ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Wednesday, 29 January 2014

SEBARKAN !!! BANTU @pdrm BURU TIGA PENJENAYAH !!!



SLIM RIVER – Pihak polis sedang  giat memburu tiga penjenayah yang dipercayai bersembunyi dalam satu kawasan hutan berdekatan Plaza Tol Behrang, dekat sini, selepas melepaskan beberapa das tembakan dalam satu kejadian, kelmarin.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, semua suspek yang disifatkan berbahaya kerana mempunyai senjata api itu, meninggalkan kenderaan pacuan empat roda jenis Audi Q7 di Kilometer 379.1 Lebuhraya Utara Selatan sebelum melarikan diri ke hutan itu, kira-kira jam 7.40 petang selepas dikejar polis.

Suspek tiba-tiba  buat pusingan U

Menurutnya, tindakan kumpulan itu yang secara tiba-tiba membuat pusingan U setelah terperangkap dalam kesesakan lebuh raya berhampiran Tol Slim River mendatangkan rasa curiga sebelum polis mengejar kenderaan tersebut.

“Bagaimanapun suspek melepaskan tembakan ke arah polis sebelum meninggalkan kenderaan mereka dan melarikan diri ke hutan berhampiran."

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu, kita menemui beberapa barangan kes termasuk lima bilah parang, alat pemotong, topeng muka dan dadah dipercayai syabu,” katanya pada sidang media, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Dupeti Superintendan R Supramaniam dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah Tanjung Malim, Asisten Superintendan Sila Kadong.

Difahamkan, kumpulan berkenaan cuba melarikan diri ke negeri ini setelah melakukan dua jenayah samun di Rawang, Selangor.

Sebelum kejadian, kumpulan itu cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya berhampiran IPD Tanjung Malim sebelum melanggar sebuah motosikal polis yang berada di bahu jalan.

Mohd Dzuraidi berkata, berdasarkan siasatan awal, polis percaya kumpulan berkenaan ada kaitan dengan beberapa kes samun di Taiping, Kerian dan Ipoh.

“Kenderaan yang ditinggalkan itu juga kita syaki kereta samun yang berlaku di Taiping,” katanya.

Ops kesan dilancar

Hasil Ops Kesan yang digerakkan sejak semalam menemukan polis kepada beberapa barangan seperti topi, kunci dan duit kira-kira dua kilometer dari laluan utama, dipercayai milik suspek.

Mohd Dzuraidi berkata, pihaknya percaya, kesemua suspek berada dalam jarak antara lima hingga 10 kilometer di kawasan hutan itu.

“Kita gerakkan 60 anggota dalam operasi ini dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Gerakan perlu dilakukan segera kerana kita percaya suspek berbahaya. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalty lebih berat) 1971,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut meminta seorang individu dikenali Mohammad Hanifah Abu Bakar dari Kuala Kangsar tampil bagi membantu siasatan  polis berhubung kejadian itu.
SH

DUA BERADIK TERLAMPAU !!! KHALWAT DENGAN 5 LELAKI !!!



KUALA TERENGGANU - Tidak pernah serik! Dua beradik yang sebelum ini pernah ditangkap berkhalwat bersama lima lelaki di dalam sebuah bilik hotel sekali lagi dicekup penguat kuasa selepas didapati tinggal sebumbung dengan seorang peniaga, kelmarin.

Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral dua beradik yang masing-masing berusia 15 dan 18 tahun itu menerima padah apabila diarahkan menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas dua beradik berkenaan  mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Dua beradik itu bersama seorang lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai peniaga mengaku bersalah melakukan khalwat di dalam sebuah rumah di Kondo Rakyat, di sini, 27 Januari lalu.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai dan anggota membuat serbuan di rumah berkenaan kira-kira jam 10.45 pagi.

Ketika sampai, pintu rumah serta tingkap berkunci sebelum dibuka seorang lelaki dan hasil pemeriksaan, mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram.

Sebelum ini, satu waran tangkap dikeluarkan mahkamah bagi menahan dua beradik itu selepas keduanya gagal hadir ke mahkamah.

Kedua mereka sebelum ini turut didakwa melakukan khalwat bersama lima lelaki berusia antara 19 hingga 22 tahun di dalam sebuah bilik hotel, di sini, kira-kira jam 2.30 pagi pada 7 Jun 2013.

Bagi setiap pertuduhan, Kamalruazmi mengarahkan dua beradik berkenaan menjalani hukuman enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor, bagaimanapun beliau membenarkan hukuman itu berjalan serentak.

