ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Sunday, 29 December 2013

KHAS UNTUK MEREKA YANG BERKAHWIN : PANDANGAN ULAMA TENTANG ORAL SEKS SUAMI ISTERI.


Oral seks, yang tidak dijumpai secara tegas dalam hadits, menjadi bahasan tersendiri dalam seksologi Islam. Apakah oral seks diperbolehkan dalam Islam? Secara tegas dilarang, atau ada syarat-syarat dan batasan tertentu yang menjadikannya halal atau haram? 

Ketiadaan nash yang sahih inilah yang membuat para ulama berbeda pendapat mengenai oral seks. Sebagian ulama memperbolehkan kerana tidak ada dalil yang melarangnya. 

“Isteri-isterimu adalah ladang bagimu, maka datangilah ladangmu itu dari mana saja kamu kehendaki” (QS. Al Baqarah ayat 223) 

Namun, sebagian ulama lainnya menghukuminya makruh atau melarangnya dengan berargumen menjaga kehormatan (muru’ah), oral seks menjijikkan, dan tidak termasuk menjaga kemaluan seperti ciri orang yang beriman: ’alaa furuujihim yuhaafidhuun.. 

Perbedaan pendapat ini dan semakin banyaknya pertanyaan tentang oral seks membuat para ulamamuta’akhirin berijtihad dalam masalah ini lebih detail. Dari ijtihad itulah kemudian didapatkan fatwa seputar hukum oral seks ini. 

Fatwa Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin

Dalam buku Sutra Ungu, Abu Umar Basyir mengutip jawaban Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin ketika ditanya tentang oral seks. Beliau menjawab, “Itu perilaku kurang bagus, namun hukumnya boleh-boleh saja.” 


Fatwa Syaikh Mukhtaar As Sinqithi

Dikutip dari buku yang sama, Syaikh Mukhtaar As Sinqithi menyatakan mubah secara mutlak, karena hukum asal dari segala cara berhubungan seks adalah halal. Tentu catatannya, selama tidak ada dalil yang mengharamkannya. 

Fatwa Syaikh As Saami Ash Shuqair

Menurut murid utama Syaikh Shalih bi Utsaimin ini, oral seks hukumnya mubah asal tidak sampai menjilat madzi. Jika sampai menjilat cairan najis itu, maka hukumnya haram. Meski mubah, Syaikh ini memberikan catatan: “hanya saja, kami merasa jijik (dengan oral seks itu)”. 

Fatwa Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdirrahman Al Jibrin

Ketika ditanya oral seks, beliau menjawab, “Boleh, namun dimakruhkan. Karena asalnya suami isteri boleh bersenang-senang satu dan lainnya, menikmati seluruh badan pasangannya kecuali jika ada dalil yang melarang. Boleh antara suami isteri menyentuh kemaluan satu dan lainnya dengan tangannya dan memandangnya. Akan tetapi, mencium kemaluan semacam itu tidak disukai oleh jiwa karena masih ada cara lain yang lebih menyenangkan.” 

Fatwa Syaikh Yusuf Al Qardhawi

Dikutip dari buku Bahagianya Merayakan Cinta, Syaikh Yusuf Al Qardhawi berfatwa bahwa oral seks diperbolehkan dengan syarat menghindari madzi agar tidak terjilat atau tertelan, serta memperhatikan kebersihan mulut dan kemaluan karena jika tidak terjaga kebersihannya, terdapat potensi bakteri yang membahayakan kesehatan. 

Wallahu a’lam bish shawab


Sumber

PENDEDAHAN STRATEGI SYIAH OLEH USTAZ DON !!!

Saturday, 28 December 2013

AMARAN @pdrm KEPADA PESERTA HIMPUNAN GULING KERAJAAN / TURUN !!!

