ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw

Thursday, 27 June 2013

PRK DUN KUALA BESUT DALAM TEMPOH 60 HARI !!!


Belum pun genap dua bulan PRU-13 selesai, politik tanahair sudah membahang semula kehangatannya bila mana berlakunya kekosongan di DUN Kuala Besut, Terengganu berikutan kematian penyandangnya dari BN. Penyandangnya, Dr Abdul Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), akibat kanser paru-paru.

SPR selaku badan rasmi pengendali pilihan raya sudah pun mengeluarkan kenyataan rasmi akan ada PRK di DUN terbabit dan tarikh muktamad bila hari pencalonan dan bila tarikh pengundiannya akan diputuskan dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih menunggu maklumat rasmi berhubung kekosongan kerusi tersebut untuk mengadakan mesyuarat khas sekaligus menetapkan tarikh PRK.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, selepas menerima makluman rasmi daripada Speaker Dun Terengganu dan selepas itu baru SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi bila mesyuarat khas akan diadakan.

"Mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri, Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Speaker Dun Terengganu, Mohd Zubir Embong akan menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi Dun Kuala Besut kepada SPR untuk tindakan lanjut.

Sementara itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan "kekosongan" kerusi Dun Kuala Besut akan memberi berita gembira kepada PR ekoran penyandangnya meninggal dunia, hari ini.

Menurutnya, pilihan raya kecil (PRK) memberi peluang yang selesa kepada PR kerana BN hanya memperolehi kelebihan dua kerusi membentuk kerajaan Terengganu.

"Saya anggap PRK kali ini kritikal kerana majoriti yang diperolehi Umno pada kerusi tersebut agak memberangsangkan."

"Bagaimanapun situasi ini tetap memberi peluang yang baik untuk Pas menempah tempah pada kekosongan itu, PR akan sokong calon yang akan diletakkan Pas," katanya pada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, 10.18 pagi tadi.

Pada PRU13 5 Mei lepas, Abdul Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon Pas Napisah Ismail. Abdul Rahman mendapat 8,809 undi berbanding Napisah, 6,375 undi.

Dalam pada itu, ketika ditanya media mengenai kenyataan beliau itu dilihat tidak menghormati sensitiviti keluarga Allahyarham, Anwar berkata,  situasi itu satu yang realiti dan perlu difahami semua pihak.

"Ini perkara betul, saya ucapkan takziah kepada keluarga beliau atas pemergian beliau dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat."

"Yang keduanya, kita juga perlu merujuk kepada kekosongan itu. Saya percaya Pas akan bermesyuarat mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat,"



No comments:

Post a Comment