Dua rakan lelaki tertuduh masing-masing berusia 19 dan 21 tahun sudah pun menjalani hukuman sementara satu waran tangkap dikeluarkan terhadap tiga lagi tertuduh selepas gagal hadir ke mahkamah.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan Terengganu.
SH

APA MOTIF SEBENAR ANWAR BERTANDING DI KAJANG ??? (VIDEO INSIDE)



Semua orang sudah tahu, Khalid Ibrahim sudah umumkan Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi N25, DUN Kajang dalam satu sidang akhbar pada jam 11.00 pagi, 28 Januari 2014 di Ibu Pejabat Keadilan. Mengikut syarat, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Anwar Ibrahim layak untuk menjadi Menteri Besar gantikan Khalid Ibrahim. Apakah itu sebenarnya yang dimahukan oleh Anwar Ibrahim?

Sudah tentu ianya dianggap "gila" seperti mana yang tulis oleh Azmin Ali dalam Twitternya "Zaman Kegilaan" pada jam 12.24 tengahari, 28 Januari 2014.

Pengerusi PKR Negeri Selangor adalah Azmin Ali, mengapa Khalid Ibrahim yang dibiarkan untuk umumkan calon di DUN Kajang?

Kenapa ADUN Kajang yang perlu meletak jawatan? Kawasan Kajang adalah kawasan yang paling ideal untuk penyatuan rakyat di Selangor. Ada komposisi 48% Melayu, Cina 40% dan India 10%. Di Kajang ada Kolej New Era, simbolik kekuatan Dong Zhong. Di Kajang, ada tiga gereja besar. Di Kajang ada projek RM1.8 bilion yang dibangunkan Metro Kajang Holdings Bhd di Kajang 2 Township.

Andai kata Anwar sudah menang. Nama Anwar akan dicadang untuk menjadi MB Selangor.

Apa kata jika Sultan Selangor tidak perkenan Anwar Ibrahim untuk menjadi MB Selangor?

Apakah ada krisis yang lebih besar berlaku selepas itu? Kajang akan menjadi tempat untuk berkumpulnya semangat anti institusi raja di Selangor.

Cuba baca blog Kit Siang, setiap hari dia sebut pasal 13 Mei.

Cuba baca Malaysian Insider, setiap hari mereka perjuang isu kristian. Sudah ada pihak yg seru rakyat agar jangan dengar titah Sultan & Agong. Siapa sebenarnya yg mahu 13 Mei? Siapa yg baling molokov cocktail di gereja?

Tahukah anda di Sabah, pihak Kristian sudah digunakan war cry Kadazan Dusun Murut iaitu "mamangkis" bagi mengisytiharkan perang secara terbuka pada Islam.

Apakah sudah terpadam cita cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Apakah ini sebenarnya maksud "konsensus nasional" yang dimahukan oleh Anwar?

Gaji MB Selangor RM29,250 berbanding gaji PM iaitu RM22,827. Patutlah Anwar hendak sangat jadi MB Selangor.



VIDEO : BALASAN KEPADA PENUNGGANG MOTOSIKAL YANG SUKAMENUNJUK-NUNJUK !!!

VIDEO: Balasan Penunggang Motosikal 'Poyo'

KAMI yakin gelagat menunjuk-nunjuk kehebatan sama ada oleh pengguna jalan raya sudah biasa dilihat.

Kadang-kadang, mungkin terlintas dalam hati kita untuk berkata, “Nanti ‘kena’ baru padan muka!”


Mungkin apa yang berlaku menerusi video ini dapat dijadikan pengajaran bersama supaya menjaga kelakuan di jalan raya.

Dek kerana hendak menunjuk kehebatan terhadap seorang pemandu kereta, tak pasal-pasal penunggang motosikal ini tergolek atas jalan dan hampir dilanggar oleh pemandu tersebut.

Tuesday, 28 January 2014

JOM SAMA-SAMA KITA MENGIMARAHKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL !!!


Assalamualaikum
Bersempena dengan Bulan Kelahiran Nabi Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. marilah kita mengimarahkan Majlis-majlis Sambutan Maulidul Rasul.

Ayuh Muslimin dan Muslimat...

Sama-sama kita hadir beramai-ramai ke Majlis PERARAKAN PERPADUAN KELANTAN BERSELAWAT , di Padang Perdana, Kota Bharu pada SABTU, 1 Febuari 2014 bagi mengimarahkan lagi program ini.