Dato’ Amar Singh Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur telah membuat sidang media berkenaan Larangan Mengadakan Perhimpunan Haram, turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur. butiran sidang media adalah seperti berikut
LARANGAN MENGADAKAN PERHIMPUNAN
28 Disember 2013 – Ketibaan Tahun Baru 2014 tentunya akan disambut meriah di seluruh dunia. Rakyat Malaysia, khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga tidak terkecuali daripada amalan saban tahun tersebut. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan sambutan Ambang Tahun Baru 2014, yang akan dimulakan pada waktu petang 31 Disember 2013 dan dijangka berakhir di awal pagi 1 Januari 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Banyak aktiviti sambutan telah dirancang di seluruh negara termasuk di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Antara lokasi sambutan di Kuala Lumpur adalah :
• Dataran Putrajaya (anggaran kehadiran 100,000 orang)
• Dataran Merdeka (anggaran kehadiran 20,000)
• Bukit Bintang (anggaran kehadiran 5,000 orang)
• KLCC (anggaran kehadiran 30,000 orang)
• Terminal TBS Sg. Besi (anggaran kehadiran 2,000 orang)
• Publica Solaris Dutamas (anggaran kehadiran 1,000 orang)
• Desa Park City Kepong (anggaran kehadiran 5,000 orang)
• Taman Tasik Titiwangsa (anggaran 3,000 orang)
• Happy Court City Kepong Baru (anggaran 1,000 orang)
Pada masa yang sama, pihak Polis juga telah mendapat maklumat serta risikan termasuk laporan-laporan Polis menunjukkan bahawa satu perhimpunan untuk mengganggu sambutan yang telah diatur akan dibuat oleh Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dan gabungan beberapa NGO di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada hari tersebut. Dipercayai juga, mereka ini turut mengambil kesempatan untuk berhimpun dan melahirkan rasa tidak puas hati ke atas kerajaan seterusnya menimbulkan kekacauan.
Kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini telah mewawarkan dalam laman-laman web dan laman sosial dengan memberitahu orang ramai bahawa mereka akan menggulingkan kerajaan dengan cara mengadakan perhimpunan tersebut. Mereka juga telah membuat beberapa siri perhimpunan yang tidak mematuhi undang-undang di beberapa lokasi dan negeri dengan cara menghasut orang ramai khususnya anak-anak muda untuk bersama-sama mereka turun menggulingkan kerajaan.
Tidak dinafikan juga, bahawa kumpulan ini akan turut melakukan kekecohan apabila hadir dengan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka, membawa peralatan / senjata merbahaya seperti bom tangan, mask gas malah mereka juga sanggup merempuh halangan dan bertempur dengan pihak Polis serta lain-lain tindakan yang menyalahi undang-undang. Dikhuatiri tindakan kumpulan ini akan mendatangkan ketegangan serta menggangu keselesaan orang awam.
Terdapat banyak Laporan Polis di seluruh Malaysia telah diterima berhubung bantahan terhadap perhimpunan tersebut. Daripada laporan tersebut, 2 kes telah dibuka untuk siasatan bersabit Seksyen 124 (C) Kanun Keseksaan kerana cubaan melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen. Sehingga kini seramai (2) orang telah ditahan iaitu Ismawi Bin Hadeni (KP : 880727-13-5773) dan Muhammad Azan bin Safar (891121-14-6703).
Setakat ini, Polis Kuala Lumpur tidak menerima sebarang permohonan daripada pihak Penganjur untuk mengadakan perhimpunan ini. Justeru, penganjuran perhimpunan ini adalah menyalahi undang-undang dan sesiapa sahaja yang menyertainya akan diambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang yang termaktub.
Amaran Polis Kuala Lumpur :
Orang ramai diberi amaran supaya tidak menyertai dan menyokong usaha kumpulan ini, kerana ianya menyalahi undang-undang dan kekecohan ini boleh mengganggu gugat ketenteraman orang ramai yang hadir dengan semangat dan harapan agar dapat menyambut tahun baru dengan kegembiraan dalam suasana yang aman damai.
Pihak Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 124(B) Kanun Keseksaan (Aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen) dan Seksyen 124(C) Kanun Keseksaan (Cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen) yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Jalan-jalan yang ditutup :
Bagi memastikan lalulintas berjalan lancer dan orang ramai selesa, beberapa jalan akan ditutp. Jalan-jalan yang akan ditutup adalah seperti berikut :
• Jalan Raja : ditutup mulai 12.00 tengah malam 30 Disember 2013
• Jalan Susur Kinabalu ke Jalan Raja : ditutup mulai jam 6.00 petang pada 31 Disember 2013.
Orang ramai dinasihatkan supaya :
• menggunakan jalan – jalan alternatif dan elakkan dari menggunakan jalan – jalan yang terlibat dengan penutupan atau pelencongan.
• Sila gunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke pusat bandar.
• sentiasa patuhi peraturan lalulintas dan arahan anggota polis yang bertugas.
(Facebook PDRM)

