Hari ini pemimpin PAS , Nasrudin Tantawi sendiri akui pencacai2 mereka di media maya banyak menghina dan mengaibkan orang yang tidak menyokong perjuangan mereka seperti terjadi kepada pakar motivasi Dr Fadzilah Kamsah. Tak reti nak berhujah , cacian & makian la modal mereka dan dedahkan peribadi keluarga orang tu . Setakat itu la standard pencacai cybertroopers PAS yang kononnya gah bercakap guna fakta .
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan melahirkan kekesalan terhadap apa yang dilakukan ke atas pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.
“Biarpun kita tidak bersetuju dengan pandangan dan kritikan beliau, namun janganlah sampai menghina dan mengaibkannya sedemikian rupa, itu bukan akhlak kita berjuang,” tulis beliau di Facebooknya.
Justeru, penegasan beliau buat kesekian kalinya, khas dihulurkan kepada semua rakan-rakan pimpinan, penceramah, facebooker, blogger, websiter dari Pakatan Rakyat agar tidak membalas hujah dengan kejian dan makian atau menyerang lawan dengan memburukkan peribadi dan hal anak beranaknya.
“Kekalkan rentak menentang penyelewengan, penipuan dan fitnah lawan atau mana-mana pihak dengan hujah yang berasaskan nas, fakta dan figure,” ujarnya lagi
No comments:
Post a Comment