peratus orang Melayu beragama Islam. Kadangkala budak muda yang baru kenal politik A, B dan C pun tertarik menyokong Pas. Soal amalan serta bab ibadat dilihat kedua penting dari politik. Artis mee segera yang terpanggil berhijrah menjadikan Pas medan baru. Konon Pas boleh “mengislamkan” mereka semula setelah lama tersesat.
Demikian juga pengaruh Pas di kampus-kampus termasuk di luar negara yang berjaya menarik perhatian golongan muda. Apa yang Pas berjaya lakukan tidak berupaya dibuat PKR walaupun pemimpin utama PKR seorang yang paling karistmatik.
Justeru jika Pas ingin sendirian tanpa memikirkan sebarang risiko politik, ia mampu menjadi sebuah parti yang lebih berpengaruh. Tapi masalah pokok ialah ia tidak yakin boleh berdikari jauh sekali diterima oleh orang bukan Islam. Bagi Pas tanpa pengundi bukan Islam, usaha menawan Putrajaya sekadar satu impian kosong.
Kita lihat awal-awal lagi DAP menolak pembentukan sebuah negara Islam seperti yang diperjuangkan Pas. Pengerusi DAP secara terbuka memberi amaran pada Pas “over my dead body” jika nak buat juga. Hadi menyetujui dengan menukar perjuangan negara Islam kepada negara berkebajikan. Tersenyum lebar puak-puak DAP.
DAP menguji lagi Pas dengan isu arak di Selangor yang dijuarai Ronnie Liu, anggota Exco dari DAP. Arahan agar arak yang dirampas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dipulangkan kepada pemilik. Kita juga lihat Hassan Ali kehilangan kedudukan dan keahlian dalam Pas kerana mahu menjadi juara Islam.
DAP sudah berpuluh tahun hidup sebagai pembangkang. Ia tidak memerlukan sesiapa untuk beroleh kuasa. Pulau Pinang miliknya dan tetap menjadi miliknya untuk jangka panjang. Ia sanggup kehilangan peluang memiliki Putrajaya asalkan ia dapat menyekat Pas dari melaksanakan undang-undang Islam.

VIDEO YANG BUATKAN BLOGER PR NAIK ANGIN !!!



Hari ini pemimpin PAS , Nasrudin Tantawi  sendiri akui pencacai2 mereka di media maya banyak menghina dan mengaibkan orang yang tidak menyokong perjuangan mereka seperti terjadi kepada pakar motivasi Dr Fadzilah Kamsah. Tak reti nak berhujah , cacian & makian la modal mereka  dan dedahkan peribadi keluarga orang tu . Setakat itu la standard pencacai  cybertroopers PAS yang kononnya gah bercakap guna fakta .


Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan melahirkan kekesalan terhadap apa yang dilakukan ke atas pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.


“Biarpun kita tidak bersetuju dengan pandangan dan kritikan beliau, namun janganlah sampai menghina dan mengaibkannya sedemikian rupa, itu bukan akhlak kita berjuang,” tulis beliau di Facebooknya.

Justeru, penegasan beliau buat kesekian kalinya, khas dihulurkan kepada semua rakan-rakan pimpinan, penceramah, facebooker, blogger, websiter dari Pakatan Rakyat agar tidak membalas hujah dengan kejian dan makian atau menyerang lawan dengan memburukkan peribadi dan hal anak beranaknya.

“Kekalkan rentak menentang penyelewengan, penipuan dan fitnah lawan atau mana-mana pihak dengan hujah yang berasaskan nas, fakta dan figure,” ujarnya lagi





Saturday 23 February 2013

ISU KALIMAH ALLAH - FUZIAH VS HARUN.


Kesian ulama PAS dalam Majlis Syura ..Bukan saja dihina & diperlekehkan oleh DAP , Melayu dalam PKR yang bertudung seperti Fuziah Salleh pun sama .  Fuziah sudah tak ambil kira bab akidah & agama walaupun menampilkan imej muslimah , janji sokongan Kristian kepada Pakatan banyak bagi menumbangkan kerajaan UMNO /BN .ongkol dengan puak2 yang sanggup syirik kepada Allah ini ..


Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib menyelar kenyataan Naib Presiden PKR Fuziah Salleh yang mahu terjemahan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible versi Bahasa Melayu sambil menyifatkan parti itu 'sama taraf' dengan DAP tentang pengetahuan agama dan akidah.

Dengan nada tegas, Harun sekali lagi meminta PKR dan DAP agar menghormati ketetapan dibuat Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu yang memutuskan kalimah Allah tidak dibenarkan kepada penganut agama lain termasuk dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Badan tertinggi PAS itu juga menetapkan menterjemah kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna serta tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan nyata, sekali gus perlu dicegah.

Bagaimanapun Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata Pakatan Rakyat sudah bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya PAS yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura Ulama yang diketuai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kita sudah kata tak boleh (guna kalimah Allah), macam apa diputuskan Majlis Syura Ulama...tak perlu untuk kita ulang banyak kali kepada PKR dan DAP, Majlis Syura Ulama dah tetapkan macam itu ikut sahaja."

"PKR dan DAP serupa dan lebih kurang sama, (tidak arif) fahaman tentang akidah. Saya tak mahu komen banyak, saya tak mahu nasihat apa-apa...saya nak ingatkan (PKR dan DAP) jangan ganggu keputusan dibuat Majlis Syura Ulama," kata Harun kepada Antarapos.

Beliau diminta mengulas Fuziah yang menolak pendirian entiti tertinggi PAS itu selain turut menyokong desakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng agar penganut Kristian di Semenanjung dibenarkan menggunakan Bible versi Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.

Menurut Fuziah, adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah.



Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Islam  asalkan tidak menghina Islam.   
Beliau berkata ketetapan itu berpandukan kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Setakat ini Abdul Hadi belum mengemukakan pendirian Majlis Syura Ulama itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.  
Karpal mahu Majlis Syura Ulama mengkaji semula keputusannya supaya selari dengan pendirian Pakatan.- ANTARA POS



GEMPAR !!! RAKYAT MALAYSIA TERUTAMANYA BANGSA MELAYU MESTI BACA !!!


Kalau benar la apa yang terkandung dalam  risalah ini mengenai rancangan jahat DAP bila berjaya tawan Putrajaya bersama PKR dan PAS, orang Melayu harus sedar akan bahayanya undi PAKATAN HARAM di PRU13 ini.

Risalah ini bukan disebarkan blogger Umno tetapi blog macai Pakatan sendiri .

Belum tawan putrajaya pun sekarang mereka dah tunjuk belang dengan pelbagai  penghinaan mereka terhadap Melayu dan agama Islam, tak tahu la apa akan  jadi bila dah berkuasa nanti.

Maaf... Saya bukan rasis, hanya sekadar ingat mengingati sesama bangsa demi pertahan dan martabatkan agama, bangsa dan tanah air kita.

INGAT !!!
1 undi kepada PAKATAN HARAM membawa kehancuran orang Melayu dan Islam..

Friday 22 February 2013

GULA-GULA RAKYAT ???




BR1M, TR1MA, PR1MA, KAR1SMA, S1MKAD, BS1M, BL1M dan pelbagai lagi yang dikatakan oleh puak pakatan sebagai gula-gula rakyat dalam menghadapi pilihanraya tidak lama lagi. Semakin hampir dengan pilihanraya, semakin banyak pula gula-gula yang ditabur oleh BN kepada rakyat.

Itulah antara kedengkian yang terserlah pada muka-muka puak pakatan. Siapa yang lebih banyak ambil bantuan rakyat seperti ini kalau bukan dari puak pakatan sendiri? Kenapa mereka ambil juga bantuan BN tersebut tapi lepas terima, jenuh dijajanya keliling kampung yang duit BN HARAM, RASUAH POLITIK!!