Ketepikan seketika fahaman politik kepartian dan sama-sama kita isi sedikit masa berselawat memuji Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Marilah sama-sama kita amalkan sentiasa berselawat dan salam keatas junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah SAW, kaum keluarga Baginda, para sahabat serta pengikut-pengikut sahabat Baginda dari masa ke semasa hinggalah ke hari kiamat. 

Salam Hormat, Salam Berkat.

EMPAT PENYENAYAH MEROMPAK DAN BAKAR VAN SYARIKAT KESELAMATAN !!!


Kuala Selangor: Empat penjenayah melarikan wang tunai RM3.3 juta daripada sebuah van keselamatan di sebuah stesen minyak di Ijok di sini, kira-kira 10 pagi tadi.

Sumber polis berkata, difahamkan, kejadian berlaku apabila sebuah van syarikat keselamatan berhenti di stesen minyak itu untuk memindahkan wang tunai ke ATM.

“Sebaik kenderaan itu berhenti, keempat-empat suspek yang sudah menunggu di stesen minyak berkenaan terus menyerbu dan melarikan van terbabit dengan membawa bersama empat pengawal keselamatan.

“Kenderaan itu dilarikan kira-kira 1 kilometer ke sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Makmur,” katanya.

Menurut sumber, sebaik tiba di ladang kelapa sawit itu, empat penjenayah terbabit mula memindahkan sembilan beg berisi wang itu ke sebuah van lain sebelum membakar van syarikat keselamatan itu.

Kesemua pengawal keselamatan terbabit ditinggalkan bersama van yang terbakar, katanya.

Katanya, dua daripada empat pengawal keselamatan mengalami kecederaan melecur pada anggota badan dan sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
HM

PEMUDA PAS MINTA ADUN KAJANG KEMUKAKAN SURAT TUNJUK SEBAB !!!


KUALA LUMPUR 28 Jan - Dewan Pemuda PAS menuntut penjelasan daripada ADUN Kajang Lee Chin Cheh atas perletakan jawatan beliau semalam, secara bertulis kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dengan segera. 

Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS , Mohd Sany Bin Hamzan berkata, perletakan jawatan ini telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat negeri Selangor terhadap kesepaduan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. 

"Dewan Pemuda PAS menganggap perletakan jawatan ini sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat serta membelakangkan semangat ‘syura’ di kalangan PR Negeri Selangor."

"Perletakan jawatan ini juga akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan tenaga-tenaga petugas parti apabila Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini. 

Menurut Mohd Sany, rakyat meluat dan bosan dengan keletah politik rakus kuasa di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan merosakkan imej baik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor itu sendiri.

Sepatutnya untuk penggal kedua pemerintahan, PR Selangor telah semakin mantap dalam meneruskan agenda membantu rakyat Selangor.

Dewan Pemuda PAS juga menyifatkan, tindakan ADUN Kajang ini telah memberi peluang kepada musuh politik PR Selangor untuk menaburkan khabar angin dan fitnah berlakunya politik dalaman PKR Selangor terhadap usaha untuk memberikan tekanan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS melahirkan rasa kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda ‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor. 

PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor.

Sekiranya, penjelasan yang diberikan Lee Chin Cheh tidak munasabah maka Dewan Pemuda PAS memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR. sumber

ADAKAH INI TANDA #PKRKACAUBILAU ???


PETALING JAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi calon untuk bertanding di Dun Kajang.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Pejabat  Pusat PKR sebentar tadi.

Menurut Khalid, PKR dan rakan komponennya iaitu Pas dan DAP bersetuju untuk meletakkan Anwar sebagai calon di Dun tersebut.

"Selepas perbincangan dilakukan, PKR dan rakan parti komponen yang lain, kami telah bersetuju untuk meletakkan Datuk Seri (Anwar) sebagai calon di Dun tersebut.

"...kita letak calon PKR, kerana itu bekas kerusi PKR sebelum ini," katanya.


Artikel yang berkaitan...

GAMBAR-GAMBAR BAS EKSPRES TERBAKAR DI BELURAN SABAH !!!



BELURAN – Seorang penumpang sebuah bas ekspres ditahan bagi membantu siasatan kejadian bas tersebut terbakar di Kilometer 78, Jalan Beluran-Telupid hari ini.

Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan V. Sivanathan berkata, penumpang itu yang berusia 42 tahun dipercayai menyebabkan kebakaran tersebut selepas dia merokok di dalam tandas bas itu yang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan.

Namun dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, kesemua 30 penumpang dan dua pemandu bas tersebut sempat menyelamatkan diri.

Bas tersebut musnah terbakar sebelum pihak bomba tiba untuk memadam kebakaran. 