PENGANTIN BARU TAK SEMPAT RAIKAN MALAM PERTAMA !!!

Seorang lelaki yang tidak sampai 24 jam bernikah tidak sempat menikmati malam pertama apabila dia ditangkap kerana membunuh seorang tetamu majlis perkahwinannya .

Baharudin menikam tetamu terbabit , Alim , menyebabkan mangsa mati selepas mereka bergaduh kerana mancis dalam kejadian di Kampung Pining Benteng, Gayo Lues , Aceh.

Jurucakap polis tempatan Inspektor Asrijul , Baharudin sebelum ini pernah mengalami sakit jiwa .

" Dia pernah gila . Pernah dikurung dan menjalani rawatan di hospital Kota Bharu . Selepas dipercayai pulih , dia dinikahkan oleh ibu bapanya , " kata Asrijul .

Kejadian berlaku ketika sekumpulan remaja berkumpul di rumah ibu bapa Baharudin , termasuk Alim .

" Baharudin mendekati Alim dan bertanyakan mancis . Alim menjawab tidak tahu . Suspek merasakan dirinya dipermainkan lalu mengambil pisau dan menikam rakan sekampungnya itu , " kata Asrijul .

Menurutnya , Alim mati dalam perjalanan ke hospital sementara Baharudin ditahan sebelum dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan mental . 
-mymetro

TANGISAN SEORANG "JAGUH" DI KOTA MAKKAH !!!


“ANGKAT kotak tu!” jerkah sekumpulan remaja lelaki.

Kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun akur mengikut arahan. Setiap anak tangga dipijak dengan berat hati. Tiba di atas bumbung bangunan kosong itu, baru dia sedar terdapat burung merpati di dalam kotak itu. Timbul rasa kagum terhadap haiwan berbulu putih dan terus menyukainya.

Tapi seorang daripada mereka mengambil merpati itu dan mematahkan lehernya sehingga ia terkulai mati. Bukan itu sahaja, dia juga menerima tumbukan bersama merpati itu pada mukanya.

Bagaikan harimau yang sedang tidur dikejutkan, kanak-kanak itu Mike Tyson atau nama sebenarnya Michael Gerard sudah tidak tahan dibuli anak jiran yang nakal itu, lalu memukul pembulinya berkali-kali. Sejak itu, sikap Tyson yang pendiam dan pemalu, berubah menjadi berani dan liar untuk sesuaikan diri kehidupan sosial di Brooklyn, kawasan yang baru dia sekeluarga berpindah.

Kenakalan Mike Tyson ketika zaman kanak-kanaknya yang juga dipengaruhi faktor keluarga kurang stabil menyebabkan dia keluar masuk penjara juvana. Pelatih tinju terkenal, Cus D’Amato tertarik dengan bakat Mike Tyson untuk dilatih menjadi peninju profesional. Pada 6 Mac 1985, beliau bertanding secara profesional di Albany, New York dan menang pada setiap pusingan pertama bagi 16 perlawanan.

Tanggal 22 November 1986, Tyson berusia 20 tahun meraih gelaran juara kelas berat apabila dapat menjatuhkan pihak lawannya, Trevor Berbick. Ini menjadikan beliau sebagai juara dunia berat termuda di dunia.