Mentaliti para puak pakatan yang selama ini terlebih makan dedak taburan pemimpin pakatan. 


MANIFESTO BUKAN JANJI BAGI PAKATAN RAKYAT

MUDAHNYA PAKATAN RAKYAT MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN JANJI-JANJI PALSU
Habis tu yang pakatan bagi janji 'Turun Harga Kereta', 'Turun Harga Minyak', 'Mansuh PTPTN', dan bermacam-macam lagi janji mereka JIKA menang PRU13 ini. Adakah itu bukan gula-gula yang ditabur kepada rakyat untuk memenangi PRU???

Harus kita ingat ayat paling mahal pemimpin PR bernama Khalid Ibrahim kepada rakyat Selangor   ialah
 " Manifesto Bukan  Janji ".
HE HE HE .....
INILAH DIKATAKAN...... 
"JANJI DITEPATI VS JANJI KOSONG"

NIK AZIZ PENYEBAB ISLAM DIHINA!!!


Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Ogos 2009, tiga tahun dulu secara terbuka telah memberi lampu hijau kepada para pemimpin DAP untuk menghina Islam dengan alasan mereka yang berbuat demikian itu tidak beragama Islam.

Menurut Nik Aziz, "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," demikian katanya ketika mempertahankan tingkah laku dan tutur kata lancang pemimpin DAP yang semakin kerap mempersendakan dan menghina Islam.

Pandangan Nik Aziz itu sebetulnya memang agak semberono mungkin kerana terlampau taksub pada kepartian dan terlebih-lebih mempolitikkan agama untuk kepentingan puak sendiri.


Mungkin juga kerana teruja dengan kenyataan Menteri besar Kelantan itulah maka pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham dengan sengaja mengeluarkan kenyataan menghina termasuklah mempersenda kesungguhan umat Islam memprotes filem Innocence of Muslims.

Manakala para pemimpin bukan Islam dari DAP dan PKR pula semakin berani bersyarah di ruang solat utama orang Islam.

Ahli kariah pula yang termanggu-manggu mendongak kepala kepada si kafir sambil mendengar si politikus non muslim bertazkirah.

Yang JAKIM keluarkan fatwa cuma membenarkan non muslim melawat dalam masjid dan surau sahaja, tapi dapat pada PAS, terus mereka beri izin untuk pemimpin politik non muslim memberi tazkirah lagak macam ustaz, tok imam dan tok khatib pula.

Cuma peliknya, dalam isu hudud PAS apabila sahaja Presiden MCA, Chua Soi Lek tiba-tiba sahaja mencuit sambil mengkritik hudud PAS bakal menyebabkan kesan buruk pada 1.2 juta orang, terus sahaja penyokong dan pemimpin PR naik angin satu badan.

Mereka lupa, Soi Lek bukannnya seorang yang beragama Islam dan jika mengikut pandangan semberono yang dipegang oleh Nik Aziz, maknanya Soi Lek tidakpun bersalah.

Bukankah Nik Aziz pada 12 Ogos 2009 dulu telah memberi lesen besar kepada DAP dan orang bukan Islam untuk menghina Islam atas alasan mereka bukannya beragama Islam ???

Jika kenyataan Soi Lek berkenaan hudud PAS dianggap menghina hukum hudud dan menghina Islam, secara mantiknya ianya boleh dianggap berlaku selepas mendapat kebenaran dari Nik Aziz.

Lampu hijau untuk DAP menghina Islam sama juga maksudnya seperti membenarkan Chua Soi Lek mengkritik hudud PAS, kerana baik pemimpin DAP mahupun MCA, kedua-duanya bukan Islam.

Kini pandangan Nik Aziz itu menjadi boomerang tepat ke dahi Nik Aziz serta pemimpin dan penyokong PAS yang sebelum ini kelam kabut berdemo sana sini membantah kenyataan Chua Soi Lek. 



Pikir dan nilaikanlah sendiri...