Bernama




GILA !!! PENGAKUAN GADIS MERELAKAN TUBUH "DIRATAH" BERGILIR-GILIR !!!


Seorang gadis berusia 15 tahun dipercayai merelakan tubuhnya diratah oleh sekumpulan enam lelaki di Taman Pancaran Siputih, Pusing, Perak.

Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Simpang Pulai, mendakwa melakukan hubungan seks bergilir-gilir dengan enam lelaki antara jam 11 malam Isnin lalu sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya.

Malah, gadis terbabit turut mengakui dia melakukan hubungan seks secara rela dan tiada unsur paksaan daripada lelaki terbabit. Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pihaknya ada menerima laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Pusing berhubung insiden tersebut.
sumber

DIMANA LETAKNYA MARUAH KITA SEBAGAI ORANG MELAYU ???


Menarik apa yang cuba disampaikan oleh Ustaz Ridhuan Tee mengenai persoalan...
"Dimana letaknya maruah kita sebagai orang Melayu dan Islam"???

Ada sesiapa yang berani jawab???

MULANYA saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.

Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.

Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.

Peliknya, tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut. Mana keberanian kita? Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua. Kena pada orang Islam, tak apa. Kena pada bukan Islam, heboh 1Malaysia.

Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam. Maklumlah sudah lama tinggal di tanah air tercinta ini. Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara. Rupa-rupanya tidak.

Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut, maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.

Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut memohon maaf secara terbuka, maka kita pun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan.

Sambil bersalaman dengan guru mualaf tersebut, guru besar itu berkata: “Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni, sesuai dengan slogan 1Malaysia”. Kita pun tutup fail. Wah… senang sungguh.

Mudah sangat hidup di Malaysia. Bila bukan Islam buat salah, minta maaf, selesai, atas alasan 1Malaysia. Bila kita buat silap, maka dikatakan bertentangan dengan 1Malaysia. Maka kita terus salah, mereka terus betul.

Apakah kita sudah lupa isu pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya yang didakwa mengeluarkan ‘ucapan rasis’ pada tahun 2010? Seluruh media ultra kiasu menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri. Desakan demi desakan dilakukan agar beliau dipecat dan ditukar.

Julai dan Ogos 2013, pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam, turut menerima nasib sama kerana dikatakan memberi ucapan rasis. September 2013, guru penolong kanan SMK Engku Husin Semenyih, Kajang, pun turut menjadi mangsa.

Pada Julai 2013 apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristana “makan di tandas” semasa bulan Ramadan tersebar, sekali lagi seluruh media ultra kiasu dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB guru besar turut digodam.

Pelbagai tuduhan dibuat tanpa langsung memberi peluang kepada beliau membela diri. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri merayu dan menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.

Namun, dalam isu guru mualaf dan SJKC ini, semua media ultra kiasu senyap sepi. Kenapa tidak sensasikan isu ini dan memaksa guru besarnya dipindahkan atau meletakkan jawatan? Jawapannya mudah, mereka sekapal.

Saya yakin, penghinaan ke atas guru mualaf tersebut, dan artis bertudung, sengaja dilakukan. Peliknya, guru mualaf tersebut yang ditukarkan ke sekolah lain, bukan guru besar itu.

Lebih menjengkelkan lagi, ketika isu ini dibangkitkan, kita diminta sabar, siasat dahulu, jangan bertindak terburu-buru, perlu berhikmah dan bermacam-macam alasan. Inilah sifat orang Melayu, terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak beransur-ansur.

Benar, memaafkan seseorang itu satu sifat yang baik. Tetapi itu bukan bermakna, pesalah boleh terlepas begitu sahaja.

Masih ingatkah kita pada zaman Nabi, apabila seorang Muslimah dipermainkan oleh Yahudi sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya? Apa tindakan selepas itu? Jawapannya, perang.

Hari ini kita tidaklah sampai ke peringkat perang. Tetapi menjadi tanggungjawab seorang pemimpin negara untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Islam di bawah pemerintahannya dianiaya oleh musuh-musuh Islam.

Ingatlah! maruah dan keadaan umat Islam semakin tercabar. Malangnya, tiada pemimpin yang berani bangkit dan dengan tegas bersuara mempertahankan maruah umat Islam yang tercalar. Lebih menyedihkan, penghinaan itu berlaku di bumi kita sendiri yang berasaskan Melayu dan Islam.

Adakah suatu masa nanti perkataan MELAYU akan terus dilupakan dan hilang begitu saja ???