Kerjaya Tyson terjejas apabila dibabitkan dengan kes jenayah seksual terhadap peserta Miss Black America 1991, Desiree Washington pada 10 Februari. Beliau dijatuhkan hukuman dipenjarakan selama tiga tahun.

Belajar Islam di penjara

Berita Tyson dimasukkan penjara di Indiana menjadi tumpuan umum. Tatkala itu terdetik di hati sukarelawan, Muhammed Sadiq berkata, ‘mungkin ALLAH dah rancang untuk Tyson belajar dengannya tentang Islam’.

Muhammed pernah memberi nasihat yang berbekas di hati Tyson: “Walaupun anda di dalam penjara, tetapi dunia di luar sana adalah penjara yang sebenar. Ia adalah mudah mengamalkan Islam di dalam penjara berbanding di dunia yang penuh dugaan dan godaan, mampu membelenggu kita yakni perlu mencari perlindungan melalui Islam.”

Bagi Tyson, masuk penjara tidaklah seburuk disangka. Malah beliau dapat mengenali Islam, belajar al-Quran. berpuasa ketika Ramadan, mempelajari agama itu lebih mendalam serta mengamalkannya di sana.

Selepas keluar penjara pada 1995, Tyson mengumumkan keislamannya yang dipelajari selama di penjara dan nama barunya, Malik Abdul Aziz. Selepas menjadi Muslim, Tayson dilihat lebih lebih tenang, bersederhana dan menghormati.

Pada November 1996, beliau kembali beraksi di gelanggang tetapi dikalahkan Evander Holyfield. Insiden Tyson menggigit telinga Holyfield pada pertarungan Jun 1997 menyebabkan beliau didenda sebanyak RM9.9 juta. Kehidupan Tyson diuji lagi apabila mengalami bankrap dan kariernya semakin malap sehingga memaksanya untuk bersara pada 2005.

Pada 2 Julai 2010, menjadi detik bersejarah buat Tyson apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah yang diatur CDA, dengan ditemani presidennya, Shazad Mohammad. Pada masa sama kehadiran beliau turut menjadi tarikan pengunjung di sana. Beliau berharap peminat membiarkannya bersendirian untuk menjalani ibadah dengan penuh penghayatan.

Doa setiap hari

Bertubuh gagah, berwajah serius dan tangkas di gelanggang, tetapi bila Tyson dengan hanya berpakaian ihram di berada di Taman Raudah, Masjid Nabawi Madinah, hatinya mula meruntun. Selepas 10 tahun memeluk Islam, barulah beliau menjadi tetamu ALLAH.

“Saya tidak dapat menahan air mata apabila mendapat tahu saya berada di dalam satu daripada taman syurga.

“Insya-ALLAH, ALLAH akan merahmati saya untuk berada di jalan yang benar,” katanya yang berada di Taman Raudhah beberapa jam untuk bersolat, mengaji al-Quran dan berzikir.

Beliau akui sangat takutkan ALLAH kerana banyak kesalahan dalam hidup dan mengenangkan neraka kerana dosanya. Oleh itu beliau berdoa memohon ampunan ALLAH setiap hari.

Menurut Shahzad, Tyson menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Rasullah SAW untuk mengucapkan salam sambil mengangkat tangan.

Di Tanah Suci, Tyson turut terpesona dengan kawanan merpati dan sempat memberi makan kepada haiwan kesukaannya itu. Ini mengimbas kenangan ketika usianya 10 tahun, sanggup mencuri wang untuk membeli merpati menjadi peliharaannya.

Tyson mempunyai lapan anak melalui tiga perkahwinan. Anak perempuannya, Exodus, 4, meninggal dunia pada 2009. Kini Tyson menjalani kehidupan berkeluarga bersama isterinya, Lakiha Spicer, dan anak-anaknya di Las Vegas.

“Saya kini gembira bersama keluarga. Tidak perlu keluar ke mana-mana lagi. Setiap hari saya menunggu anak pulang dari sekolah,” katanya. 
– sh

NAUZUBILLAH !!! SANGGUP JADIKAN SURAU TEMPAT KERJA UNTUK BUAT "PROJEK" !!!