Thursday 21 February 2013

NIK AZIZ SAMAKAN PENERIMA "BR1M" DENGAN HAIWAN !!!

Astaghfirullah....

Terkejut beruk bila saya baca petikan akhbar tempatan hari ini berkenaan kenyataan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan orang ramai yang menerima bantuan "BR1M" adalah sama seperti binatang yang pasti datang bila diberi "umpan".

Nik Aziz yang sememangnya dikenali sebagai "ulamak" dan dipanggil "Tok Guru" dikalangan penyokong PAS sepatutnya  tidak bercakap begitu kerana dikalangan orang ramai yang menerima bantuan "BR1M" juga adalah sebahagiannya penyokong dan ahli PAS. Lain lah jika Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS keluarkan "FATWA" haram bagi penyokong dan ahli PAS menerima bantuan "BR1M" dari kerajaan pusat pimpinan UMNO.


Kalau penerima "BR1M" disamakan dengan haiwan, apa hal pula dengan gambar disebelah ni ??? Atau ia memang "halal" kerana niat PAS adalah sedekah???





Dan ini apa citer pula???

hehehe berat wehhhHHH !! ada yang malu ada yang tak tau nak sorok kat mana muka..dulu masa mula-mula BR1M di lancarkan puok ni lah dok hasut orang kampung jangan gi ambik..emmm malu la weyyy..ludah doh jatuh atas muka sendiri !!!




Sungguh hinanya Kamu meneirima Rezeki yang Allah Beri Sampai Digelarkan Binatang
Ingat Semua Penerima BR1M,Kamu Semua Adalah Binatang!!
Binatang!!
Binatang!!
PRU13 Jangan lah kita beri undi kepada orang yang samakan kita macam Binatang Disebabkan menerima Rezeki yang Allah Taala Berikan.

HOT !!! OSTAZAH ABBY BUAT HAL LAGI !!!





Bila dibaca tweet Ostazah Mee Segera  kebanggaan PAS ini , memang meroyan tahap gaban la si Abby ni .  Bila orang hantam dia pasal nak sembahyang Altantuya ,  dia "koner baring" pulak bagi signal untuk rewind balik kes Altantuya basi  ini .

Agak-agaknya, lepas ni siapa pula yang Ostazah Mee Segera PAS ni nak mimpi ye ???

Wednesday 20 February 2013

PANAS !!! MANISFESTO BARU PR!!!


Amboi dengar ayat bukan main hebat ... MAJLIS PRESIDEN PAKATAN RAKYAT dah bagi "green light" untuk  manifesto Pakatan Harapan Rakyat di PRU13 .

Apa dia Majlis Presiden Pakatan  ni ???  Nak buat negara ini Republik, bila tawan Putrajaya dan Anwar jadi Presiden ???


Harus kita ingat ayat paling mahal pemimpin PR bernama Khalid Ibrahim kepada rakyat Selangor   ialah   " Manifesto Bukan  Janji ".


Manifesto  PR yang kononnya nanti angkat permasalahan rakyat sebenarnya adalah untuk menipu rakyat untuk mereka berkuasa !!!    

Bagi mereka yang penting tawan Putrajaya dulu , setakat janji itu semua tak perlu dibuat pun tak apa .

Kalau dah tahu manifesto Pakatan ini bukan janji dan tak perlu buat pun boleh...buat apa nak sokong lagi...???

Undi BN & sokong Najib memang sah akan ditunaikan janji seperti dibuat dalam Bajet 2012 & 2013 .

HOT !!! BO LA WEIII... INSAF & SEDAR ETEK GAKKK !!!.




Bo La Weiii Undi PAS....
Bo La Weiii Nik Aziz jadi MB...

TUKAR la pula...

Tuesday 19 February 2013

BAGAIKAN ADA AGENDA TERSEMBUNYI PAS DISEBALIK PEMECATAN USTAZ NASHA!!!


