ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: CINTA TIGA SEGI PAS-PKR-DAP

Thursday 27 September 2012

CINTA TIGA SEGI PAS-PKR-DAP




Sekiranya ditakdirkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri , adakah beliau akan menghalalkan protes jalanan? Adakah beliau akan membenarkan rakyat memberontak sehingga melumpuhkan ekonomi negara?
Sudah pasti , bila sahaja beliau menerajui negara ini beliau akan turut meggunakan pendekatan yang sama ( seperti kerajaan sekarang ) malah mungkin lebih teruk terhadap golongan – golongan pemprotes jalanan.
Anwar Ibrahim merupakan seorang yang cetek pemikirannya, bukan seorang pemimpin yang unggul dan bukan juga pejuang tulin. Sehingga kini apa yang jelas, perjuangan beliau hanyalah bersifat peribadi. Anwar Ibrahim hanya ada cita-cita, iaitu untuk menjadi Perdana Menteri. Nafsu serakah menguasai pemikiran beliau, tiada yang penting daripada cita-cita tersebut walaupun terpaksa meggadai negara ini dan menjual kaum sendiri.
Ternyata dalam cinta tiga segi PAS-PKR-DAP, parti yang paling rugi adalah PAS. Semua tahu matlamat utama PAS adalah menubuhkan sebuah negara islam. Dan , jika diizinkan Allah mereka ini menang dan dapat menubuhkan kerajaan, apa mungkin DAP akan menurut kemahuan PAS untuk menubuhkan sebuah negara islam?
Bak kata Karpal Singh “ Langkah mayat saya dulu “. Betullah kata orang juga , bila tengah “ BERCINTA “, Kentut pun bau wangi !! Anwar Ibrahim dalam apa cara sekali pun akan memastikan “ Kentut “ DAP sentiasa wangi bagi PAS. Pakatan rakyat bimbang beliau tidak boleh berpecah, kerana bila berpecah maka berkecailah cita-cita menjadi Perdana Menteri.
Namun dalam kisah cinta “ THE THREE BEAST “ ini sudah pasti ada pihak yang paling beruntung. Tidak lain dan tidak bukan sudah tentunya DAP. Dalam setiap protes jalanan yang diadakan tanpa perlu menggerakkan jenteranya. DAP telah berjaya menggerakkan hampir beribu-ribu macai untuk “ berjuang “ bagi kepentingannya, paling menarik macai-macai DAP ini semuanya orang PAS dan PKR. Sikap “ YES BOSS ! “ PAS inilah yang sebenarnya menjadi kesukaan DAP .
Namun sampai bila? Bak kata perpatah” Habis Madu, Sepah di buang ! “ . DAP hanya menunggu masa untuk menghancurkan PAS. Setelah matlamat dan cita-citanya tercapai, PAS akan diludah, diterajang keluar dari Pakatan Rakyat oleh cintanya DAP.
Tapi dalam semua ini, siapa yang benar-benar rugi?
Fikir-fikirkanlah…..

No comments:

Post a Comment