ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SPR AKAN DILETAKKAN DI BAWAH SATU JAWANTANKUASA PARLIMEN.

Wednesday, 5 June 2013

SPR AKAN DILETAKKAN DI BAWAH SATU JAWANTANKUASA PARLIMEN.

Suruhanjaya-Pilihan-Raya-Malaysia


KEPUTUSAN Perdana Menteri untuk meletakkan SPR dibawah satu Jawatankuasa Parlimen yang dianggotai ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, memang satu keputusan yang tepat.  Walaupun ada ahli parlimen pembangkang dalam jawatankuasa itu, tapi sebagai parti dengan majoriti paling banyak, BN akan mempunyai lebih wakil.

Sokongan ini kita perlu buat sebab sudah ada elemen-elemen pembangkang sudah mencemari ketelusan dan kebebasan SPR sehinggakan badan itu tidak lagi dilihat bebas dan tidak berpihak.

Kita tak dengar masalahnya pada Pengerusi SPR dan kakitangan tetap dibawahnya yang lain. Yang sering cetus masalah ini ialah kakitangan sementara SPR yang diambil bertugas pada hari pengundian.

Keputusan melantik kakitangan sementara SPR dari kalangan guru-guru sekolah ini perlu dihentikan sebab mereka ini banyak kali cetus masalah dan rasa tidak puas hati di kalangan calon bertanding, waima pengundi sendiri pun dalam pilihanraya umum yang lepas.  Apatah lagi bukan rahsia kalangan guru-guru ini adalah pro pembangkang.

Rungutan seperti cuba melambat-lambatkan proses pengundian, kesilapan semasa proses pendaftaran pengundi pada hari pengundian, tidak menggoncang botol dakwat kekal sehingga mudah hilang dan sebagainya adalah antara kesilapan yang kita kesan berlaku di kalangan kakitangan sementara SPR ini.

Malah lebih teruk lagi, ada juga antara mereka yang berkempen secara halus untuk pembangkang semasa hari pengundian.  Kes-kes ini telah dikesan dan dilaporkan, cuma menunggu tindakan dari SPR saja.

Cadangan di masa hadapan agar SPR mengiklankan jawatan untuk kakitangan sementara ini dan tidak sewenang-wenangnya melantik guru sekolah sebagai kakitangan mereka. Kalau nak lantik kakitangan kerajaan sekalipun, kita suka cadangkan agar perlantikan tersebut di buat di kalangan kakitangan KEMAS, BTN dan sebagainya. Mereka ini lebih bebas dari politik kepartian, tak macam guru-guru sekolah, terutama guru sekolah jenis kebangsaan.

Harapannya, Jawatankuasa Parlimen terbabit dapat bersihkan SPR dari elemen kepartian, terutama pembangkang.  Begitu juga perbaiki proses pemilihan kakitangan sementara ini kerana mereka paling banyak timbulkan masalah kepada imej dan kredebiliti SPR sebagai badan yang bebas dan berkecuali.

No comments:

Post a Comment