Jangkaan ramai ada sesuatu yang tidak kena di sebalik pemecatan Ustaz Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura PAS ternyata benar apabila surat pemberitahuan hanya diposkan kepada bekas Timbalan Presiden PAS itu pada 30 Januari 2013 dan diterimanya pada 6 Februari 2013.

PAS mengumumkan pemecatan itu pada 26 Januari 2013 melalui kenyataan media oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Nik Salleh yang menyatakan Ustaz Nasharudin telah dipecat sebagai ahli Majlis Syura semasa badan tertinggi PAS itu bermesyuarat pada 13 Januari 2013.

Jika kenyataan Nik Zawawi betul bermakna perjalanan parti itu ternyata agak bercelaru dan tidak terurus kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyampaikan keputusan parti kepada ahlinya. 

Entah apa jenis kelayakan yang diambil kira sebelum Nik Zawawi dilantik sebagai Setiausaha, langsung tidak efisien kerja buatnya. Bukannya beribu keping surat yang perlu dihantar, hanya sekeping sahaja itu pun berminggu-minggu mengambil masa.

Sehari dua sebelum pemecatan itu diumumkan, kelibat Ustaz Nasharudin dilihat menyertai rombongan bersama Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di Gaza, Palestin telah menimbulkan kecurigaan dan rasa tidak senang di kalangan pemimpin PAS.

Dilihat kronologi yang berlaku dalam tempoh itu, memang jelas kelihatan ada sesuatu yang tidak kena. Bak kata pepatah ada udang di sebalik batu. Pemecatan itu dilakukan memang disebabkan adanya agenda tersembunyi dan alasan kononnya Ustaz Nasharudin 'kerap tidak datang mesyuarat' hanyalah bertujuan untuk mengabui mata khalayak sahaja.

Tambahan pula Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat selaku Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS yang sering kali ponteng mesyuarat dan kalau datang pun kerap pulang awal, tidak pula dipecat walau sepatutnya sudah lama diambil tindakan berikutan ketidakberkesanan pimpinannya.

Tak mustahil hakikat sebenarnya pemecatan itu dilakukan secara tergesa-gesa dan tidak pun dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013, sebaliknya ia hanya diputuskan melalui perbincangan tidak rasmi antara pimpinan PAS selepas gambar Ustaz Nasharudin dan PM di Palestin disiarkan media perdana.

Walau apa senario sekalipun, tatacara pemecatan keanggotaan Ustaz Nasharudin dalam Majlis Syura Ulama PAS itu sendiri tidak menepati prosedurnya apabila Ahli Parlimen PAS Bachok itu tidak dipanggil untuk membela diri atau setidak-tidaknya diberi surat tunjuk sebab.

Jelas sekali ia satu bentuk kezaliman dan amat tidak Islamik, amat bertentangan sekali dengan seruan keadilan yang sering diwar-warkan parti itu di pentas-pentas ceramah politik. 

Lebih sedekad lalu apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO disebabkan masalah moral, ramai pemimpin dan penyokong PAS tampil mempersoalkan pemecatan tersebut yang dikatakan zalim dan tidak Islamik.

Walhal tindakan pemecatan itu tidak pun dilakukan secara semberono tanpa usul periksa sebaliknya Anwar telah diberi peluang untuk membela diri dalam Majlis Tertinggi UMNO malah tidak dihalang melantik pasukan guaman sendiri bagi menghadapi perbicaraan di Mahkamah.

Sekarang terbukti PAS adalah sebenar-benarnya parti yang zalim dan tidak Islamik serta telah bertindak secara kuku besi. Memang jelas PAS telah menzalimi Ustaz Nasharudin dan ianya berlaku hanya selang setahun selepas bekas Naib Presiden PAS, Dr Hasan Ali dipecat tanpa bicara dari parti itu.

Belum memerintah negara sudah terbiasa dengan kelakuan buruk dan asyik menzalimi orang lain, andai diberi peluang memerintah negara tidak sukar dibayangkan kezaliman yang bakal PAS laksanakan terhadap pihak lain yang tidak sealiran dengannya.