Gambar Hiasan
Seorang pekerja salun kecantikan di Taman Ipoh Jaya Timur, Rapat Setia, di sini, yang dipercayai melakukan maksiat bersama seorang lelaki dicekup majikannya dalam keadaan tidak berpakaian dipremisnya bekerja, awal pagi kelmarin.

Lebih memalukan, pekerja wanita berusia 23 tahun dan baru enam bulan bekerja di spa terbabit terkantoi melakukan perbuatan terkutuk itu bersama pasangannya yang berusia 25 tahun di dalam surau spa itu.

Menurut pemilik spa dikenali sebagai Yaya, 27, dia menangkap pekerjanya itu ketika bersama beberapa pekerja lain mahu menyimpan barang di kedainya jam 5 pagi kerana pembekal terpaksa menghantar barang awal pagi berikutan cuti Krismas.

“Saya hampir pitam akibat terkejut melihat pekerja terbabit bersama pasangan lelakinya tidur dalam keadaan bogel sebaik membuka pintu surau ditingkat atas kedai.

“Pasangan terbabit hanya menyedari kehadiran kami selepas dikejutkan beberapa kali dan sebaik tersedar, saya menyuruhnya memakai pakaian sebelum melaporkan kejadian berkenaan kepada polis,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Yaya berkata, sementara pasangan terbabit memakai pakaian, dia bersama yang lain menunggu kehadiran polis ditingkat bawah, namun kedua-duanya lesap melarikan diri mengikut koridor ditingkat atas meninggalkan kereta PERODUA Myvi didepan kedai.

Katanya, melihat kekecohan, beberapa jiran datang dan memeranjatkan apabila ada jiran mendakwa perbuatan maksiat dilakukan pekerja wanita warga tempatan itu berlarutan sejak lima bulan lalu.

“Jiran mendakwa hampir setiap malam terutama lewat malam dan awal pagi, ada lelaki datang ke spa kami, sedangkan perniagaan kami hanya beroperasi dari jam 11 pagi hingga 7 petang.

“Menurut jiran, lelaki yang datang pada waktu malam bukan seorang, tetapi ramai menaiki pelbagai kereta,” katanya.

Yaya berkata, pekerja berkenaan memecah masuk pusat kecantikannya lewat malam kelmarin, mengambil barangannya yang ditinggalkan di spa dan pasangannya mengambil kereta yang ditinggalkan.

Menurutnya, dia tidak sangka pekerja yang diberi kepercayaan menjaga premis termasuk diberi kunci tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu di premis perniagaan mereka.

“Sejak dua tahun beroperasi di sini, kami menjalankan rawatan kecantikan terutama pasangan pengantin dan salun rambut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong, mengesahkan mengenai kejadian dan pihaknya sudah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian serta menjalankan siasatan bagi mengesan pekerja wanita itu.

-Metro

LAGI KEJADIAN BUNUH DIRI DI BERJAYA TIMES SQUARE !!!

Seorang lelaki berusia 21 tahun maut selepas terjun daripada tingkat sembilan sebuah pusat beli-belah di Jalan Imbi, di sini, kira-kira 7 petang semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan disahkan maut ditempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan dan memberitahu kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Kejadian yang sama pernah berlaku melibatkan seorang wanita pada 14 Februari lalu.

KEMALANGAN PALING PANJANG DI MALAYSIA !!! (VIDEO INSIDE)

accident
Memang ada wajarnya menetapkan had limit kelajuan bagi semua kenderaan yang meluncur laju di atas jalan raya.
Kalau tak jaga jarak yang selamat di antara kereta di hadapan, beginilah jadinya.
Menerusi video di bawah ini, dapat disaksikan sebanyak 10 buah kereta remuk di bahagian belakang dan hadapan mereka.
Kemungkinan berlaku, kereta yang paling hadapan mungkin berhenti secara mengejut ataupun mungkin kereta kedua itu menghentam kereta di hadapan terlebih dahulu, lantas kereta yang mengekorinya dari belakang tidak sempat brek, lalu terjadilah kemalangan berantai yang agak mencuri perhatian orang ramai di lokasi tersebut.
mynewshub

PROF MUHAYA DIKECAM GARA-GARA KOMEN ISU KENAIKAN KOS SARA HIDUP !!!

Oleh Zul Rawi;

Hanya kerana memberikan pandangan yang berbeza, berhubung isu kenaikan kos sara hidup penceramah terkenal Prof Dr Muhaya Mohamad telah diserang dari pelbagai sudut khususnya dari tentera siber pembangkang yang dikenali sebagai ‘Red Bean Army’.

Prof Mahaya sebelum ini ketika diminta mengulas mengenai isu kenaikan harga barang meminta agar masyarakat berfikiran positif sebagai pendekatan untuk mencetus inspirasi. Menurutnya, umum menanggap peningkatan kos hidup sebagai satu perkara negatif sehingga hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarang perubahan.

“Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena faham konsep dunia. Tidak ada situasi di mana harga akan turun. Memang harga akan naik. Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku.

“Kalau kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku campur dengan respons kita menghasilkan hasil kehidupan kita. Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif,  hasilnya mesti negatif. Jadi, kita guna formula, peristiwa negatif iaitu barang naik, respons kita mesti sangat positif, maka hasilnya positif,” katanya.

Mereka bukan sekadar tidak bersetuju dengan pendapat yang diberikan, malah turut melemparkan kata-kata kesat, memaki hamun dan memberikan pelbagai gelaran yang tidak baik kepadanya. Berikut adalah antara kata-kata kesat yang dilemparkan terhadap beliau:

“Jenis Prof bateri cap ayam”, Mohd Haslin.

“Prof ini penting diri sendiri. Mana perasaan ikhwanul Muslimin. (Hanya) pentingkan darjat, duit, mengejar kebendaan sahaja. Tidak fikir perasaan orang miskin, mereka semua tidak minta dimiskinkan. Fikirlah, (sebelum) buat kenyataan, jangan jadi barua”, Halimi Puteh.

“Prof kangkung tak boleh, solusi teori nak buat halwa telinga boleh la”, Puteri Natasya binti AlBakri.

“Campak Prof ni dekat Syria dan suruh dia bertenang, bersyukur, dan think positive”, Cahaya Mataku.

“Ini profesor cari makan, alias profesor kangkung. Kalau dah kangkung, hanya pandai berteori sahaja. Gaji ribu-ribu bolehlah cakap. Puiiihhhh!!!”, Nazriaziz AlSheikh.

“Ya lah,  nama pun profesor, tentulah banyak teorinya. bercakap dari bilik berhawa dingin berbeza dengan terjun ke medan. tanyalah rakyat yang berpanas, barulah tahu hakikat sebenar sama ada teori itu relevan atau tidak”, Insan Sepi.

“Kepala hotak dia la”, Selamat Mad.

“Bangang!!” Pak Berahim Mizan.

“Jadi prof ini, (cakap) ikut sedap mulut je”, Rosniariffin Che’Ros.

“Di saat ini, rasa nak sepak-sepak muka prof. Saya yakin, bila prof rela kami sepak muka prof, dengan mudah prof lap darah di muka prof, than reset dalam sekelip mata jadi positif”, Inspektor Shahab.

“Gugurkan gelaran prof. Dia ni tiada kemahiran mendengar”, Khaoril Amri.

“Doc ini ibarat menjolok sarang tebuan, silap hari bulan Macai”, Sheikh Zun Nurain.

“Jangan jadi macam macai la prof, open your mind”, Ahmad Hafiz.

“Sampah sahaja (pandangan yang diberikan), tunggu kau (Prof Muhaya) merempat nanti, baru kau tahu erti bersyukur”, Pendamping Kehijauan

“Prof paling bongok dalam dunia”, Rashid Wahari

Yang menjadi persoalannya ialah, apabila diteliti semula kebanyakan komentar yang diberikan datangnya dari akaun yang tidak mempunyai sebarang identiti atau dalam bahasa mudah, akaun palsu yang direka secara khusus untuk menyerang personaliti yang cenderung menyokong kerajaan.

Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa rata-rata di kalangan mereka hanyalah tentera upahan @ macai yang diberi habuan tertentu untuk menyerang mana-mana tokoh atau selebriti yang memberikan pandangan berbeza dengan pakatan pembangkang.

Dengan cara itu, mana-mana tokoh atau selebriti akan menjadi takut untuk memberikan sebarang cadangan atau pandangan yang berbeza. Malah modus operandi yang digunakan dilihat sama dengan gerakan yang dilakukan sebelum pilihan raya umum yang lalu.

Bilamana sebarang kenyataan yang mengkritik pembangkang dan dilihat cenderung menyokong kerajaan akan diserang dengan pelbagai kata-kata kesat. Malah ada beberapa kes, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengugut dan memberikan ancaman bunuh.

Ekoran serangan yang dilakukan itu, Prof Mahaya tampil sekali lagi bagi menjelaskan maksud sebenar yang ingin beliau sampaikan kepada masyarakat. Di dalam rakaman video yang dikeluarkan semalam, beliau mengatakan ia bertujuan untuk mendidik masyarakat agar sentiasa bersikap positif.

“Saya bukan ustazah, bukan ahli politik dan bukan ahli ekonomi. Saya hanya pencetus inspirasi yang semua orang tahu, gaya saya bercakap adalah untuk kita lakukan pada perubahan.

“Kita kena faham, ada benda yang boleh dikawal, ada benda yang tidak boleh dikawal, sebab itu ada doa “Ya Allah, ya Tuhanku berikan aku kekuatan untuk mengubah apa perkara yang aku boleh ubah, atau kekuatan untuk menerima apa-apa perkara yang tidak boleh diubah dan kebijaksanaan untuk mengetahui perbezaan antara keduanya.

“Memang banyak pihak, mahu saya buat kenyataan memarahi pihak yang menaikkan harga dan sebagainya. Pada saya ia sudah banyak diperkatakan, peranan saya (agar masyarakat berfikiran positif) dalam mencari jalan penyelesaian” katanya

Paling menarik, beliau turut mengatakan telah memaafkan mereka yang menghina beliau.

“Saya bukan  ahli politik, memang prinsip saya untuk tidak membuat kenyataan yang berbaur politik… Tujuan saya buat (rakaman) video ini, bukan untuk memberikan justifikasi atau mengelakkan orang tidak menyukai saya. Kerana sebenarnya saya telah maafkan semua orang yang mengata saya."

“Saya Cuma bercakap dari perspektif saya, cara untuk kita melihat sesuatu (masalah) dan mencari solusi dan bukannya membesar-besarkan masalah” jelas beliau lagi.

E-MAIL LETUPAN BOM PADA MALAM HIMPUNAN ???


Satu email di katakan telah bocor di mana isi kandungannya menceritakan bagaimana perancangan rapi pihak pembangkang pada malam himpunan gulingkan kerajaan nanti.

Kandungan email itu jelas sekali menunjukkan nama Abdul Rahim Ghouse dan Rafizi Ramli.Ia juga menunjukkan bagaimana perancangan mereka dengan beberapa siri letupan yang di pasang di beberapa tempat serta isyarat tertentu yang perlu di ketahui oleh puak-puak macai mereka.

Malah perancangan itu juga turut melibatkan cybertroopers mereka yang akan berada di "ground" bagi mendapatkan gambar serta rakaman video untuk di gunakan oleh pasukan satu lagi untuk tujuan sebaran.

Apa yang pasti ia menunjukkan perancangan untuk menimbulkan kekecohan malah turut menyatakan dengan jelas insiden itu akan di sasarkan kepada UMNO dan BN termasuklah menyalahkan SB.

Sama ada email ini benar atau tidak ,pihak berkuasa perlu segera menjalankan siasatan.